Kejang Kaki
|

3 Punca Kejang Kaki Ketika Hamil & Ketahui Cara Mengatasinya!

Sejak mengandung ni kerap sangat kena kejang kaki. Bila kena tu, bukan main sakit lagi! nak gerakkan kaki pun payah, apatah lagi nak berjalan. Kenapa ibu hamil selalu kena kejang kaki? ada tips tak nak elakkan dari terkena kejang kaki ni?

‘Tarik mengkarung’, ‘simpul biawak’ atau cramp adalah istilah yang popular dikalangan ibu mengandung.

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Punca kejang kaki adalah disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Selalunya gejala ini menyerang di bahagian kaki. Selain kekejangan, wanita hamil juga mudah berasa lenguh pada kaki terutamanya pada waktu tengah malam dan subuh.

Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, jangan risau ya kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Kejang Kaki

PUNCA KEJANG KAKI KETIKA HAMIL

Umumnya, rasa lenguh dan kekejangan kaki ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, ia cenderung berlaku kepada ibu mengandung.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:

  • Ibu Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ibu hamil mudah diserang lenguh kaki atau restless leg syndrome. Antaranya tekanan pada rahim, berdiri atau duduk terlalu lama, dan pengaruh hormon kehamilan. 

7 CARA MENGATASI MASALAH KEJANG KAKI

  1. Buat Urutan

Ketika diserang kejang kaki, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari secara perlahan-lahan. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega.

Selesakan diri dan ambil nafas. Urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki. Kejutkan suami bila kena kejang kaki ini.

2. Rendam Kaki Dengan Air Panas

Kalau kaki rasa lenguh, sebelum tidur buat rendaman kaki. Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki. Air suam dapat melancarkan peredaran darah.

3. Lakukan Senaman Ringan

Ketika mengandung, kita tak boleh nak duduk dan berehat saja. Kita perlu aktifkan diri tanpa membuat kerja-kerja berat yang membahayakan.

Cubalah lakukan rutin senaman regangan ini, seperti yang disarankan oleh BabyCenter:

  • Regangan kaki – Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan. Tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
Foto Kredit: healthline.com

Selain melakukan senaman ini, ibu juga boleh berenang. Ia sangat sesuai dilakukan walaupun dalam keadaan sarat mengandung.

4. Betulkan Postur Ketika Duduk & Baring

Elakkan berdiri terlalu lama dalam satu-satu masa. Semasa duduk, elakkan tabiat bersilang kaki atau bersila, supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.

Ketika tidur pula, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki, bawah perut dan pinggang.

5. Kurangkan Minuman Manis & Banyakkan Minum Air Kosong

Pastikan ibu hamil cukup minum air kosong 8-12 gelas sehari. Air dapat memenuhi keperluan dan memberi tenaga kepada tubuh ibu hamil.

Foto Kredit: cancercenter.com

6. Makan Makanan Seimbang

Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh atau kejang kaki ketika hamil.

Jika sebelum hamil suka makan makanan manis dan fast food, ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi yang lebih kalsium dan magnesium.

Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan makanlah snek yang berkhasiat seperti kekacang, kurma, apricot dan buah tin kering.

7. Minum Susu!

Ibu-ibu yang sering diserang kekejangan pada waktu malam merasakan bahawa meminum segelas susu sebelum tidur dapat membantu mengurangkan gejala tersebut.

Anda boleh minum Lazz Susu Kambing! rasanya yang sedap dan tidak muak membuatkan ramai ibu hamil jatuh cinta setiap kali menikmatinya.

Khasiat Lazz Susu Kambing Kepada Ibu Mengandung


1. Dapat mengelakkan sembelit
2. Menaikkan HB dan cegah anemia
3. Hilangkan loya dan pedih ulu hati
4. Berikan tenaga, badan rasa ringan dan lebih sihat. Tiada lagi masalah kejang kaki ketika hamil
5. Nutrien sempurna untuk bayi. Bayi lahir kulit sihat tak sensetif dan menguatkan tulang bayi.
6. Membantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning berpanjangan

JIKA KESAKITAN AKIBAT KEJANG KAKI SEMAKIN SERIUS, RUJUK DOKTOR

Berbeza dengan kekejangan atau lenguh biasa, sesetengah wanita hamil bimbang mereka mungkin mengalami darah beku dan mengakibatkan trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT) kerana mereka mengalami urat simpul.

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan rawatan awal sekiranya kekejangan atau sakit pada betis masih berterusan atau semakin teruk.

Sumber rujukan: Babycenter & Siraplimau.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *