Anak Perempuan
|

Menjaga Anak Perempuan Tidak Mudah, Tapi Kalau Kena Dengan Caranya Syurga Untuk Mak Ayah

Orang kata anak perempuan ni mengada-ngada dan manja.

Kalau apa-apa berlaku mesti menangis dulu baru selesaikan masalah tu.

Orang kata anak perempuan ni cerewet, sikit-sikit minta tolong ayah ibu untuk ‘back up’ dia kalau bergaduh dengan abang atau adiknya.

Tapi! anak perempuan adalah kesayangan ibu dan ayah.

Mereka ada satu tarikan dan keunikan tersendiri yang membuatkan dirinya sangat berharga!

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

Anak perempuan persis ibunya.

Ibu adalah orang pertama yang menjadi kawan rapatnya. Ibu juga pelindungnya. Ibu tempat dia meluah rasa. Ibu penenang dan tempat bermanja. Solekan ibu membuatkan dia meniru gaya. Masakan ibu yang paling tersedap di dunia.

ABC selalu ibu ajar, agar menjadi orang terpelajar. Agar anak menjadi pintar. Walaupun ibu kekadang terpaksa menahan lapar untuk mengajar.

Anak perempuan memang kuat merajuk. Kasihnya ibu walaupun marah selalu datang pujuk. Sampaikan tidur dikerusi tersenguk-senguk. Ibu tak putus asa agar hati anaknya menjadi sejuk.

Ligatnya si anak tak geti duk diam, sampaikan ibu nak masak pun tak tenteram. Anak perempuannya datang sepahkan sayur bayam, ikutkan hati ibu nak aje baham. Apakan daya anak dara nak belajar masak kenalah faham.

Jenguk ke bilik tengok anak dara kesayangannya tengah bermain alat solek. Katanya nak cantik macam Erin Malek. Nak dimarah bedak sudah terbalik, sudahnya ibu join sama-sama main solek-solek, bahagianya si anak bila muka dah cantik.

Semakin hari semakin besar anak dara kesayangan ibu. Bila darah haid pertama keluar anak menjerit dapatkan ibu. Petanda anak ibu sudah akil baligh la tu, si anak menangis dalam pelukan ibu. Ibu ketawa ‘ jangan menangis anakku’.

Ibu selalu berpesan pada anak perempuannya, agar selalu taat pada sang pencipta. Kena menghormati ibu dan bapa. Kena pandai jaga maruah dan jangan malukan ibu bapa.

Foto Kredit: orchidrepublic.com

Jauh mana pun pergi, tetaplah iman dan hat, ingat pesanan orang tua.

Pesan ayah juga jangan dilupa, kejarlah cita-cita sehingga berjaya. Jangan terleka dibuai hal dunia, setiap perbuatan, setiap kelakuan, jaga batas dan pergaulan.

Kuatkan semangat dan tempuh segala cabaran dan ujian dengan senyuman.

Anda ada anak perempuan? Didiklah mereka dengan sempurna dengan sopan dan santunnya diri dan ilmu agama.

Sesungguhnya menjaga anak itu tidak mudah, hal ini juga diperakui oleh Dr Taufiq Razif dalam artikelnya.

Gambar Hiasan

Ajarkan 5 Perkara Ni Secepatnya Kepada Anak Perempuan Kita Sebelum Mereka Masuk Ke Alam Remaja

  1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU

– kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka

2. Ajarkan anak perempuan kita BATAS AURAT mereka

– kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul

3. Ajarkan anak perempuan kita tentang tanda & persiapan AKIL BALIGH mereka

– kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama

4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN & KASIH SAYANG

– tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul & bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka

– ceritakan kepada mereka juga tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi

Gambar Hiasan

5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK & BERHARGA DARIPADA DALAMAN

– Ajar anak perempuan untuk merasa cantik secara dalaman supaya mereka tak bergantung kepada pujian luaran

– itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata kata penghargaan terutamanya kepada anak perempuan

– Ingat, jiwa anak perempuan tersangat lah sensitif, lembut dan rapuh kerana mereka dicipta untuk dibimbing, dilindungi dan disayangi

” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.

”Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].

Sumber rujukan: Dr Taufiq Razif

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *