Mempertahankan Perkahwinan
|

Isteri Banyak ‘Makan Hati’, 5 Sebab Kenapa Isteri Selalu Berjuang Untuk Mempertahankan Perkahwinan

Setiap orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan. Untuk mencapai matlamat tersebut pasangan perlu sama-sama mempertahankan perkahwinan dan jaga hubungan suami isteri.

Gaduh macamana sekali pun, isteri hanya mampu menangis dan redha dengan segala ketentuan. Wanita ni sifatnya lembut dan mudah memaafkan. Para suami baca sampai habis, kenapa isteri selalu sabar dan tetap pertahankan rumahtangga walaupun mereka selalu makan hati.

Ikuti perkongsian seorang suami dan bapa, Firdaus Shakirin.

5 Sebab Kenapa Isteri Selalu Berjuang Untuk Mempertahankan Perkahwinan :

  1. Org perempuan ni, klu bleh, sekali kawin cukup n biarlah perkahwinan tu kekal sehingga maut yg memisahkan.

Sebelum dia pilih lelaki tu jd pasangan hidupnya, dia dah pkir masak2, 2, 3 kali pkir dah…baik buruk selepas dia buat keputusan utk jadikan lelaki tu teman hidupnya, dia kena hadapi, dia kena terima, dia kena tabah, dia kena redha…itu pilihan dia dan dia harap pilihannya itu tidak menyakiti dia, mengecewakan dia dan membuatkan dia terluka.

Andai terjadi sebaliknya, maka masa tu, dia akan menilai semula…kebiasaannya, dia akan bagi peluang dan tempoh masa yg pjg sebelum dia buat pilihan yg baru…

Gambar hiasan: elephantjournal.com

2. Klu dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi.

Standard org pompuan, klu syg, dia syg sgguh2…klu benci, maka nothing can make her happy…bila dia syg pasangannya, maka dia akan sentiasa cuba buat yg terbaik utk pasangannya…ada jugak yg smpai dah tak pkir diri sendiri, pkir pasangan sahaja…hidup dia tu mcm utk org yg dia syg saja…all out btol2 utk pasangannya…

Pe’el org pompuan, fitrah org pompuan…susah nk hilangkan perasaan sayang bila dah syg…nk berpaling ketika hati masih syg tu bukan senang…dia boleh sengaja tenangkan perasaan dia, letak harapan n pkir yg baik2 hanya kerana masih syg…

Selagi dia masih ada perasaan terhadap pasangannya, maka InsyaAllah dia xkan pergi…

3. Nak tukar pasangan hidup, utk org pompuan ni tak mudah.

Ketika nak tukar pasangan hidup atau terima pasangan baru, mgkin dia dah ada 2,3 org anak…ramai lelaki yg mgkin bleh terima dia, jd pasangan dia…tp dlm ramai2 tu, brapa plak yg bleh terima anak2 dia, jd ayah yg baik utk anak2 dia…

Atas alasan itu, adakalanya mereka memilih utk meletakkan diri mereka dlm penderitaan asalkan anak2 masih dgn ayah kandung mereka walaupun ayah kandung mereka itu tidak memperlakukan dan melayan ibu mereka sebaik yg ibu mereka inginkan…

Gambar hiasan

4. Sentiasa berharap.

Makhluk yg byk berharap ialah org perempuan…berharap utk perkara yg baik2, berharap utk kehidupan yg tenang dan tenteram, berharap utk sebuah kebahagiaan, berharap utk perubahan yg lebih baik…tak pernah lekang utk berharap, tak pernah putus asa utk berharap…

Berharap dgn usaha…berharap dgn doa…berharap dgn tawakal kpd Allah s.w.t…dlm menunggu Allah memakbulkan apa yg diminta, dia akan bersabar utk seberapa byk yg dia boleh terima…

5. Dia dah buat yg terbaik, maka dia ada hak utk bertahan.

Dia dah all out sepanjang perkahwinan…bebanan yg ditanggung adakalanya melebihi bebanan pasangannya…sebut apa yg dia tak buat dlm tempoh perkahwinan tu…semua dia dah buat, semua dia dah korbankan…

Apa yg pasangan nak, smua dia dh tunaikan…dia dah jalankan kewajipan dia dgn cukup2 baik…walaupun tak sesempurna org lain, but at least dia dh buat sedaya upaya yg dia ada…

For this reason, xkan dgn semudahnya dia berputus asa utk perkahwinan dia? Xkan dgn sesenangnya dia nak membiarkan hubungan itu hancur? Mempertahankan itu perlu, berjuang utk hubungan itu juga perlu…

Cukup sekadar “jika diperlukan”…andai dah tak lagi diperlukan, maka tiada apa yg perlu dia perjuang dan pertahankan…dirinya dah tak lagi diinginkan pasangan, maka dia kena terima hakikat bahawa dia perlu pergi walaupun dia tak ingin pun utk pergi…

Renung renungkan.

Hubungan Yang Sempurna, Bila Keduanya Sama Berjuang. Ini TIPS Rumahtangga Bahagia

  • Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
  • Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
  • Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
  • Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
  • Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
  • Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami.
  • Sentiasa menjaga makan minum suami.
  • Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
  • Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
  • Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.

Kredit: Firdaus Shakirin

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *