Anak Kecil
|

Anak Suka Berdukung, Menangis Bila Diletak? Ini 9 tips Untuk Ibu Urus Rumah Bila Ada Anak Kecil

Bukan mudah untuk menguruskan rumah bila ada anak kecil. Tambahan pula si anak suka ‘melekat’ dan tak mahu berenggang dengan ibu. Lebih parah dia menangis walaupun kena tinggal sekejap. Maka tergendalalah segala kerja si ibu!

Jangan panik ibu-ibu, ikuti tips menarik dari Konsultan Tangisan Bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib bagaimana untuk menangani anak suka berkepit ni.

TIPS URUS RUMAH BILA ADA ANAK KECIL

Foto kredit: todaysparent.com
  1.  Terima hakikat isu susah buat kerja rumah bila ada anak kecil yang tak mahu di letak ini isu global, lagi turun- temurun sejak dulu. Semua ibubapa wajib laluinya. Ia fasa anak membesar. Maka MINDSET KENA BETUL: it’s about how to survive, not how to overcome. Tiada apa yang perlu di overcome (atasi) kerana kelakuan tak suka di letak dan berpisah dari ibu ini fasa perkembangan. Bukan penyakit atau masalah kelakuan. Mindset betul, arah hidup lebih jelas. Gitewwww….

2. Sedar diri yang hidup tak akan lagi sama di saat bergelar ibuayah. Sorry, no way back…at all. You want it, now you have it. Selamat tinggal masa bertenang dan bersenang- lenang. Jumpa ada somewhere di masa depan, ya!

3. Tau punca kenapa anak kecil tak suka di letak. Bila tahu punca, mudahlah nak empati kan?

Anda tahu apa ‘masalah’ anak manusia berbanding anak haiwan lain?:

Perkembangan mental dan emosi kita lebih laju berbanding perkembangan motor dan fizikal kita.

Sebagai contoh, sejurus menetas, anak penyu terus laju merangkak ke pantai dan anak itik terus boleh berenang follow mak dari belakang.

So tak perlu lah anak penyu dan anak itik ini merengek nak ikut mak bila mereka boleh buat sendiri kan?

Sejurus di lahirkan, anak kuda terus boleh berdiri dan berjalan manakala anak babun dah mantap merangkul di badan ibu.

So tak perlu lah anak kuda minta mak dukung bila di kejar singa dan tak perlu lah anak babun menggelabah di tinggal mak bila dia sendiri boleh pilih bila nak ‘attach dan detach’ dari mak.

Bayi manusia?

Foto kredit: babycenter.com

Ketika tiba masa otak bayi faham konsep jarak sekitar usia 6 bulan dan mula dapat kesedaran:
Dia dan ibunya adalah 2 individu yang terpisah dan ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya, kaki dan badannya pula masih ‘stuck’ di lantai tak mampu nak mengejar ibu. Aduh frust nya rasa!

Di tambah ‘buruk’ bila skil kognitif bayi mula berkembang (skil berfikir tentang sesuatu, ingat tentang sesuatu, beri perhatian terhadap sesuatu dan lain-lain) TAPI perincian sesuatu kejadian itu pula yang bayi tak faham. Aduh 2x frust !

Misalnya:
Jarak jauh dan dekat tu macam mana? (meter, cm, dekat, jauh, luas, sempit)

Lama dan sekejap tu macam mana?
(2 minit? 5 minit? sekejap? petang nanti? esok? lusa? semalam? )

Ruang dan Kegunaan itu apa dia?
(kenapa orang masuk tandas? dapur untuk apa?)

Maka atas sebab-sebab di atas, menjerit lah bayi manusia bila sedar dia di bakal atau telah di tinggal ibu hatta cuma 10 langkah ke depan dan walau cuma untuk 1 minit.
(https://www.cbc.ca/amp/1.3601312)

Bayi perlukan MASA + LATIHAN + PENGALAMAN BERULANG untuk menguasai punca ketakutan yang di nyatakan.

Fasa ini susah untuk anda namun ia 2X sukar untuk anak anda! .

4. Bimbing anak untuk kuasai punca takut di letaknya.

Anda kini telah tahu punca anak tak suka di letak seperti yang telah di terangkan dalam point ke 3 di atas. 

Good newsnya, anda sebagai ibubapa dan penjaga boleh bimbing anak kuasai ketakutan mereka menerusi pelajaran tentang jarak-ruang dan konsep hilang – muncul secara lembut dan berperingkat.

Contoh cadangan cara?

  • Amalkan beritahu anak setiap kali ibu mahu beredar. Misalnya, ” Ibu mahu ke tandas sekejap. I’ll be back “. Beli jam loceng comel lagi menawan dan set jam ke 2-3 minit ikut anggaran anda. Beritahu anak, ” ibu akan keluar bila jam ini berbunyi”.
  • Boleh juga beli jam pasir berwarna dan beritahu anak ibu akan keluar bila semua pasir habis jatuh. Bergantung kepada usia, beritahu anak ibu alam keluar selepas kiraan 10 atau selepas lagu baa-baa black sheep berakhir. Pastikan keadaan anak selamat untuk di tinggalkan dan pergi tanpa teragak-agak WALAU anak mula menjerit. Anak yang SERING mengesan sikap teragak- agak ibu akan mengamuk 2x ganda kerana bahasa badan dan mimik muka ibu info paling power buat anak menilai situasi.
  • Teruskan bercakap-cakap dengan bayi sepanjang ibu berada di bilik air/dapur/ruang lain. Ya betul anak mungkin akan terus menangis namun tak perlulah ibu gabra. Ibu pun tahu anak cuma cemas dan protes kerana ibu hilang. Anak bukan nangis kerana sakit atau cedera. TIADA (baca 10x) kesan buruk kepada emosi anak selama anda terus cuba tenangkannya walau hanya dengan suara jika itu saja cara tenangkan yang anda mampu buat di dalam situasi itu.

Bawa anak masuk tandas tonton bisnes kecil dan besar anda?

Err… terpulang kepada ibubapa. Saya secara peribadi tidak melakukanya tanpa keperluan terdesak (misalnya takut anak hilang bila di tandas R&R). Pada saya, anak perlu tahu pergi ke tandas itu perlu terjadi  bukan satu kesalahan, umumnya tidak ambil masa yang lama, orang yang hilang ke tandas pasti muncul kembali dan bukannya ghaib buat selama-lamanya.

Foto kredit: verywellfamily.com
  • Rajin bermain peek-a-boo (cak-cak) dan sorok-sorok. Konsep mainan ‘ada  hilang’ ini akan amat membantu anak belajar menjangkakan sesuatu yang hilang boleh muncul jika dia bersabar. Mulakan dengan menyorok namun keluar ketika anak mula kedengaran resah tetapi belum menjerit. Buat ini di peringkat awal untuk bina rasa percaya anak bahawa ibu akan muncul. Perlahan-lahan, panjangkan masa ibu menyorok/hilang sebelum munculkan diri. Misalnya hari ini ibu sorok 1 minit. Esok jadi 2 minit dan selanjutnya.
  •  Jika anak telah boleh merangkak, ajar anak selok belok rumah dengan meminta anak merangkak ke arah ibu. Misalnya ibu berdiri di dapur dan minta anak merangkak kepada ibu. Boleh tingkatkan mainan ini dengan cara ibu menyorok di bilik lain yang mana anak tidak dapat lihat kelibat ibu, kemudian minta anak cari ibu berdasarkan suara ibu. Pastikan jarak lokasi tak terlalu jauh. Takut anak mudah ‘give up’ akibat penat.

  • Letakkan anak berdekatan dengan tempat ibu mahu membuat kerja. Misalnya letak anak dalam kerusi makannya menghadap ibu yang sedang memasak di dapur. Ya benar, anak akan tetap merengek minta anda dukungnya. Sasarkan masa cukup untuk anda siapkan bahan masak sebelum anda benar-benar angkat anak yang sudah mula menangis. Sesudah tenang, letak kembali anak dan sambung menumis pula bahan yang di siapkan tadi. Ulang langkah ikut keperluan.

Boleh juga benarkan anak turut terlibat dengan urusan anda. Berikan kuali dan senduk untuk anak bermain di lantai ketika anda memasak.

Bawa masuk anak ke bilik air bersama anda dan biarkan dia bermain air di dalam besen sementara anda selesaikan tugas mencuci bilik air.

  • Ulang dan ulang kesemua game dan latihan di atas SEKERAP MUNGKIN. Pastikan anda KONSISTEN + TENANG di sepanjang proses latihan terutama bila tiba babak ibu akhirnya datang mendukung/mengangkat anak yang ‘sengaja’ di ‘tinggalkan’ tadi. Anak yang cemas tetapi asyik mendapat respon tenang dari ibu akan akhirnya hilang momentum untuk sentiasa cemas.

Terima hakikat ‘Kita Perlukan Sekampung untuk Besarkan Anak’ (It takes a village to raise a child)

Ungkapan asal puak asli Africa ini telah bertukar menjadi subjek study/kajian pakar-pakar seluruh dunia yang buktikan bahawa ia bukan saja benar tetapi besar kebaikannya kepada perkembangan social-emotional anak bila ‘banyak tangan’ yang terlibat bantu besarkan anak.

Tak perlu rasa wow sangat dengan kata-kata, ‘serba -serbi saya buat sendiri’. Sekuat mana seseorang itu mencuba untuk memikul semua tanggungjawab dan tugas di atas bahunya sendiri, selaju itulah dia akan menemui breakdown dan burn out sebagai ibubapa.

Maka minta dan benarkan orang lain membantu anda.

SYARATNYA…ciptalah ‘ahli kampung’ anda sendiri dari sekumpulan orang-orang yang anda yakin dapat menjaga anak anda dengan BAIK: suami, datuk dan nenek bayi, pakcik dan makcik bayi, pengasuh dan teacher bayi, jiran dan kawan rapat….

‘Baik’ tak bermaksud orang itu perlu ada parenting style exactly seperti anda ya. Itu permintaan over namanya. Asalkan orang itu berkongsi nilai murni, prinsip asas serta etika keibubapaan yang sama dengan anda, chill sajalah dengan beza cara mereka menjalankan tugas sedikit di sana sini.

Malah sebenarnya, beza cara itulah yang bantu anak kenal dunia dan perbezaan manusia yang wujud di sekelilingnya dengan berkesan(https://www.researchgate.net/…/304864827_It_Takes_a…)

5. Amalkan GENDONG jika anda tidak di kelilingi orang-orang terdekat yang boleh di harapkan.

Oh semua orang pasti dah tahu kebaikan gendong. Anak yang di gendong bukan saja kurang menangis. Malah mereka hampir ‘tidak punya sebab’ untuk menangis. Dan, ibubapa juga mempunyai tangan dan kaki yang bebas untuk melakukan apa saja , di mana-mana saja tak kira masa.

6. Realistik dengan jangkaan had masa anak mampu di tinggal sendirian jika ibu tak mampu dan tak nak gendong anak, serta dalam masa yang sama tak punya ‘extra hands’ terdekat.

TIADA had masa tertentu anak boleh di tinggal/letak pada sesuatu masa yang di saran oleh mana-mana pakar. Namun, ANGGARAN masa maksimum mengikut usia pada sesuatu sesi (americanbaby.com advisor team):

  • 0-5 bulan: sangat minimum
  • 6 bulan – 11 bulan: max 5 minit
  • 1 tahun: max 15 minit-20 minit
  • 2 tahun: max 30- 45 minit

Maka jika anda berharap anak 7 bulan anda boleh duduk elok membiarkan anda masak dengan aman damai gumbira dari awal sampai siap, anda bolehlah berhenti berhalusinasi mulai sekarang ya..

Foto kredit: babywise.life

7.  Usah takut sangat nak guna bantuan alat!

Sebaik mana kita cuba menyusun masa, pasti tiba ‘bad day’ di mana kita terdesak mahu selesaikan sesuatu dengan pantas secara sendirian.

Jika tiada manusia lain untuk di harapkan melayani anak, pembantu tak bernyawa dengan ciri keselamatan dari risiko kecederaan fizikal pasti berguna untuk alih perhatian anak buat sementara. Playmat, rocker, playpen, baby jumper, teddy bear elektronik malahan TV juga ipad.

Setakat beberapa minit-puluh minit sekadar cukup beli masa sekali-sekala tidak buat anak manusia terencat.
(https://www.sheknows.com/…/how-bad-is-tv-before-age-2/amp/)

8. Susun urusan hidup berdasarkan rutin anak.

Sangat lucu bila sebahagian ibubapa rasa anak kecil yang perlu ‘fit’ dalam dunia ibubapa sedangkan ibubapalah yang harus cuba adjust hidup agar ‘fit’ dengan dunia anak.

Set semula kepentingan anda dan tingkatkan kecekapan pengurusan masa anda. Misalnya:

  • Jika dahulu biasa berlingkar sampai matahari naik , kini bangun awal sebelum anak bangun.
  • Jika dahulu istilah ‘kemas’ itu ialah barang rumah tersusun elok di tempatnya dan dengan darjah tertentu, kini istilah ‘kemas’ itu cukuplah dengan baju tak berlipat di longgok saja dalam satu bakul asalkan tak berterabur merata-rata.
  • Jika dahulu suka masak ‘from the scratch’ dan makan yang freshly cooked sampai 2,3 lauk, kini berjinak-jinak lah dengan mem frozen lauk dan bahan masak banyak-banyak dan siap-siap, rempah segera, lauk recycle dan cuma 1-2 lauk simple asalkan sempat dan kenyang.
  •  Jika dahulu syok berjalan dari pagi hingga ke petang kini berdamailah dengan banyaknya pitstop menukar lampin, menyuap makan dan menidurkan anak bila tiba masa.
Foto kredit: parenting.firstcry.com

9. Akhir sekali, baiki apa -apa jua masalah tidur anak yang dihadapi.

Selain makan/menyusu dan bermain/explore dunia, anak menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk tidur.

Sebagai contoh, anak 6 bulan sehingga 2 tahun perlukan tidak kurang dari 12-14 jam sehari untuk tidur.

Banyak itu satu hal. Berulang kali juga satu hal yang lain (ikut usia).

Kuota tidur yang tinggi ini buat kekurangan tidur serta tidur yang tak berkualiti sering jadi punca anak meragam tak tentu pasal juga terlebih aktif akibat hormone stress yang tinggi.

Malah, jika ibubapa ambil terlalu banyak masa berperang dengan isu tidur anak setiap hari, bilakah ibu ada masa, mood dan tenaga untuk hal lain?

Sumber: Konsultan Tangisan Bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *