Peluk Pasangan Boleh Kurangkan Stres & Buat Jantung Lebih Sihat!
Pelukan antara suami isteri bagi mengungkap perasaan cinta dan kasih sayang bukan saja membawa kelebihan buat kedua-duanya bahkan ia dikatakan antara petua keharmonian rumah tangga dan mengurangkan tekanan. Jom peluk pasangan!
Selain pelukan antara pasangan suami isteri, memeluk rakan (sejantina) dan keluarga kerana perasaan teruja, bahagia, sedih atau cuba memujuk. Pelukan menjadikan kita berasa lebih baik dan ternyata pelukan itu terbukti menjadikan kita lebih sihat dan lebih bahagia.
Banyak kajian yang dilakukan pakar sebelum ini menunjukkan manfaat memeluk menjangkau perasaan hangat yang anda dapati ketika mendakap pasangan.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia dapat memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri. Ini alternatif terbaik untuk melafazkan perasaan sayang kita pada pasangan tanpa kata-kata.
Pelukan bukan setakat perkongsian emosi saja, malah lebih daripada itu. Pelukan boleh menunjukkan sokongan emosi ketika suami atau isteri sedang menerima ujian getir atau dugaan dalam perjalanan hidupnya.
5 KEBAIKAN PELUK PASANGAN
Berikut beberapa kepentingan pelukan dalam kehidupan dan menambah baik tahap kesihatan dan kebahagiaan:
- Pelukan mengurangkan tekanan dengan menunjukkan tanda sokongan anda pada pasangan.
Pakar berpendapat sokongan yang diberikan kepada pasangan melalui sentuhan bukan saja boleh mengurangkan tekanan orang yang melaluinya bahkan orang yang memeluk juga mendapat manfaat sama.
Kajian juga mendapati bahawa setiap bahagian otak wanita yang dikaitkan dengan tekanan menunjukkan pengurangan aktiviti sementara bahagian yang berkaitan dengan ganjaran tingkah laku menunjukkan lebih banyak aktiviti. Apabila kita memeluk seseorang untuk menyenangkan mereka, bahagian otak kita boleh menunjukkan tindak balas yang sama.
2. Pelukan boleh melindungi anda daripada penyakit
Kesan mengurangkan tekanan dari pelukan mungkin juga berfungsi untuk membuat anda lebih sihat.
Dalam kajian di Amerika Syarikat (AS) terhadap lebih 400 orang dewasa, penyelidik mendapati bahawa memeluk dapat mengurangkan peluang seseorang untuk jatuh sakit.
Peserta kajian yang mempunyai sistem sokongan yang lebih besar kurang cenderung untuk sakit. Malah dalam kalangan mereka yang mempunyai sistem sokongan lebih besar ini, jika jatuh sakit simptom yang dialami kurang teruk berbanding mereka yang mempunyai sedikit atau tiada sistem sokongan.
3. Pelukan boleh meningkatkan kesihatan jantung anda
Memeluk juga dikatakan baik untuk kesihatan jantung anda. Dalam satu kajian Trusted Source di AS, penyelidik membahagikan sekumpulan 200 orang dewasa menjadi dua kumpulan:
Satu kumpulan yang mempunyai pasangan romantik memegang tangan selama 10 minit dan diikuti dengan pelukan selama 20 saat antara satu sama lain.
Kumpulan lain yang mempunyai pasangan romantik pula duduk diam selama 10 minit dan 20 saat.
Peserta dalam kumpulan pertama menunjukkan penurunan yang lebih besar dalam tahap tekanan darah dan kadar degupan jantung berbanding kumpulan kedua.
Maka, berdasarkan penemuan ini, hubungan yang saling menyayangi dan kerap bersentuhan menerusi pelukan dan sebagainya mungkin baik untuk kesihatan jantung.
4. Pelukan boleh membuat anda lebih bahagia
Oksitosin adalah bahan kimia di dalam badan kita yang kadang-kadang dipanggil ‘hormon pelukan’ oleh saintis kerana parasnya meningkat apabila kita memeluk, menyentuh atau duduk dekat dengan orang lain. Oksitosin dikaitkan dengan kebahagiaan dan kurang tekanan.
Penyelidik juga mendapati bahawa hormon ini mempunyai kesan yang kuat pada wanita. Oksitosin menyebabkan pengurangan tekanan darah dan hormon stres norepinephrine.
Kajian mendapati bahawa manfaat positif oksitosin adalah paling kuat pada wanita yang mempunyai hubungan yang lebih baik dan pelukan yang lebih kerap dengan pasangan romantik mereka. Wanita juga melihat kesan positif oksitosin apabila mendukung bayi mereka.
5. Pelukan boleh buat isteri turun berat badan!
Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih ker
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Jadi apa tunggu lagi? hari ini dah peluk pasangan anda? rugilah kalau tak buat, banyak pahala dan manfaat yang kita dapat.
Sumber rujukan: hmetro.com.my