jangan buat kerja selepas bersalin
| | |

“Dah Habaq Dah Ibu Lepas Bersalin Ni Bukannya Ultraman, Jangan Buat Kerja, Duduk Diam Diam Bagi Susu Saja”

Bagi tok Puan (dalam gambar), & bidan bidan bersalin yang lain, amalan berpantang ni tolonglah jangan buat main.

Silap hari bulan, ibu berpantang alami komplikasi & mungkin ‘meninggalkan’ kita tanpa sesiapa pun sedar.

Tumpah darah, meroyan, pukul anak, menjerit tiba tiba, bentan, rahim jatuh… semua ni antara kemungkinan yang akan terjadi kepada ibu yang tak jaga pantang.

Sebab tulah kena jaga pantang elok elok.

Ini pesanan Tok Puan, (bidan yang jaga saya – penulis buku 9bulan10hari) buat semua …. :

1. STOKIN – Wajib pakai… untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

2. DILARANG MENCANGKUNG – koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

3. RAPATKAN KAKI – Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. kesian miss v… Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.

Pantang
Sakit ooo urut camni, tapi sedap… hihi

4. WANITA BERPANTANG BUKAN ULTRAMAN – so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

5. BANGUN DI AWAL PAGI & ELAKKAN TIDUR SENJA – Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

6. JANGAN KELUAR RUMAH KECUALI KE KLINIK – wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan.

7. JAGA IBU JARI KAKI – Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

8. ADAB KETIKA MANDI – Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah diatas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

9. MEMBUANG – Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin… tips ni macam pelik skit.. hehe.. tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut & ngilu…

10. JAUHKAN AIRCOND – Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

11. IKAT – Sepanjang berpantang tu ikat rambut sekejabnya… ia mengelak angin dari masuk.

12. SUAMI – Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan & basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami bz, suami perlu sediakan someone untuk uruskan wife & anak anda. Jaga emosi & fizikalnya.
Pantang

13. BERTUNGKU, MENGURUT & MANDI HERBA – mengecutkan batu meriyan, MENGURUT mengangkat rahim dan MANDI HERBA menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat mommy rasa macam princess tyme pantang…

14. MENU BERPANTANG – Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.

Kepada yang dah miliki buku #9bulan10hari, semoga anda semua peroleh manfaat daripada pakar2.

Like tag & share info ini agar ramai peroleh rahsia bergelar awesome mom.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *