Ketagihan Skrin
|

Anak Ketagihan Skrin? 8 Redflags For Sensory Problems Yang Ibu Ayah Perlu Risau

Buat-buat apa mesti nak tengok telefon. Nak makan kena umpan telefon. Nak suruh duduk diam kena bagi telefon. Dekat kedai makan mesti nak tengok telefon. Sampaikan si anak tadi menangis menjerit-jerit kalau tak dapat tengok telefon. Ini ke yang dinamakan anak ketagihan skrin?

Perkongsian dari penulis Adlil Rajiah ini sangat berguna untuk ibu ayah yang anaknya suka main telefon.

Semalam saya nampak seorang ibu muda pimpin tangan anak dia sambil menuruni tangga. Comel budak tu, terkedek-kedek jalan dengan skirt rambu-rambu. Umur dalam 3 tahun camtu kot.

But somehow, I feel sad for her. Sebab sambil kaki comel dia tu melangkah satu per satu turun tangga, kedua2 mata dia tak berkelip tengok kartun kat handphone, kat tangan dia. Mata langsung tak tengok pada tangga yang sedang dituruni.

Maybe it’s just me, tapi saya rasa ralat sangat. Rasa kesian pun ada.

Saya tak risau kalau budak tu jatuh tangga.Tapi saya risau kalau mak dia tak tahu, apa yang dia sedang biarkan anak dia buat tu, bakal mengundang masalah yang dia tak pernah jangka.

Sebijik macam saya dulu. Saya sangka gajet boleh selesaikan masalah, boleh ringankan beban, boleh bantu anak “behave”, tapi akhirnya ia jadi punca musibah yang lebih besar pula. (Read my story here: https://bit.ly/33cKbhp)

Sedih bila ada parents yang in denial…

Anak aku okay je tengok youtube dari umur 6 bulan. Anak aku okay je tengok TV berjam-jam. Jadi makin bijak, makin petah, dah pandai macam-macam. Takde pun jadi ketagihan ke apa.

That was exactly me few years ago, masa mula2 expose Haikal dengan ipad dulu.Sampai lah doctor yang diagnose Haikal as Excessive Screen Exposure tu sendiri yang beritahu

“Yang kita nampak, memang lah anak pandai ABC, bijak mengira 123, bijak mengenal alif ba ta, bijak speaking English, bijak mengenal warna, bentuk dan benda di sekeliling.

Tapi yang kita tak nampak,atau tak perasan…

Anak tak bijak urus emosi, panas baran, tak pandai bergaul dengan peer group, tak responsive, deria tak peka, takde keyakinan diri, tak kreatif bila bosan, tak nampak keseronokan di luar skrin, takde adab, tak gembira tanpa skrin, takde empati, poor motor skills, banyak perkataan tapi tak pandai susun ayat untuk meluahkan.

Kita nak anak jadi bijak sahaja,atau jadi bijak dan berhati perut?”

Haa terus terduduk lepas kena sound dengan kebenaran.

Tanda2 ketagihan skrin ni ada banyak.Ada yang obvious dan ada yang tak obvious.

Yang obvious, contohnya—anak jadi agresif, lewat pertuturan, masalah penglihatan, masalah tidur, etc.

Tapi yang lebih menyeramkan adalah tanda2 (redflags) yang kurang obvious. Contohnya sensory & brain problems yang kita tak perasan sedang berlaku dalam diri anak.

Masa seminar parenTHINK minggu lepas, saya ada kongsikan 8 redflags for sensory problems yang disebabkan oleh ketagihan skrin, yang ramai ibu bapa tak perasan atau pandang remeh. .

So hari ni saya nak share sekali lagi, supaya mudah-mudahan post ni sampai kepada ibu muda yang pimpin anak dia turun tangga yang saya nampak semalam.

So here we go. Baca dengan hati yang tenang ok!

8 TANDA ANAK KETAGIHAN SKRIN

Foto kredit: todaysparent.com

1. ANAK PERLU DILAYAN 24 JAM / TAK BOLEH RASA BOSAN / TAK BOLEH RASA KESEORANGAN.

Anak yang addicted to screens selalunya tak tahu cara untuk hiburkan diri sendiri. Mereka banyak termenung, atau cepat restless bila keadaan jadi bosan, sunyi, dan statik. Sedangkan anak secara fitrahnya tahu cara untuk entertain diri mereka sendiri.

Of course they need interactions with people, tapi anak juga sepatutnya tahu dan akan tergerak untuk explore sekeliling mereka, contohnya — capai buku dan selak, capai mainan dan explore, capai itu ini dan berimaginasi, dan sebagainya.

2. ANAK TAK SUKA BERKAKI AYAM DI ATAS PERMUKAAN YANG BERTEKSTUR.

Dulu, saya bangga dengan Haikal sebab dia sentiasa akan pakai kasut/selipar sendiri everytime nak melangkah keluar dari pintu rumah. Dalam pada cousin2 sebaya dia selalu kena bebel dengan mak masing2 sebab tak reti pakai selipar, Haikal tak perlu disuruh.

Terus terdetik rasa bangga dalam hati—“Berdisiplin dan pembersih sungguh anak aku ni. Tak suka kotorkan kaki. Sejuk perut ibu mengandung.”

Tapiiiii bila tahu itu rupanya adalah REDFLAG—terus rasa bangang bangga tak bertempat

So now you know, itu semua adalah redflags.

Tapak tangan dan tapak kaki yang sensitive to textures, adalah tanda-tanda masalah perkembangan sensory yang mungkin disebabkan oleh pendedahan skrin yang terlalu awal dan berlebihan.

3. SUSAH NAK MOVE ON DARI SATU AKTIVITI KE SATU AKTIVITI LAIN

Foto kredit: mirror.co.uk

Ada banyak sebab kenapa anak susah nak berganjak dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain. Usually sebab anak tengah seronok dengan aktiviti yang sedang dilakukan, dan next activity tu kelihatan kurang menarik di mata mereka.

Contohnya, anak tengah main, then kita suruh pergi mandi. Atau anak tengah tengok TV, tetiba kita ajak keluar pergi kenduri. Anak tend to mengamuk dan tantrum.

Dan anak yang mempunyai masalah perkembangan sensory selalunya susah untuk berganjak dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain, almost every single time.

4. CLUMSY ATAU KELAM KABUT

Bila berjalan atau berlari, anak kerap terjatuh, atau terlanggar orang, atau terlanggar barang.

Ini bukan untuk anak yang baru nak belajar berjalan atau berlari tau. Anak yang memang dah lama berjalan atau berlari, tapi masih clumsy, takde kawalan dan keseimbangan badan yang baik.

Ini disebabkan oleh proprioception & vestibular systems yang tidak diransang dengan baik yang mungkin disebabkan oleh pendedahan skrin yang terlalu awal dan berlebihan.

5. TAK SUKA TEMPAT RAMAI ORANG ATAU PUBLIC PLACES

Contohnya, kat mall, majlis/kenduri, public places, family gathering. Anak tend to misbehave atau tak comfortable every single time pergi tempat2 macam tu.

Anak cepat overstimulated dengan bunyi, lampu, dan suasana ramai orang, and most of the time akan end up tantrum, mengamuk, dan sebagainya. Ini juga adalah tanda atau redflag yang ramai ibu bapa tak perasan.

6. TAK SUKA TENGOK VIDEO SLOW-PACED, SUKA YANG FAST PACED JE

Contoh video slow-paced ni macam documentary, animal planet, videos about nature, atau video2 yang mempunyai cinematography perlahan.

Video fast paced pulak contohnya kartun, animation, action movies, cerita lawan-lawan, atau videos yang banyak pergerakan laju, banyak bunyi, banyak warna2 cerah.

So kalau anak hanya suka yang fast paced videos dan kurang tertarik dengan slow paced videos, itu juga mungkin satu redflag.

7. SUKA GIGIT ORANG ATAU GIGIT MAINAN TANPA SEBAB

Isu ni banyak saya terima. Anak tak pepasal pergi gigit kawan, gigit adik, gigit parents, atau gigit mainan, TANPA SEBAB.

Dan kebiasaannya bila berlaku macam ni, anak akan dituduh kurang ajar dan ditampar sebab gigit orang tak pepasal. Sakit kot woihh.

This happens when they are probably looking for some deep, intense proprioceptive input. Proprioceptive input ni adalah satu deria yang diransang oleh tekanan. Kalau mata perlu diransang oleh cahaya, proprioceptive input pulak perlu diransang oleh perbuatan yang menghasilkan tekanan contohnya memeluk, menggenggam, mengangkat, melompat, atau menggigit sesuatu..

8. ANAK TAK SUKA COMOT-COMOT

Dulu saya bangga dengan Haikal, sebab bila pakai baju putih, langsung tak comot. Bila tengok anak orang lain pakai baju putih tak sampai seminit terus comot, tengok anak sendiri masih suci murni, ya Allahh sejuknya perutku mengandungkan mu wahai anakku.

Tapi lepas tahu bahawa anak yang tak suka comot adalah redflag,terus rasa bangang bertubi-tubi. Hahah

Anak fitrahnya bukan penggeli.Sepatutnya semua benda pun, anak akan ada desire nak pegang dan rasa. Kau bagi lah apa pun.

So kalau anak macam tak comfortable atau tak suka benda-benda yang sticky, melekit, squishy, berlendir, bertekstur jeli, dan sebagainya, ia mungkin satu redflag.

Messy play is actually important dalam merangsang perkembangan sensory anak. So try bagi anak main finger painting atau slime atau kinetic sand, dan perhatikan reaksi anak. Tapi kena tahan lah sikit sakit mata menengokkan anak comot-comot tohh.

So itulah dia 8 redflags yang saya tak sedar anak saya sendiri sedang alami dulu. Kalau ikutkan, ada lebih 30 redflags atau tanda2 awal yang biasanya parents terlepas pandang, yang anak mempunyai masalah perkembangan akibat pendedahan skrin ni.Tapi tak larat pulak nak share semua.

But I’m pretty sure dalam otak korang sekarang ada banyak persoalan. Kan?

Apa nak buat kalau nampak redflags ni pada anak?Macam mana nak pulihkan?Kalau biarkan je jadi apa?

Semoga bermanfaat.

Kredit: Adlil Rajiah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *