Demam Kuning
|

7 Amalan Menurunkan Demam Kuning Bayi Yang Ibu Ayah Patut Elakkan

Sekarang ini bayi lahir yang kena demam kuning atau dipanggil jaundis ibarat perkara biasa seakan sukar dielakkan.

APA ITU JAUNDIS?

Bayi kuning (Neonatal jaundice). Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiological jaundice‘ dan ‘pathological jaundice’.

“Physiological jaundice” adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semuanya memerlukan rawatan. Menurut APA, sebanyak 60 peratus bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama.

“Pathologic jaundice” pula adalah keadaan kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas baby dilahirkan, Keadaan ini memerlukan rawatan serta merta.

Ada juga “Prolonged Jaundice” yang kuning bayi melebihi 14 (matang)-21(pramatang) hari selepas dilahirkan. Kebanyakan keadaan ini tidak membahayakan tetapi ia mungkin juga merupakan tanda hati bayi ada masalah yang serius.

APA PENYEBAB BERLAKUNYA DEMAM KUNING BAYI?

1. Hati bayi belum cukup matang dan tidak dapat membuang bilirubin dengan berkesan.

Bilirubin (Pigment hempedu) terbentuk daripada pemecahan sel darah merah. Semakin banyak sel darah merah pecah, semakin tinggi paras bilirubin dalam badan bayi. sebelum baby dilahirkan, tali pusat akan bantu menyingkir bilirubin dari badan baby. Selepas dilahirkan, hati bayi pula mengambil alih tugas ini.

2. Kekurangan enzim G6PD

Ia merupakan penyakit genetik Chromosome X yang menyebabkan membran sel2 darah tak stabil lalu senang pecah. Ia adalah keadaan seumur hidup dan tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya.  Anak2 yang kekurangan enzim G6PD ini mudah mengalami anemia (kekurangan sel darah merah) terutamanya apabila terdedah pada bahan2 tertentu seperti antibiotic dan kacang perang.

3. Sel darah merah bayi yang mengandungi Fetal hemoglobin pecah untuk digantikan dengan hemoglobin dewasa. Ini adalah process semula jadi.

4.  Kurang menyusu

Ia akan melambatkan system pencernaan apabila bilirubin dalam perut diserap kembali ke dalam aliran darah. Sila memberi perhatian kepada kulit bayi anda jika anda mengalami masalah latching bayi pada puting, susu lambat keluar, tak cukupi dan sebagainya. Kalau perlu, sila jumpa dengan pakar laktasi.

Foto Kredit: romper.com

5. Jenis darah berlainan di antara ibu dan anak.

Ini akan menyebabkan antibodi ibu menyerang sel darah merah bayi dan menyebabkan darah bayi pecah. Sebab inilah anak kepada Ibu yang berdarah O dan rhesus negative mudah mendapat penyakit ini. kerana O adalah gene recessive, apabila suami mempunyai jenis darah yang berlainan, Jenis darah bayi anda akan mengikut ayah.

6. Lebam di kepala bayi akibat proses kelahiran

kebanyakkannya berlaku selepas proses persalinan yang memerlukan bantuan Forcep atau Vacuum.

7. Jangkitan human selepas atau semasa dalam kandungan( Torches)

8. Masalah hormon (Thyroid)

9. Pengunaan ubat2 tertentu seperti Sulfonamides, Dapsone, Sulfamethoxazole+Trimethoprim atau Sulfadoxine+Pyrimethamine (Fansidar) oleh ibu yang sedang Breastfeed

10. Jaudis susu ibu dan sebagainya.

APAKAH RAWATAN YANG AKAN DIBERI DI HOSPITAL?

  1. Fototerapi (cahaya biru)

cahaya lembut ini akan menukarkan bilirubin ke byproduct yang larut untuk dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Terapi ini ada yang conventional dan ada yang intensif (pilihan rawatan bergantung kepada paras bilirubin dan keadaan pramatang bayi). Jangan risau, mata bayi akan dilindungi dari cahaya terang and tuduhan bayi akan jadi buta selepas terapi cahaya adalah tuduhan merepek.

2. Ada juga bayi yang perlu menjalankan prosedur tukar darah separuh/sepenuhnya disebabkan paras bilirubin yang mengancam nyawa.

3. Yang lain, antibiotik, IG juga mungkin terlibat

BAGAIMANA DOKTOR AKAN MONITOR PERKEMBANGAN BAYI?

  • Kami akan buat ujian darah VSB 4 jam sekali jikalau bayi anda menerima Cahaya “intensif” (2 mesin bonus untuk baby yang paras bilirubin melambung ke langit).
  • monitor kekerapan dan warna kencing dan najis bayi
  • berat bayi berbanding dengan berat lahir

Tanda-tanda bahaya yang boleh dikesan ibubapa kat rumah adalah seperti berikut. Kalau dikesan, maka terus bawa anak ke KK untuk check darah:

  • Kelihatan kuning di bahagian mata yang sepatutnya berwarna putih
  • baby tidak aktif/ nampak lesu
  • baby kurang menyusu dan kencing
  • Najis baby putih/ kelabu
  • baby menangis dengan suara nyaring macam kucing
  • mungkin disertai demam dan sebagainya

Komplikasi Baby Demam Kuning Jika Tidak Dirawat

Jika paras kuning tinggi sangat sampai terjadinya “Kernicterus”, ia akan membawa komplikasi seperti pekak, kekejangan otot,  sawan, terencat akal, perkembangan bayi tidak normal dan maut.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

7 AMALAN YANG PERLU DIELAKKAN BILA BAYI DEMAM KUNING

  1. Menjemur Bayi

Sinaran matahari yang secara tidak langsung (menerusi cermin/tingkap etc) tidak boleh mengurangkan kuning anak. Sinaran secara langsung pula boleh mengakibatkan bayi menjadi kering(dehidrasi) atau kenaikan suhu bayi. Cahaya matahari yang terik (selepas 9am) juga akan mencetuskan masalah kulit pada masa yang akan datang.

2. Memberi susu lembu dan kambing/ madu asli/ air anggur/ tebu hitam/ serbuk mutiara/ sengkuang cina kepada bayi

Usus bayi di bawah 6 bulan belum lagi matang. Pemberian makanan selain susu ibu akan menyebabkan penyakit usus lain. Susu Kambing mengandungi protein yang tinggi. ini mungkin akan menyebabkan darah bayi berasid urik atau menyebabkan alahan.

3. Memberikan air masak/ air rendaman beras

Tidak digalakkan kerana pemberian air yang berlebihan akan menyebabkan pencairan garam sodium dalam darah dan mencetuskan serangan sawan.

4. Ibu Harus Makan Banyak Jamu

Cuba elakkan kerana ada sesetengah jamu menjejaskan kualiti susu ibu

5. Memandikan bayi dengan air bunga, air sirap, air teh- ada yang kata berkesan, terpulang kepada kepercayaan ibu-ibu

6. Hentikan pemberian susu ibu dengan alasan susu ibu menyebabkan kuning makin teruk.

Penawar paling mujarab yang cepat dan berkesan adalah dari susu ibu! jangan sesekali menghentikan penyusuan.

7. Ibu mesti berhenti makan makanan yang Warna oren seperti buah oren, betik, kunyit, carrot, tomato

 Carotene dalam makanan-makanan tersebut kalau makan berlebihan memang akan menyebabkan kulit anda (bukan baby) jadi kuning, tetapi ini bukan jaundis! Ia tidak membahayakan.

Sepatutnya semua ibubapa kena tahu ilmu basic pasal penyakit baby kuning kerana ia mungkin dapat menyelamatkan masa depan mahupun nyawa cahaya mata sekalian.

Sumber: FB Dr Berries

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *