‘Wean Off’ Atau Bercerai Susu Anak, Pakar Kongsi 7 Cara Cerai Susu Yang Berkesan!
Umur Hany bulan ni dah nak masuk 3 tahun, tapi si anak masih lagi menyusu badan. Bila tak bagi tak sampai hati pula nak cerai susu dengan dia. Tak sanggup nak tengok anak menangis! ada tips tak?
Ramai sebenarnya ibu yang ‘wean off’ tapi hati masih belum kental lagi untuk berhadapan situasi ini kerana kasihankan si anak. Tapi dalam masa yang sama nak putuskan susu badan.
Ianya bukan mudah dan memang mengambil masa sedikit untuk cerai susu dengan anak. Ada ibu yang sanggup letakkan kopi, gincu, sirap dan asam jawa untuk menakutkan anak dan membuatkan anak menolak dari meminta susu.
Walaupun kita rasa cara itu logik untuk kita, tapi jagalah hati anak. Pastikan anak dan ibu itu sendiri bersedia dari segi mental dan fizikal.
Menurut Kaunselor Laktasi, Dr Nurhaya Yaacob ketika menyusu, berjaya dalam penyusuan dan wean off semua ini adalah satu proses, bukan hari ni decide esok jadi.
Maka saya agak kurang bersetuju dengan pilihan meletakkan bahan-bahan di puting agar anak menolak untuk menyusu.
Penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang indah antara ibu dan anak. Sayang sekali ia diakhiri dengan cara yang traumatis begitu.
Saya pasti kita juga tidak suka direntap sesuatu yang kita suka kan, dan pasti kita akan meminta waktu untuk menerima secara perlahan-perlahan.
Begitu juga dengan si kecil. Hormatilah perasaan dan jiwa manja mereka. Jangan akhiri sesuatu yang indah dengan cara traumatis begitu.
Bagi saya ia sangat “selfish”. Di saat anak tidak mahu menyusu, menangis-nangis kita mahu anak menyusu. Di saat nak cerai susu, di rentap saja dengan mendadak.
7 CARA CERAI SUSU TANPA MENGGANGGU PERASAN SI KECIL
- Jangan Offer
Apabila ibu memutuskan utk cerai susu atau wean off, jgn offer si kecil..adik nak nenen.kalau nak..cepat..lepas ni tak boleh dah..
tidak..no…no..no..
jgn offer….
si kecil tak igt..kita pun leka kan dia lagi..ini adalah langkah pertama yg penting!
2. Alihkan Perhatian Si Kecil
Ok bila tak offer, tapi lepas tu si kecil minta…
alihkan perhatiannya dengan..jom kita main slide dulu…
waahhh..adikk..cantiknya adik susun blok ni..jom susun lagi…atau boleh main kejar2 je..
distraction!alihkan perhatiannya….sehingga mereka lupa seketika
ingat sesuatu..ia adalah satu proses.jadi…dari 10 kali direct feeding..maybe dah boleh berkurang ke 8 kali.kemudian ke 6.dan seterusnya.
mummies pon kalau anak tak menyusu. bengkak juga payudara nanti..betul tak?
3. Lengahkan!
Apabila anak meminta..dan kita dah alihkan perhatiannya. kemudian jeng jeng jeng…
mereka meminta susu ibu yg nikmat itu…
jgn panik dulu!
boleh je..tapi lengahkan sekejap dgn memberi arahan mudah seperti…adik naik dulu..kita mandi.lepas mandi kita nenen..ok?
4. Time Out.
Bila malam muncul…
dan si kecil pun mula nak mengepeng utk menyusu…
Mommies boleh buat time out.
Contohnya “adik boleh nenen tapi 5 minit je..lepas 5 minit mama tarik nenen mama.”
Adik ok baru mama bagi..
Dan bila nak dekat dgn 5 minit tu..habaq kat dia.ok mama kira smpi 20 lepas tu mama tarik pelan2 dari adik ya..adik jgn marah mama tau. adik kan dah janji…
Mungkin pertama kali tak berjaya.. tapi cuba lagi dan lagi dan lagi..
Anak-anak nak jalan pun cuba byk kali baru berjaya kannnn..
5. Pujuk!
Masa nak tido atau masa makan ke..masa anak memeluk ibu ka..bercakap dgn anak.
Jangan anggap mereka tidak paham..
Beritahu mereka..
“adik dah besar. jadi org besar dah tak nenen..tgk mummy..mummy tak nenen pun.. tgk tok..tok tak nenen pun..”
Ulang dan ulang..kalau masa tgk tv mereka tiba2 minta…buat time out atau distract..tp kalau dah nampak mcm anak gelisah sgt..bagi la..jgn tourture emosi mereka..kita nak wean off pelan2…
Ingat ibu..dari 10 kurangkan 8..dari lagi kurangkan 7..
6. Bicara Saat Tidur
Haaa bg saya..ini yg paling win..saya gunakan teknik ni utk semua benda..dari nak berhenti menyusu sampai la nak pujuk anak solat
Bila mereka tidur…di alam separa sedar…urut dan usap dahi mereka…sambil berkata.
“adik dah besar…adik tak mau nenen mama lagi ya…adik minum pakai cawan ja..ya?”
Ulang beberapa kali dan lakukan terturut2 selama 21hari.
Jangan maknye tido sekali sudah ler..
Buat jgn tak buat!
7. Berdoa!
Bila kita dah buat semua..berdoa pada tuhan..
Hati kita dan anak adalah milikNya..
Mintalah perjalanan anda di mudahkan.
Tapi sekiranya anda sedang hamil dan ada kontraindikasi utk menyusu dan harus berhenti serta merta…
Maka kentalkan hati .dan time out kan anak sedikit…bg lepas gian
Lalu pujuk si kecil…anda perlukan bantuan suami atau keluarga utk menenangkan si kecil! mungkin dgn membawa mereka berjalan2 dan melihat lampu sehingga mereka tertidur dll…
Ingat ya mummy..sekali tidak berhasil bukan bererti anda gagal..dan apabila anda sudah benar2 pasti nak wean off. Kalau hati tisu dan masih setengah2…apabila anak minta dan anda terus beri..maka si anak akan tahu permainan wean off mak ni kompem gagal dgn pujuk rayunya..(jgn igt depa tak tau ya)
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Sekiranya Anak Tantrum Macamana?
Boleh minta bantuan pasangan.Tapi sekiranya sudah buat semua dan masih juga anak mahu menyusu, tak apa, nama pun proses.
Susuilah, anaknya belum bersedia. Cubalah lagi secara terus menerus. Ada yang cepat ada yang lama. Yang penting faham bahawa ia adalah sebuah proses.
Proses untuk ibu dan anak..Fokus pada progress, teruskan dengan konsistan dan persistant. Jangan lupa doa dan tawakal pada yang Esa.
Dia yang menjaga hati kita dan anak kita. Mungkin dengar macam mudah sahaja saya wean off, tapi ia memerlukan kesabaran kerana perlu ulang berkali-kali. Dari 8 kali penyusuan turun ke 6 kali, kemudian 4 kali lalu 2 kali dan akhirnya cerai susu.
Penyusuan susu ibu itu perjalanannya indah. Memorinya sangat manis. Membina keyakinan diri anak melalui ikatan yang luar biasa, nutrisi yang hebat dan lengkap.
Namun kenapa perlu di rentap perjalanan yang indah itu dengan pengakhiran yang traumatik. Nak buat, buat betul-betul.
Sumber: Dr Nurhaya Yacob