Ibu Mengandung Dan Kucing
| |

Ibu Mengandung Dan Kucing, Elak Pegang Najis Kucing

” Ibu mengandung dan kucing bahaya tak? saya mengandung 4 bulan.. saya juga pencinta kucing.. saya ada membela 3 ekor kucing dari baka-baka yang berbeza.. bila mengandung ni saya rasa risau pula ada yang mengatakan tak boleh pegang kucing, takut apa-apa terjadi pada kandungan saya..dan ada yang kata boleh takda masalah bela kucing.. saya dah mula confuse..  Apa yang membimbangkan saya, betul ke pegang kucing membahayakan kandungan saya?” Mama Zura

IBU MENGANDUNG DAN KUCING TINGGAL SERUMAH, BAHAYA TAK?

Kucing cukup sinonim sebagai haiwan peliharaan masyarakat kita hari ni.. selain sifatnya yang manja dan mesra dibelai, kucing juga dianggap peneman setia dan penghibur hati bagi pencinta kucing. Tapi ibu mengandung dan kucing bahaya ke?

Bukan kata tak boleh bela kucing atau menyayangi haiwan comel ini. TETAPI ibu mengandung perlu tahu kucing yang dibela itu ada TOXOPLASMA atau tidak.. parasit ini akan masuk ke dalam perut dan ususnya.

 

Ibu Mengandung Dan Kucing

Bagaimana nak tahu kucing mommy ada terkena symptom ini?

Kucing yang makan binatang kecil yang dijangkiti toxoplasma, seperti tikus, burung dan tupai. Selepas kucing memakan binatang kecil yang ada toxoplasma tu, najis yang dibuangnya mengandungi toxoplasma.. Tanah yang bernajis itu pun juga terkena parasit toxoplasma.

Kebanyakan kucing liar atau kucing jalanan yang makan binatang kecil ini.. jika kucing mommy hanya duduk dirumah dan hanya makan makanan yang mommy sediakan.. kemungkinan besar ia tidak dijangkiti parasit ini.

kesan bela kucing pada ibu hamil

 

Kucing yang diberi makan daging mentah juga mungkin akan mendapat toxoplasma..

So, mommy perlu menghidangkan kucing mommy biskut kucing atau makan ikan atau daging yang mommy dah masak sepenuhnya..

Jika wanita hamil mendapat toxoplasma buat pertama kali, ia tidak mengganggu kesihatan ibu, tapi boleh mengganggu kesihatan janin di dalam kandungan.

alahan kucing pada ibu mengandung
Jangan Biar Kucing Anda Bergaul Dengan Kucing Liar.

Samaada mommy daddy perasan atau tidak, parasit berkenaan tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti elergic atau semput.. tetapi mommy hamil yang dijangkiti akan demam dan selsema biasa.. kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi akan berlaku.

Toksoplasmosis Kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri.

Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi, termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk ‘retardasi mental’.

masalah ibu dengan kucing yang dibela di rumah

 

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan. Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan.

cara menjaga kucing ketika ibu hamil

Kepada mommy semua tolong alert! Jangan salah faham ya, kucing tak bersalah. Kalau mommy terlalu sayangkan kucing mommy tu, letak dia dalam sangkar dengan selamat.. Boleh nak pegang kucing, bukan tak boleh.. Toxoplasma tidak duduk di atas bulunya, hanya di dalam najisnya sahaja, Seeloknya pengurusan najis kucing tu boleh hand over pada daddy ya..

CEGAH SEBELUM TERKENA, ADA IBU MENGANDUNG DAN KUCING MEMANG TAK BOLEH DIPISAHKAN, IKUTI TIPS-TIPS PENJAGAANNYA :

  • Lepas bersentuhan dengan kucing tu, basuh tangan dengan bersih sebelum mengendalikan makanan.
  • Elakkan makan daging separuh masak kerana ia mempengaruhi parasit tersebut.
  • Basuh buah-buahan dan sayuran dengan teliti sebelum makan.
  • Menggunakan sarung tangan semasa berkebun ditanah, bukan apa takut terpegang najis kucing liar.

Writer: Sweetmamajoy

COPYRIGHT 9bulan10hari. Tak dihalalkan copy paste! Elakkan budaya copy paste! Belajarlah menulis….=)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *