untuk suami

“Hargailah dan cintailah isteri. Mungkin ini hari terakhir kita. Adakah kita telah menjadi suami atau isteri terbaik?”

Seringkali kita dengar ramai isteri begitu terasa hati dengan suami sebab suami kerap meninggalkanya di rumah sendiran uruskan hal rumahtangga seorang diri.

Suami mana? Ada suami yang keluar melepak sehingga lewat malam.

Namun, dalam ketika itu juga si isteri tak putus berdoa untuk suaminya.

Ini perkongsian hebat dari Ustaz Ebit Lew tahun lalu. Tentang kenapa kita perlu menghargai pasangan kita walau ketika susah & senang.

Pengajaran memilukan buat diriku dan kita untuk nilai diri ..hargailah dan cintailah isteri. Mungkin ini hari terakhir kita. Adakah kita telah menjadi suami atau isteri terbaik..kita akan ditanya oleh Allah..

Allah hantar seseorang untuk beri kita pengajaran

Seorang lelaki terjumpa saya di masjid. Allah ingin memberi satu pengajaran besar buat diri saya dan saya teringin kongsi dengan tuan puan di luar sana.

Dia peluk saya dari belakang. Ustaz ebit lew, saya sayang ustaz kerana Allah. Saya pusing dan kata padanya, pasti Allah lebih menyayangi abang lebih dari abang sayang saya. Kerana abang sayang kerana Allah…Kerana dia.

Dia menangis teramat sangat. Saya ingin minta nasihat ustaz..saya dah buntu. Dah seminggu saya tak balik rumah. Saya tidur masjid dan berdoa…Saya tak boleh tengok rumah saya. Saya rindu isteri saya teramat sangat..

Saya pandang mukanya kerana ingin tahu. Wajahnya dengan air mata yang bergenang dan akhirnya menangis.

Saya sedih. Dia menangis.. Katanya “Saya banyak salah dengan isteri saya…..”

Isteri diuji ketika suaminya susah, suami diuji ketika dirinya senang.

Dulu saya susah.. Kami hidup susah bersama-sama. Benar-benar tiada harta. Satu hari Allah beri saya kesenangan dan kekayaan melimpah ruah. Tidak berhenti rezeki saya. Saya belajar agama tapi saya dah lupa semua dan mula hidup dengan dosa dan kejahilan. Saya cari pelacur setiap malam. Saya sanggup pergi jauh cari pelacur kerana kononnya tiada kepuasan di rumah..setiap hari balik lewat.

Isteri saya sayang dan percaya saya. Dia banyak korban buat saya. Dia bersabar mendoakan saya. Pernah dia kata, abang baik kuat bekerja untuk saya. Terima kasih abang..Dia kuat solat dan berdoa.

Kami tiada anak ustaz walaupun sudah lama kahwin.

Satu malam saya balik lewat. Isteri saya sedang berdoa malam tu ustaz. Malam Ramadhan baru ni. Saya pergi ke tempat jahat. Balik dia picit kepala saya. Dia peluk saya. Tapi saya tolak dia. Saya kata pergilah tidur. Sebenarnya badan saya kotor kerana buat dosa dan maksiat. Saya cuba tidur.

Isteri saya solat dan mengaji. Saya tengah fikir nak marah suruh dia mengaji perlahan. Saya baran dan pemarah. Saya pun tidur tak sedar-sedar. Saya sedar pukul 1 tengah hari kerana hari ahad.

Tiba tiba terlalu rindukan bidadarinya. Tapi…. 

Saya tak solat dah lama. Saya kejut isteri saya. Dia baring sebelah saya…saya tiba-tiba terasa nak peluk dan teramat rindu padanya kerana sudah lama kami tidak bersama.

Macam biasa saya kejut. Saya panik….rupan-rupanya isteri saya sudah tiada ustaz. Isteri saya dah tinggalkan saya ustaz…dia terus menangis…dan menangis…saya pun tak boleh tahan dan turut menangis..macam tak percaya sebab dia sihat sahaja..

Dia menangis dan menangis sepanjang cakap. Isterinya sudah tiada. Isterinya yang baik dan setia berbuat baik padanya…dia kata saya teramat sedih. Saya bertaubat ustaz. Saya cuma nak tanya ustaz boleh tak saya doakannnya. Sampai tak padanya..

Jawab saya, Allah sayang abang. Seluruh kebaikan yang abang buat dalam hidup ini akan buat Allah sayang abang dan arwah isteri abang. Kerana dengan doa dan nasihatnya dan kesabarannya,akhirnya Allah beri hidayat pada abang.

Dia benar-benar isteri sejati. InsyaAllah dia dalam syurga atas kerana berkat kesabarannya…

Bagaimana kita boleh lupa orang yang pernah lapar bersama..Menangis bersama. Susah bersama. Saat kita berduit kita khianat pada mereka..Lupakan nikmat yang Allah kurniakan pada kita…..

Hargailah isteri yang kita sayang kerana Allah… Setiap anak adam buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun pada Allah.

Banyak yang Ustaz Ebit Lew kongsikan di facebooknya.. setiap hari ada saja nasihat buat kita semua. Layari juga www.keluargasunnah.com untuk ketahui perkembangan program ceramah beliau.

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *