MAKIN KITA TENGKING ANAK, MAKIN DIA AGRESIF & TAK DENGAR CAKAP! 5 Cara Ini Dapat Mengatasinya.
Ramai ibu bapa hari ini menjadikan budaya tengking anak sebagai satu trend untuk mendidik anak. 70 peratus daripadanya mengaku, mereka menengking dan memekik pada anak hampir setiap hari dek kerana anak tak tahu diam dan selalu buat masalah.
Tidak dinafikan, mengendalikan seorang anak tidak mudah. Ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk mendidik mereka jadi seorang anak yang baik dan dengar cakap.
Dr Taufiq Razif turut berkongsi bagaimana tindak balas otak seorang anak kecil apabila ditengking.
Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.
Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.
Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.
Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.
Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.
Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.
Bila Selalu Sangat Tengking Anak,Efek Hormon Stress Ni Pada Badan Kalau Ianya Selalu Sangat Aktif :
- Lebih berisiko kena penyakit jantung
- Lebih mudah kena depression dan anxiety
- Kacau sistem pencernaan kita
- Kacau tidur kita
- Badan makin cepat gemuk
- Lebih cepat lupa
- Mudah sakit kepala dan migrain.
Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga.
Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’.
Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’.
TIPS DIDIK ANAK DENGAR CAKAP
- Gunakan Bahasa Yang Baik Dan Halus
Ibu bapa perlu cuba mengelak penggunaan perkataan “tidak” atau “jangan”. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak anda. Jika anda menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan berasa yakin, disayangi dan istimewa.
2. Pandang Mata Anak Anda Sebelum Bercakap Dengannya
Sebelum memberi arahan, pastikan level mata anda dan anak anda selari. Renung anak matanya dan pastikan dia memberi perhatian pada anda. Jika anda menyebut namanya, dia akan memberi perhatian pada anda dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius.
3. Pastikan Pesanan Anda Ringkas, Jelas Dan Mudah Anak Faham
Adalah penting untuk diingati bahawa kanak-kanak tetap adalah kanak-kanak. Mereka tidak akan memahami mesej yang tersembunyi dari pesanan yang kurang jelas. Elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.
4. Jangan Membebel Panjang
Selalunya, ibu bapa akan mula berleter apabila anak-anak tidak mendengar kata-kata mereka. Jadi, daripada anda berleter dan membebel panjang, lebih baik anda tampal lukisan atau satu carta kerja dalam bilik anak anda dan tunjukkan pada mereka. Tugasan rumah harian yang perlu mereka selesaikan dalam sela waktu yang ditetapkan perlu dijelaskan dalam carta ini. Pastikan anda membuat carta tugasan yang sesuai dengan umur anak anda dan pertimbangkan juga waktu untuk mereka berehat dan bermain.
5. Tegas & Adil
Jika anda telah membuat keputusan dan telah menyampaikannya pada anak anda, anda patut bertegas dengan keputusan tersebut.
Bincangkan dengan pasangan anda dan pastikan anda mencapai kata sepakat bersama pasangan anda. Ini akan mengajar anak anda bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat, ia tetap tidak akan berubah dan mereka perlu patuh dan dengar arahan anda.
Sumber Rujukan: Taufiq Razif & Khalifahdidik.com