Resepi Puri
|

15 Idea Resepi Puri & Bubur Untuk bayi 6-8 Bulan, Mudah & Berkhasiat!

Bulan depan Raykal dah 6 bulan, anak dah boleh makan.. tapi menu apa resepi puri & bubur yang baik untuk anak? tak sabarnya nak bagi si bambam ni makan!

Apabila si manja sudah mencapai umur 6 bulan, pemberian solid food sudah boleh dijadikan rutin makanan seharian. Pada waktu inilah si ibu akan lebih bereksperimentasi dengan deria rasa si manja sama ada mereka gemar atau tidak dengan jenis makanan yang diberi.

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

Buah-buahan seharusnya dikupas kerana dikhuatiri mengganggu pencernaan bayi sebelum dia boleh mencerna dengan baik. Cuci terlebih dulu sebelum buah dikupas atau dipotong. Antara buah yang selamat adalah betik, pisang, epal dan avokado.

Pada usia enam bulan bayi hanya boleh mengambil puri atau bubur. Untuk puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus terlebih dulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan.

Untuk membuat puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus dahulu sebelum dikisar halus.

Bagi ibu bapa yang ‘kering idea‘ atau buntu kadang-kadang dah tak tahu nak masak apa untuk si manja anda, jom ikut resipi menarik dari Puan Rida Shafie ini.

15 RESEPI PURI & BUBUR UNTUK BAYI

  1. Bubur Labu & Brokoli

Sekarang Baby Ziqri dah start makan..
Walau sibuk dengan kerja seharian
Ummi try sedaya upaya masak.. Masak dan masak..

Resepi
– Labu kuning
– Brokoli
– 3 biji kurma buang biji n kulit

Semoga ank ummi happy

2. Labu Kuning & Kurma

– Labu kuning
– 3 biji kurma buang biji dan kulit

Kukus dan masukkn sedikit air bila nak blend

3. Pear & Epal

Resepi
– Buah pear
– Buah epal
– 3 biji kurma buang kulit dan biji
– Beberapa biji bluberry

4. Labu Kuning & Sweet Potato

Resepi
– Labu kuning
– Japanes sweet potato
– Sedikit air bila nak blend

5. Avokado & Kurma

Resepi
– Avocado
– 3 biji kurma
– Sedikit susu bf/fm

Kukus avocado dan kurma.. Nak blend campurkan sedikit air susu bf/fm..

6. Pisang & Kismis

Resepi
– Buah pisang
– Kismis

(Pisang manis kismis masam-masam sikit)
Rida kukus sekejap jer kasi lembut
Pastu blend dan terus suap baby mkn

7. Betik & Kurma

Resepi
– Betik
– Sebiji kurma
– 3 biji kismis

Rida tak kukus cuma kismis dan kurma Rida rendam dalam air panas. Pastu blend jer semua dan tapis ye, masa blend letak air sikit.

8. Labu Kuning, Pear & Kurma

Resepi
– Labu kuning
– Buah pear
– 3 biji kurma buang kulit dan biji

Kukus buah labu dulu lepas tu baru masukkan pear dan kurma. Kukus sekejap, boleh angkat dan tapis buang air kukus dalam piring buah tu. Nak blend tambah air suam sikit.

9. Labu, Ubi Kentang & Kurma

Peberet Ziqri

Resepi
– Labu
– Ubi kentang jepun
– Kurma

10. Bubur Nasi

Try bubur nasi
Simple.. Tak ada bahan perasa cukup rasa manis dari lobak merah..

Resepi
– Beras wangi segenggam
– Lobak merah
– Isi ayam..

Rebus semua bahan bersama air sehingga masak.. Sejukkan seketika baru blend.. Masa blend hanya tambah sedikit olive oil.. Done

11. Bubur Hijau Brokoli

Bubur hijau

– Beras wangi

– Brokoli

– Ikan bilis

Rebus semua bahan bersama air sehingga masak.. Sejukkan seketika baru blend..

12. Bubur Labu & Kurma

Beras putih dan beras perang berbeza khasiat dia…

Kita nak jaga berat badan baby kena pakai beras putih yang biasa.. Kasi up berat takut guna beras perang berat boleh turun.. Tu beras untuk diet atau pesakit kencing manis molek amalkan..

13. Bubur Kurma

Beras
Unsalted butter
Kurma

14. Bubur Sayur Kubis Bunga

Bubur baby 8 bulan

Bubur sayur kubis bunga

– Beras wangi 2 sudu sukatan susu fm
– Sayur kubis bunga
– 3 biji kurma

Cara-cara
Rebus beras terelebih dahulu baru masukkan kurma dan sayur kubis bunga… Semua dah empuk dan dibiarkn sejuk seketika baru blend.. Kalau pekat sangat boleh tambah sedikit jer air

15. Bubur Nasi Sayur Bayam

Menu untuk 8 bulan 

Bubur nasi sayur bayam

Resepi
– Beras wangi 2 sudu sukatan susu tepung
– Beberapa helai daun bayam
– Beberapa ekor ikan bilis

Semua basuh bersih
Rebus ikan bilis dengan beras terlebih dahulu sehingga nasi lembik jadi bubur baru masukkan sayur bayam..

Dah siap sejukkan kejap baru blend

Alat-alat Penting

Alat-alat penting bila Rida buat bubur/puri untuk Ziqri

1. Blender
2. Penapis
3. Pengukus

Selamat mencuba!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *