Doa Untuk Anak
|

6 Doa Untuk Anak Yang Sangat Baik Ibu Ayah Amalkan

Tahukah anda, doa ibu ayah adalah sangat mustajab bagi seorang anak. Sebab itu sangat penting doa untuk anak.

Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak-anak.

Hal ini sesuai dengan sebuah hadis, di mana Baginda bersabda:

“Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Tirmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Oleh itu, kami menyenaraikan beberapa potongan doa yang mudah dan ringkas untuk direfleksi, difahami, dan seterusnya dihafal. Ini supaya, lebih mudah untuk anda membaca doa-doa tersebut setiap kali selesai solat fardhu.

5 DOA UNTUK ANAK DARI AL-QURAN

Di bawah ini adalah doa untuk anak yang dipetik daripada Al-Quran, sesuai untuk amalan ibu bapa.

1. Doa Untuk Anak Rajin Solat

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)

2. Doa Memohon Anak Dan Keturunan Yang Soleh

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku.Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15)

3. Doa Agar Anak Dilembutkan Hati

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah As-Syura Ayat 19)

4. Doa Agar Anak Dilapangkan Dada

Keseluruhan surah Al Insyirah boleh diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi mesej yang amat hebat tentang berlapang dada.

Selain dibacakan sendiri, elok juga kita mengajarkannya kepada anak agar mereka juga memahami dan mengambil pengajaran daripadanya.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu 

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾

(3) Yang memberatkan tanggunganmu

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾

(5) Oleh itu, tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ﴿٨﴾

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

Foto kredit: familyeducation.com

5. Doa Agar Anak Diberi Rahmat

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah Al-Mukminun, Ayat 109)

6. Doa Nabi Zakaria Untuk Zuriat Yang Baik

Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.

Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.

Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.

(Surah Al Imran Ayat 38)

Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’

Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

BERKAT DOA IBU BAPA KEPADA ANAK

Selain memastikan didikan agama yang sempurna, menyediakan segala keperluan, jangan lupa mendoakan anak-anak kita, sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat.

Sebagai ibu ayah, marilah kita amalkan semua doa ini kerana doa ibu bapa untuk anak adalah antara doa yang tidak tertolak oleh Allah SWT. Semoga anak-anak kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Sumber rujukan: Thezuriat

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *