Dahulukan Duit Belanja Isteri, Mulakan Dengan RM50 Dulu! Bro Ohsem Kongsi Tips.
Jadikan keutamaan beri duit belanja isteri. Mereka dah korban banyak benda untuk kita. Kalau tak mampu beri banyak, usahakanlah beri sedikit dulu. Jangan tak bagi langsung.
Semoga apa yang Tuan Akhtar Syamir kongsikan ini beri banyak manfaat untuk para suami di luar sana.
” Dulu saya sentiasa rasa tak cukup untuk beri duit belanja kepada isteri. Banyak benda perlu selesaikan dulu. Hutang kena bayar, bil kena bayar, barang dapur dan barang rumah kena beli.
Akhirnya baki cukup-cukup sahaja. Tiada pun bahagian isteri.Tapi lama kelamaan saya sedar. Dia jadi tak cukup sebab saya letak keutamaan memberi duit belanja kepada isteri itu di tempat yang terakhir.
Jadi, saya mula ubah. Saya bagi bahagian isteri dahulu. Yang lain saya buat selepas itu. Cukup pulak. Magik sungguh. Sebenarnya bukan magik pun.
Tapi keberkatan rezeki yang kita dapat tu. Sebab saya sentiasa percaya, apa juga rezeki yang saya dapat ini ada bahagian isteri saya. Sebab, tanpa dia di sisi membantu, menyokong, menggembirakan dan mempermudahkan urusan saya, saya takkan dapat rezeki yang saya dapat sekarang.
ISTERI TIADA GAJI, SEBAB ITULAH MEREKA PERLUKAN DUIT BELANJA UNTUK BELI APA YANG MEREKA SUKA
Isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, pendapatan dia patut datang dari suami. Bayangkanlah, pembantu rumah pun kita kena bayar, inikan pula isteri sendiri.Cuba fikir satu benda ni sahaja.
Isteri yang tiada pekerjaan, tiada bisnes, menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai semua ahli keluarga tapi tidak ada langsung pendapatan. Dapat tak rasa sesaknya kehidupan seperti itu?
Kalau masa di luar, nak beli apa suami bagi. Bagus macam tu. Tapi duit di tangan langsung tiada. Tak banyak, sikit pun jadilah. Isteri perlu ada kuasa membeli sendiri apa yang dia inginkan. Bukannya setiap masa perlu melalui suami.Kalau jadi apa-apa pada suami bagimana? Jika sudah buat hibah atau rumah dan kereta dah habis bayar, lainlah ceritanya. Kalau tak cakna langsung bab tu? Terkontang-kantinglah si isteri nanti.
USAHAKANLAH BERI ISTERI DUIT BELANJA WALAUPUN SIKIT, BAHAGIANYA SI ISTERI HANYA TUHAN YANG TAHU
Pasanglah niat dari sekarang untuk beri duit bulanan secara konsisten kepada isteri. Kalau kasih rasa berat, mulalah dengan RM50 dahulu. Lama-kelamaan amaun tu akan naik dengan sendirinya.
In Shaa Allah.Yang penting, tukarkan tangga keutamaan untuk memberi duit belanja kepada isteri dari kedudukan yang bawah kepada yang teratas.Saya bukan nak menghasut, saya nak mendetikkan sesuatu je. Mungkin selama ni tak terfikir benda macam ni. Harap janganlah salah faham. Ini untuk kebaikan.
BUATLAH HATI ISTERI GEMBIRA, REZEKI ANDA TAKKAN BERKURANGAN MALAH BERTAMBAH!
Ok. Jom kita buat sesuatu yang menggembirakan.Saya cabar semua suami untuk beri atau transfer RM50 kepada isteri sekarang.
Tak perlu sebab, tak perlu alasan. Hanya beri sahaja RM50.Saya nak tengok berapa ramai yang akan sahut cabaran saya ini.
Masa beri tu nak cakap apa pun takpe. Macam saya, saya tulis kat referrence “untukmu sayang”. Selesai. Tak perlu berubah jadi orang paling romantik dalam alam semesta untuk buat benda ni.
Cuba tag suami korang, mana tahu hari ini terbuka dan terdetik hatinya nak bagi RM50? Kepada yang dah dapat, boleh komen dengan gambar atau resit untuk beri semangat kepada orang lain juga.
Jom #CabaranRM50 untuk isteri. Saya yakin ramai yang boleh. Cuma sedang mencari sebab sahaja. Jadikan cabaran ini sebagai penyebab yang menggembirakan isteri anda. Amacam? On x On?
Kepada para isteri, kalau dah dapat tu, ucaplah terima kasih dan sebagainya. Barulah manis. Betul tak?
Kredit: Bro Ohsem @ Akhtar Syamir