tekanan perasaan
| |

SUKA MARAH, MENGAMUK & MENANGIS. INI 9 TANDA ANAK MENGALAMI TEKANAN PERASAAN.

Jangan ingat orang dewasa je mengalami stres atau tekanan perasaan, anak juga tidak terkecuali ya!

Cuma bezanya kanak-kanak tidak pandai untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Mereka sekadar memberi ‘hint’ melalui tangisan, mengamuk dan sikap mereka.

Foto Kredit: news.medsbla.com

Bila anak suka lempar barang, tak dengar kata dan suka melawan bila anda bercakap dengannya, ini salah satu tanda mereka sedang protes dan mengalami tekanan perasaan yang sangat tinggi.

Sangat bahaya untuk anak-anak kita. Jangan pandang remeh kalau anak mula menunjukkan masalah emosi ini. Jika ia tidak ditangani dari awal, kesan dari emosi tadi boleh mengganggu perkembangan anak. Bila dibiarkan lama-lama badan pun boleh cepat sakit.

Foto Kredit: parents.com

9 TANDA TEKANAN PERASAAN PADA KANAK-KANAK

  1. Bersikap agresif dan berubah tingkah laku dari biasa.
  2. Menangis yang sukar dipujuk, mudah marah dan cepat merajuk.
  3. Suka mengamuk, suka memukul, menendang, menjerit tanpa sebab yang pasti dan sangat beremosi.
  4. Bila rutin tidur berubah, samaada anak kurang tidur, terlebih tidur atau sukar tidur.
  5. Suka makanan ringan dan tidak sihat. Menolak segala jenis makanan berkhasiat dan lebih cenderung memilih jajan atau makanan segera. Anak terlalu cerewet tentang makanan dan tidak ada selera makan.
  6. Anak jadi terlalu aktif yang sukar dikawal. Tak tahu duduk diam, ada saja yang nak dibuatnya. Tak pandai jaga barang, dan lebih teruk lagi kanak-kanak yang mengalami stres akan merosakkan barang yang dipegangnya.
  7. Berlaku masalah fizikal. Anak yang sedang tertekan, secara tak langsung tubuhnya akan akan memberikan reaksi atau simptom. Contohnya selalu sakit perut, sakit kepala, sembelit, degupan jantung yang laju dan sakit dada.
  8. Sukar fokus! si kecil anda akan jadi pelupa, kurang sistematik dan gagal mengingat perkara-perkara yang remeh. Mereka juga kadangkala bila kita panggil mereka berkhayal dan tidak menyahut.
  9. Tidak berminat untuk berinteraksi dengan keluarga. Lebih suka menyendiri, termenung dan terlalu pemalu.

Foto Kredit: kiddocare.my

JIKA ANAK MENGALAMI TEKANAN PERASAAN, IBU AYAH PERLU MAIN PERANAN

Kuncinya ialah untuk sentiasa menyokong anak apabila dia memerlukan anda. Pada masa yang sama tahu bila untuk membiarkan dia menyelesaikan masalahnya sendiri.

Apabila anak anda mengembangkan lingkungan sosialnya, dia akan bertemu dengan lebih ramai orang dan terdedah kepada lebih banyak situasi yang membuatkan dia berasa stres.

Foto Kredit: thepragmaticparent.com

TIP MEMBANTU ANAK ANDA MENGATASI STRES

  • Galakkan anak anda untuk menggunakan kaedah bercakap dalam diri secara positif – anak anda mudah mengulangi fikiran-fikiran negatif di dalam mindanya. Ajar anak anda untuk menggantikan fikiran negatifnya dengan fikiran positif. Kanak-kanak cenderung mengikut jejak orang dewasa, oleh itu berhati-hati agar tidak menyuarakan komen ke atas diri sendiri yang negatif di hadapannya seperti ”Bodohnya saya kerana tersalah letak kunci!” Anda mungkin terkejut betapa banyaknya komen ke atas diri sendiri yang negatif yang anda guna, maka pastikan anda amalkan komen yang positif setiap peluang yang ada.
  • Ajar dia bagaimana untuk meleraikan sesuatu masalah – kemungkinan besar anak anda stres apabila dia perlu melakukan sesuatu tugasan. Berikan bimbingan dengan mengajar dia bagaimana untuk membahagikan tugasannya menjadi tugasan-tugasan kecil dan langkah-langkah yang lebih mudah dikendalikan. Mengambil langkah-langkah kecil akan membantu mengatasi sebarang kebimbangan yang mungkin dihadapi tentang kebolehannya untuk memulakan atau menyempurnakan sesuatu tugasan.
  • Fokus kepada usahanya bukan hasil – ingatlah bahawa tiada siapa yang sempurna. Keresahan dan kebimbangan merupakan beberapa perasaan yang dirasakan. Pada masa-masa seperti ini, anda haruslah lebih menyokong dan tekankan bahawa semua orang membuat kesilapan dan ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Ini adalah peluang terbaik untuk mendidik anak anda bahawa apa yang dia lakukan seterusnya adalah penting, iaitu mengakui kesilapannya dan mengambil tindakan pembetulan yang wajar.
  • Beri dia masa untuk berehat – bekerja tanpa rehat menjadikan badan semakin tidak sihat – semua orang perlu berehat daripada tekanan harian, termasuk kanak-kanak. Ramai kanak-kanak tertakluk bukan sahaja pada aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah, tetapi juga pada kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan dan pada hujung minggu. Awasi anak anda dan apabila dia kelihatan stres atau keletihan, bermakna masanya sudah tiba untuk dia berehat. Cari aktiviti yang anda tahu yang dia gemar atau aktiviti baharu yang boleh membuat anak anda relaks.
  • Ajar dia untuk bertenang dan fokus – bantu anak anda mencari jalan untuk menenangkan dirinya seperti mendengar muzik, bersiar-siar, berjoging, yoga atau sebarang aktiviti positif. Cuba untuk tidak bergantung kepada peralatan elektronik kerana keburukannya melebihi kebaikan.

Buat semua ibu bapa, elakkan menjerit atau menengking anak ketika marah. Jangan paksa anak buat sesuatu diluar kemampuannya. Beri galakkan dan dorongan positif untuk anak rasa lebih yakin dan bersemangat.

Sumber rujukan: Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pa&Ma.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *