Anak Suka Bercakap
|

Anak Suka Bercakap Sendiri Sambil Berlakon, Maknanya Dia Sangat Bijak! Pensyarah Kongsi Kebaikanya

Anda pernah nampak anak anda suka bercakap sorang-sorang, seolah-olah berinteraksi dengan seseorang? sebelum ‘judge’ anak yang bukan-bukan, ketahui dulu sebabnya. Anak suka bercakap sendiri rupanya dia suka berimaginasi!

Seorang Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI, Hazhari Ismail berkongsi cerita kebaikan anak suka bercakap seorang diri yang ibu bapa tak perasan.

Anak saya 4 tahun selalu bercakap sorang-sorang. Anak saya bermasalah ke?

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

Kadangkala, ibu bapa risau jika melihat anaknya bercakap dengan seorang sendiri. Self-talking atau bercakap seorang diri dalam kalangan kanak-kanak adalah sesuatu yang normal. Either mereka akan bercakap dengan diri sendiri atau bercakap dengan barang-barang seperti anak patung dan sebagainya. Keadaan ini akan wujud pada umur-umur tertentu.

Kenapa ia terjadi?

Bercakap sendiri selalu dikaitkan dengan perkembangan kognitif. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak berkomunikasi dengan dunia yang penuh dengan imaginasi. Ya, kanak-kanak itu sendiri yang imagine their own imagination world. Dalam dunia mereka, akan ada karakter-karakter yang wujud dan kadangkala karakter ini sama seperti dunia sebenar (seperti sifat, perwatakan, percakapan etc), dan adakalanya ia berbeza.

Kita akan lihat kanak-kanak akan menjadi diri sendiri atau menjadi seperti orang lain. Kerana mereka sedang memainkan watak atau karakter orang lain. Mereka cuba untuk meniru sekeliling.

Bercakap dengan objek yang tidak bernyawa?

Foto Kredit: babycentre.co.uk

Selalunya kanak-kanak juga akan memilih untuk bercakap dengan objek yang tidak bernyawa atau tiada reaksi. Contoh terdekat adalah anak patung. Itu adalah salah satu cara untuk mereka meluahkan diri tentang perasaan dan berfikir. Ciri-ciri ini membantu untuk mereka membiasakan diri dengan sekeliling seperti penggunaan Bahasa dan tingkah laku.

Yakinlah, bila ibu bapa melihat anak bercakap sendiri, mereka memang tengah melalui fasa ini. Dan lama-lama ia akan hilang.

Kanak-kanak akan bercakap sendiri dengan kuat berbanding orang dewasa. Mereka tak sedar atau tak perasan dengan sekeliling kerana terlalu asyik untuk berimaginasi. Sebab itu jika kita tegur ketika mereka sedang self-talking, mereka akan tersentak dan stop untuk teruskan bercakap.

Kadangkala mereka bercakap macam sedang beriya-iya berlakon. Penuh dengan eskpressi muka, intonasi suara , gesture etc. Ia adalah sesuatu yang baik!

KEBAIKAN ANAK SUKA BERCAKAP SENDIRI

Banyak kajian telah dijalankan tentang kebaikan bercakap dengan sendiri untuk kanak-kanak. Antaranya:

Foto Kredit: imperfectfamilies.com
  1. Menunjukkan kebijaksanaan kanak-kanak. Lebih banyak kanak-kanak bercakap dengan diri sendiri, lebih bijak mereka akan jadi.
  2. Kanak-kanak kecil (toddlers) sedang memahami konsep dunia sekeliling. Mereka akan memerhati, berkenalan dan membiasakan diri mereka sendiri.
  3. Mereka sedang meningkatkan self-control.
  4.  Mengukuhkan perbendaharaan kata. Mereka menggunapakai perkataan yang telah ada dan ‘memainkan’ semula ketika sesi bercakap dengan diri sendiri.
  5. Meningkatkan kreativiti. Ya, mereka akan jadi lebih kreatif. Mereka akan menyoal dan mereka jugalah akan menjawab persoalan tersebut. Kalau dengar betul-betul, kadang-kadang kita tak faham apa cerita mereka, but kids always be kids.

Bercakap sendiri ini adalah sesuatu yang normal pada umur 3 hingga 5 tahun. Jangan risau, lama-lama behaviour ini akan hilang.

Kalau tak nak hilang, rakamlah diam-diam. Anda akan ketawa bila melihatnya semula.

Sumber: Hazhari Ismail

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *