amalan bulan muharram

Kelebihan Awal Muharam Dan Amalannya

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 

  1. Puasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
  2. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  3. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  4. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  5. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) serta fadhilatnya: 

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Bersabar/Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  10. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  12. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.

Soalan : Antara amalan ketika 10 muharam adalah mengusap rambut anak anak yatim…. adakah ia umum? atau perlu dilakukan ketika bulam Muharam saja?

Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?” Sabdanya : 

    • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
    • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
    • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
    • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
    • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
    • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
    • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
    • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
    • Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
    • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
    • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
    • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
    • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
    • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
    • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
    • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
    • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Kredit penulisan : pastiislam.blogspot.my

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *