9bulan10hari adalah platform ilmu-ilmu sahih dan benar menggabungkan ilmu perubatan moden, ilmu perubatan Islam dan tradisional.
Ditubuhkan pada 2017 oleh bekas wartawan, pembaca berita & pengacara tv – Nazira Nazir.
Idea ini tercetus apabila Puan Nazira dan suami mendapati banyak ilmu-ilmu kehamilan di internet dan buku di pasaran banyak berkongsi ilmu-ilmu yang tidak sahih.
Dengan pengalaman menulis berita sejak usia 18 tahun iaitu sudah hampir 17 tahun, penulis ‘melamar’ pakar-pakar yang hebat dari Malaysia dan Indonesia untuk berkongsi ilmu-ilmu yang sahih buat semua.
Bukan saja ilmu kehamilan, ilmu-ilmu sahih ini dikupas dari awal perkahwinan – rumahtangga – rancang kehamilan – kehamilan – kelahiran – berpantang – penyusuan susu ibu – mendidik anak-anak soleh solehah.
Semua ilmu-ilmu ini dikongsi dalam keluaran buku 9bulan10hari.
dan bakal diterbitkan adalah edisi ketiga 9bulan10hari.
Menariknya mengenai karya-karya 9bulan10hari ini adalah penerangan dari pakar dan penulis disertakan dalam bentuk video. Maknanya, pemilik buku 9bulan10hari hanya perlu scan QR code dalam buku dan tonton lebih 80 video yang disediakan.
Bukan itu saja, 9bulan10hari juga aktif menganjurkan seminar sejak tahun 2018. Antaranya, Seminar Ibu Hamil Tanpa ‘Koyak’, Seminar ‘Timang Talk’, Seminar Ku Impikan Zuriat.
Selain berkongsi ilmu di dalam buku 9bulan10hari, kami juga aktif berkongsi ilmu dan tips secara percuma di blog, Facebook & Instagram.
Selain itu, 9bulan10hari juga aktif dalam menganjurkan solat hajat buat pasangan suami isteri yang sudah lama menanti zuriat – memohon agar Allah beri rezeki anak dengan mudah dan cepatnya buat semua. Aamiin 😍
Sebahagian % hasil belian buku 9bulan10hari kami sumbangkan kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Inilah dia 9bulan10hari.. macam adik beradik dengan semua. Selagi boleh, selagi itu saya bantu.
Sehingga kini, karya-karya 9bulan10hari mendapat tempat di hati semua pembaca disebabkan penulisan santai yang penuh makna ini hadir dengan fakta yang sahih.