uri anak
| |

‘dia’ Rembat Uri Anak Aku Beb, Kurang Asam Betul!

Awal April tahun ni, aku selamat lahirkan anak pertama kami. So aku pun macam biasalah nak tanam uri anak sendiri.. suami soleh kan…  hehe..
Aku tanam ikut apa yang aku tahu… nenek aku pesan letak pensel & buku matematik sebab nanti anak aku pandai. So aku buat sebab taknaklah jadi cucu derhaka.

Uri
Ni kepercayaan kurafat.. Orang orang dulu suka buat benda ni dengan harapan nak bagi anak pandai… hihi

Lepas aku dah tanam uri tu aku masuk rumah jap nak gi basuh tangan.. tetiba nenek aku jerit jerit dia cakap cepat datang ada orang nak bawak lari uri anak aku…..

Adoi.. sape pulak nak bawak lari uri anak aku?! Aku pun berlari dengan pantasnya nak tengok…..

Bila keluar rumah aku tengok sekor anjing cuba korek korek lubang yang aku baru kambus tu & dah berselerak tempat tu.

Aku pun apa lagi… memang aku lari & halau anjing tu. Fuh.. nasib baik aku sempat selamatkan uri anak aku.

Rupanya, aku salah step … haishh.. manalah aku tau kena lumur asam smua…. rupanya nak menguruskan uri pun ada gaya dia…. patutlah anjing nak dtg rompak hak anak aku… dia dapat hidu rupanya…

Nenek aku pun marah aku, dia ingat aku dah buat semua tu.

Pastu kan… yang letak buku pensel tu syirik wei.. & aku tak tau.. semalam wife bagitau tak bole wat gitu. Nenek nenek orang lama… tu yang dia suruh buat… huhu…

.

Kata Penulis Buku 9bulan10hari Nazira Nazir

Mulianya hati seorang suami.. dia akan cuba buat yang terbaik untuk isteri & anak anaknya.. tapi tulah… bila ilmu mengenai benda benda penting kehamilan & kelahiran kurang, maka ‘ultraman’ tu akan buat apa yang termampu.. hihi

Huhu… takpelah.. at least mencuba dari tak kan..

Saya share ilmu mengenai uri ya…

Kenapa perlu bersihkan uri? Kenapa perlu tanam elok elok? tak boleh ka buang terus ke dalam tong sampah sebab ramai ja orang buang?

Uri ni adalah benda yang pernah ‘hidup’ yang ada dengan janin di dalam rahim, mengandungi darah yang banyak dan pekat selain berbau hanyir.

Siapa ‘dia’ di title? ‘dia’ tu adalah binatang… Sebarang bangkai atau benda yang ada darah sangat sangat digemari binatang dan makhluk halus.

Maka wajiblah ditanam.

Disebabkan URI keluar dari faraj seorang wanita, seeloknya uri tersebut dibersihkan dan ditanam oleh suaminya.

Jampi dan pelbagai adat adat yang mensyirikkan Allah seperti tanam pensel & buku matematik yang dibuat suami hebat tu… dilarang sama sekali. Sebab tu dalam Islam kita ada panduan.

Bagaimana nak urus uri?

1. Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
2. Cuci bersih. Jangan guna sabun & perfume sudah.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat.
4. Lumur uri dengan garam dan cuci bersih.
5. Lumur dengan asam jawa dan cuci bersih supaya hilang bau hanyir darah.
6. Perahkan air limau di atas uri.
7. Letakkan di dalam kain yang bersih dan ikat.
8. Gali tanah di tempat bersih dan selamat sedalam yang mungkin agar tak dapat dikesan binatang.
9. Baca Bismillahirrahmanirrahim dan selawat semasa meletakkan uri.
10. Kambus tanah tersebut dan letak batu diatasnya supaya tak dikorek binatang.
Done!… settle 1 amanah dengan berjayanya.. yes!

Uri
Bila dah ikat kemas kemas & bersih macam ni, kambuslah elok elok dan letakkan batu di atas tanah ni so that tak adalah ‘dia’ datang rembat uri anak… hehe. – Iffah 2010.

INGAT! jangan sesekali bawa pulang uri dan letak dan fridge…. tak pasal pasal termasak daging masak merah pulak nanti …

Banyak lagi ilmu bergelar ibu & ayah hebat ada saya ceritakan di dalam buku kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan 9bulan10hari. Selamat membaca.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *