Tentang Penyusuan
|

4 Mitos Dan Fakta Tentang Penyusuan Yang Ibu Perlu Tahu

Betul ke ibu tak boleh minum ais takut bayi kena kembung perut? betul ke kalau ibu minum kaffein, bayi tak boleh tidur? betul ke kalau ibu makan ubat anak juga dapat kesannya? mitos atau fakta ni? sebab itulah kita kena banyak kena belajar tentang penyusuan.

Ikuti perkongsian menarik dari Dietitian Fizah Sobri mengenai mitos dan fakta penyusuan.

#1- PENGAMBILAN UBAT WAKTU MENYUSU

Mitos: Anda kena berhenti menyusu waktu tengah sakit/ambil ubat.

Fakta: Jika tidak dinasihati oleh Dr, anda boleh teruskan menyusu walaupun tengah sakit. Ye terdapat ubat yang tidak boleh diambil oleh ibu yang menyusu, untuk kepastian tanyalah Pharmacist atau pun Dr anda. Mommies juga boleh baca insert ubat jika ada kontraindikasi dengan penyusuan.

FAKTA MENARIK: Kajian menunjukkan komposisi antibodi dalam susu ibu berubah waktu ibu tengah sakit untuk membekalkan protection kepada anak juga. Wow!!

Foto kredit: raisingchildren.net.au

#2- ADA MAKANAN TERTENTU YANG MEMBUAT BABY TAK TAHAN PERUT

Mitos: Makan jamu, cili, kunyi, dan halia akan membahaykan baby dan menyebabkan baby cirit.

Fakta: Bukan senang makanan nak masuk dalam susu ibu. Hanya beberapa makanan sahaja dibuktikan yang akan masuk seperti alkohol dan caffeine tetapi dalam kuantiti yang sanggaaat sedikit. Yang membuat baby cirit adalah apa yang diberi selain susu ibu. Contoh kebersihan botol yang diguna, puting yang diguna, ada ke baby masukkan tangan jari yang cemar dalam mulut.

Foto kredit: mom.com

#3- ANDA MEMERLUKAN MILKBOOSTER UNTUK NAIK PENGELUARAN SUSU

Mitos: Milkbooster di pasaran sedia ada akan menaikkan susu ibu

Fakta: Hanya dua sahaja makanan milkbooster yang terbukti menaikkan kuantiti susu ibu tetapi dalam dose yang tertentu. Iaitu kurma dan fernugreek. Fernugreek pula memerlukan sekurang kurangnya 3.5g sekali ambil untuk melihat effect. Makanan lain tiada bukti kajian saintifik. Adakah produk produk pasaran mengandungi kuantiti tersebut? Ada je produk yang tidak nyatakan ingredient serta kuantiti ingredient yang diguna. Untuk naikkan supply susu ibu, FAHAMI dan AMALKAN konsep supply and demand.

#4- ADA MAKANAN TERTENTU YANG MENURUNKAN PENGHASILAN SUSU

Foto kredit: healthline.com

Mitos: ada makanan yang akan menurunkan penghasilan susu ibu.

Fakta: Jarang penurunan susu ibu disebabkan oleh makanan. Makanan yang ada kesan dan terbukti melalui kajian adalah alkohol dan kafein sebab sifat diuretic. Tetapi punca utama penghasilan susu menurun adalah STRESS. Satu kajian menunjukkan punca stress yang membuat ibu berhenti menyusu adalah kewangan, trauma, pasangan dan last sekali emosi.

Bagi ibu menyusu pengambilan kalori dan protein yang mencukupi sangat penting. Jika mommiea tak cukup zat, susu tak effect tapi yang akan rasa kekurangan zat adalah badan puan.

Contoh kalsium, jika mommies tak cukup ambil kalsium baby akan menyerap kalsium dari tulang tulang mommies melalui susu tadi. Last last mommies la yang akan sakit tulang, sendi dan otot.

Nak buat 30ml susu perlukan 20kcal ye. Itu sebab ibu menyusu (berat badan normal) memerlukan pertambahan 500kcal dan 19g protein (dalam 6 bulan pertama), iaitu sama dengan

  •  pertambahan 1 lauk extra semasa hidangan berat
  • 1 snek pagi/petang (segenggam kekacang / 1 cawan susu/ 1 yoghurt/ 1 buah)

Breastfeeding bukan lesen untuk melantak na..hehehe


Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Proud mommy of 2 breastfed kids

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *