bayi lahir sumbing
| |

Benarkah Ubat Selsema Punca Bayi Lahir Sumbing?

Ada sesetengah ibu bapa hari ni menangis  mengenangkan bayi lahir sumbing, dan ada juga menyalah diri sendiri kerana menjadi penyebab mendapat anak yang sumbing. Dan yang paling menyedihkan tidak dapat menerima anak itu, ada yang beranggapan anak itu adalah satu masalah baginya dan ia memalukan..

JANGAN HINA KEKUASAN ALLAH JIKA DIKURNIAKAN BAYI LAHIR SUMBING.. Sabar dan redha..

“Awak pergi lah klinik sendiri.. Abang malu nak teman awak dan anak awak pergi klinik.. nanti orang sekeliling semua tengok budak ni cacat, sumbing.. diorang akan pandang ohh ni ke mak bapak budak tu?

Abang malu tau tak! mana nak letak muka ni? ni semua datang dari keturunan awak lah! keluarga abang takda sejarah sumbing macamni.. ditambah budak tu asik nangis dan merengek jek.. confirmlah lagi ramai orang yang pandang nanti.. “

Kebanyakan yang memperoleh anak sumbing mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami keadaan yang sama.

Pakar juga mengatakan terjadi sumbing dikaitkan pengambilan ubat tanpa rujukan doktor seperti pengambilan ubat selsema atau panadol yang melebihi dos.

Sumbing terbahagi kepada 2 iaitu Cleft palate & cleft lips.

Sumbing bibir ialah rekahan pada bibir atas. Sumbing Lelangit ialah rekahan pada garis tengah lelangit.

Bagaimanakah kecacatan boleh terjadi?

Keadaan disebabkan oleh suatu rekahan (fisur) pada garis tengah lelangit akibat daripada kegagalan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia 3 bulan dalam kandungan.

Sumbing bibir terbahagi kepada 2 iaitu unilateral dan bilateral.

Punca bayi lahir sumbing :

* Tidak diketahui.

* Keturunan (30% mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama).

* Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran lain).

* Agen keracunan ( ubat, jangkitan viral, racun yang dihasilkan oleh organisma hidup semasa mengandung).

Sumbing bibir dan sumbing lelangit terjadi anggaran 1 dalam 1000 kelahiran. Sumbing lelangit pula dianggarkan 1 dalam 2000 kelahiran.

KOMPLIKASI BAYI LAHIR SUMBING

bayi mulut sumbing

Masalah penyusuan

Bayi tidak menyusu secukupnya kerana pembentukan mulut yang tidak sempurna. Masalah bergantung pada keterukan sumbing. So, mama papa perlu menggalakan penyusuan susu ibu secara langsung.

Jika bayi tidak dapat berbuat demikian, beri perahan susu ibu atau susu formula dengan sudu dengan kuantiti yang sedikit-sedikit. Mereka menelan lebih udara semasa penyusuan, susu mudah masuk melalui hidung atau telinga dalam. Dudukkan bayi secara menegak semasa dan selepas penyusuan. Sendawakan bayi selepas penyusuan. Sabar dengan bayi yang lahir sumbing ini.

Penyakit Telinga

Mudah mendapat jangkitan telinga dan pengumpulan air di bahagian telinga tengah. Memberi kesan pada pendengaran bayi..Air yang terkumpul ini perlu dikeluarkan menggunakan teknik “ear weaking” .Hilang pendengaran (gejala jangkitan telinga).  Ibu bapa perlu menghadiri pemeriksaan telinga di klinik ENT.

Perkembangan Pertuturan

Otot lelangit bagi kanak-kanak sumbing lelangit, tidak berfungsi dengan sempurna. Jadi mereka mempunyai “hypernasal speech” dan pertuturan tidak fasih. Kurang pendengaran juga menghalang perkembangan pertuturan. Mama papa boleh menghadirkan diri ke sesi Terapi Pertuturan dan mengikuti ujian pendengaran secara berkala.

Pertumbuhan gigi

Kanak-kanak dengan kecacatan pada gusi atas/lelangit mempunyai bentuk gigi yang tidak normal atau tiada gigi. Jumpa Doktor Gigi pada umur muda atau sebelum gigi tumbuh.. Rawatan Orthodontik (pembetulan terhadap gigi yang tidak betul).

Mama papa boleh dapatkan advise pada doktor apakah kaedah rawatan yang sesuai untuk anak anda.. antara rawatan yang terlibat termasuklah Pakar pembedahan plastik, Pakar Pembedahan Otolaryngologi (ENT), Doktor Gigi (dentist), Orthodontist (Pakar Pembentukan Gigi) dan Audiologist (Pakar Pendengaran dan Pakar Terapi Pertuturan)

Rawatan pembedahan sumbing bibir boleh dilakukan pada umur 3 bulan.

jenis bibir sumbing

Pembedahan sumbing lelangit biasanya dilakukan di antara umur 6 bulan hingga satu tahun. Kemungkinan bone graft (pemindahan tisu tulang) akan dilakukan kemudian. Pembedahan pembetulan rahang (tulang mulut dan dagu) juga diperlukan apabila umur meningkat.

Jika anda nak tahu lebih detail lagi dan nak menambah ilmu pengetahuan tentang cleft ni, boleh rujuk CLAPAM.. Sebuah organisasi sukarelawan  bukan kerajaan yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak sumbing dan juga pakar-pakar perubatan yang berkaitan.Di sini mereka akan memberi informasi berguna dan saranan apa yang anda boleh lakukan bila berhadapan situasi ini..

CLAPAM (Cleft Lip and Palate Association of Malaysia)

No. 121 Lot 4 – 46A

4th floor Wisma Central Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

Tel/fax: 03-21621445

E-mail : clapam@tm.net.my

Akhir kata, janganlah kita membenci anak istimewa yang Allah S.W.T kurniakan ini. Bayi lahir sumbing ini, tidak pinta dilahirkan sebegitu rupa. Anggaplah ini satu dugaan dan takdir yang telah ditentukan. Kepada ayah, berilah semangat pada ibu yang melahirkan anak itu.. perasaan dia lebih pedih dan sedih lagi berbanding ayah,kerana dia mengandung dan melahirkan.

Ada sesetengah ibu menyalahkan diri sendiri kerana menggagap dia adalah punca kecacatan itu, bebanan yang ibu pikul lebih hebat, apatah lagi berhadapan dengan tohmahan atau kritikan orang sekeliling. Ibu akan mula stress dan menangis tatkala melihat wajah anaknya yang tidak sempurna itu, ayah berilah ibu kekuatan dan mencari jalan penyelesaian melalui rawatan yang terbaik buat anak.

Written by: Sweetmamajoy

COPYRIGHT 9bulan10hari. Tak dihalalkan copy paste! Elakkan budaya copy paste!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *