Anak Sihat
|

Bayi Suka Dengar Suara Ayah Ketika Dalam Perut Ibu. Ini 6 Tips Untuk Anak Sihat & Bijak Dalam Rahim.

Setiap ibu ayah pastinya menginginkan anak sihat dan bijak ketika dalam kandungan atau pun semasa tumbesarannya. Setiap amalan yang ibu lakukan ketika hamil mempengaruhi anak dalam kandungan.

Ikuti perkongsian menarik dari Dr Zubaidi Hj Ahmad, bagaimana ibu dan ayah boleh menjadikan anak sihat dan bijak sejak dalam rahim.

Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahem. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.

Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.

Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”

Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.

Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).

TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM

Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahem’.

Husband touching wife’s stomach, trying to feel baby.

1. BERI NAMA YANG BAIK

Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.

2. KOMUNIKASI DENGAN ANAK

Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyangi anak dalam rahem.

Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahem tahu ibubapa mereka menyayangi.

Foto kredit: raisingchildren.net.au

3. AYAH MAIN PERANAN

Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahem juga. Cuba bercakap melalui henfon dan si ibu merapatkan henfon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahem.

4. BANYAKKAN MENDENGAR BACAAN AL-QURAN

Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketengan pada anak dan si ibu.

Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.

5. IBU AYAH JAGA EMOSI

Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi kketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.

6. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

Foto kredit: medicalnewstoday.com

Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.

Jadi dalam tempuh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.

Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.

Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.

Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna, perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.

Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.

Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.

Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.

Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.

Saya memilih minyak zaitun OLIVIE sebagai sumber tenaga dan meningkatkan kesihatan diri saya.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *