6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!
| | | |

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN! Pelajari Teknik Yang Betul

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN! Mommy Daddy Perlu Pelajari Teknik Yang Betul.

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!
Meneranlah Dengan Tekan & Jangan Emosi.

rasa serik nak bersalin lagi! anak pertama dulu luka teruk sangat sampai ke punggung..lambat luka nak baik! badan pun rasa sakit-sakit.. Inilah yang jadi kalau meneran dengan cara yang salah! menyesal tak belajar awal-awal..

Tiada siapa yang menginginkan cara bersalin yang susah dan menyakitkan. Setiap ibu sakitnya dan situasinya berbeza-beza.

Salah meneran ketika bersalin, memang akan buat ibu rasa trauma sepanjang hidup!

Biasanya ianya terjadi kepada ibu beranak sulung. Tiada pengalaman dan kurang ilmu pengetahuan tentang teknik melahirkan anak yang betul, membuatkan ibu lebih susah untuk bersalin dengan mudah.

Sepanjang kehamilan, banyakkan membaca tips-tips kelahiran tanpa koyak dan dengar nasihat dari orang-orang yang berpengalaman. Jangan serah diri bulat-bulat je dekat labour room, sedangkan kita tak tahu apa yang perlu kita buat ketika melahirkan anak.

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN YANG PERLU BAKAL IBU TAHU:

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!
6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!Pelajari Teknik Meneran Yang Betul
  1. MENERAN SEBELUM MASANYA.

Jika anda meneran sebelum bukaan penuh, ia boleh menyebabkan bengkak pada saluran kelahiran anda dan akan membuatkan anda bertambah sakit. Ia juga boleh membuatkan anak lemas dan stres dalam kandungan. Jangan bazirkan tenaga anda.

2. ANGKAT PUNGGUNG KETIKA MENERAN.

Sakit macamana pun, tolong ingat jangan sesekali angkat punggung! tak dinafikan ketika bersalin, kita dah tak fikir apa dah, sebab ianya terlalu perit dan sakit. Bila anda mengangkat punggung semasa meneran, ia boleh menyebabkan koyakan jadi lebih besar dari dalam hingga ke luar. Ibu juga memerlukan lebih banyak jahitan. 

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!
6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN! -Menjerit Akan Membazirkan Tenaga Ibu

3. MENJERIT!

Iya tahu memang sakit, nak mengeluarkan anak dari rahim bukan kerja mudah. Prosesnya juga bukanlah secepat yang kita sangka. Cuba kawal perasaan mommy. Jangan terlalu emosi dan kawal perasaan anda.

Cuba untuk fokus, bernafas dengan betul dan relaks. Ini akan lebih memudahkan proses bersalin. Positif dan fikir yang baik-baik je.

4. TEKNIK PERNAFASAN TAK BETUL.

Pernafasan dalam keadaan panik mengurangkan jumlah oksigen yang diambil untuk badan anda dan bayi. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari-jari rasa semut-semut dan mulut terasa kebas.

Sebaiknya tutup mata seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda. Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut.

Ketika meneran elakkan menutup mata, ia mengakibatkan tekanan dan boleh membuatkan pembuluh darah mata pecah. Fokuskan pandangan anda selaras pada perut. 

5. TAK BERI KERJASAMA YANG BAIK PADA DOKTOR.

Tahan diri untuk meneran. Jika anda dah rasa untuk meneran dan doktor beri arahan untuk meneran, teran dengan kuat.

Kadang-kala ibu akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar!

Kita memang akan rasa bayi seakan nak keluar, tapi sebenarnya belum sampai bukaan yang sepatutnya. Sebab tu ibu perlu beri kerjasama yang baik dengan perawat.

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!
6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!-Ibu Perlu Fokus Ketika Meneran

6. MENERAN KETIKA TIADA KONTRAKSI.

Jangan meneran bila tiada kontraksi, ia akan membuatkan anda lebih sakit dan penat. Sebaik bila anda rasa kontraksi datang dengan kuat, waktu itulah anda meneran sekuat hati. Mudah untuk anak keluar dengan selamat.

TIPS BUAT SUAMI UNTUK MEMBANTU ISTERI BERSALIN DENGAN MUDAH:

6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN!
Jika Ada Peluang Temankan Istreri Bersalin
  • Anda perlu pastikan isteri menjamah sedikit makanan untuk alas perut sebelum bertarung nyawa lahirkan zuriat anda. Isteri anda memerlukan tenaga utk mengharungi proses bersalin. Kalau isteri takda selera, buatkan air milo dan beri roti @ kurma untuk bekal tenaga.
  • Bantu isteri cara penafasan yang betul ketika meneran. Bimbing dia aturan bernafas utk memudahkan isteri meneran tanpa bazirkan tenaga. Pesan dekat isteri jangan angkat punggung dan jangan menjerit. Bisik dekat dia ‘laillahailla anta subha nakainni kuntu minnazzolimin’ dan bacakan zikir yang baik.
  • Ketika melahirkan anak, emosi isteri sering terganggu akibat kesakitan yang dialami. Untuk meredakan kesakitan itu, belaian dan usapan anda dgn penuh kasih sayang diikuti dgn selawat mampu menenangkan hati isteri. Ianya akan beri kekuatan kepada isteri untuk berjuang!
  • Suntiklah seberapa banyak kata2 semangat kepada isteri. Ceritakan perkara2 indah, cerita tentang anak yang bakal lahir dan perasaan teruja anda menjadi seorang ayah. Tenaga yang hilang akan kembali tatkala melihat semangat positif suami.
  • Suami tidak perlu panik! Ianya akan menambah ketakutan dan stress sang isteri. Anda harus tenang dan cool. Suami juga perlu perlu bersedia dari segi mental untuk melihat isteri bersalin. Jangan pengsan pulak ya.

Semoga ibu-ibu yang melahirkan anak, dapat bersalin dengan mudah dan happynya! elakkan 6 CARA MENERAN YANG SALAH KETIKA BERSALIN ni ya!

Selamat berjuang!

Copyrights 9Bulan10Harisilakan SHARE! Jangan lupa milikki ebook.9bulan10hari.com

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *