Susu Badan
|

Risau Susu Badan Tak Cukup? Ini 9 Cara Banyakkan Susu badan Yang Berkesan!

Setiap ibu pastinya pernah memasang impian untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Namun tak semua ibu direzekikan dapat menyusukan bayi dengan sepenuhnya tanpa memberikan susu formula. Mengapa ianya terjadi? apa petua untuk banyakkan susu badan?

Ada sesetengah ibu, tak perlu buat apa-apa, susunya melimpah ruah. Kita boleh anggap ia sebagai rezeki bayi tersebut untuk menyusu sehingga cukup usia 2 tahun.

Namun, tidak dinafikan terdapat sesetengah individu yang mengalami kesukaran untuk memperolehi susu badan. Sama ada susu yang keluar sedikit atau mungkin tidak ada susu yang keluar langsung. Sudah tentu perkara sebegini mendatangkan tekanan dan stress kepada ibu tersebut kan?

Jangan risau, berikut dikongsikan beberapa petua dan cara banyakkan susu badan yang boleh ibu amalkan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang anda hadapi sekarang. Selamat mencuba!

9 CARA BANYAKKAN SUSU BADAN YANG BERKESAN

breastfeeding
  1. Kerap Menyusukan Anak

Antara cara banyakkan susu badan yang kerap didengar adalah dengan memastikan anda menyusukan bayi dengan lebih kerap. Jumlah kekerapan yang disarankan adalah dalam lingkungan 10 hingga 12 kali sehari (iaitu dalam tempoh 24 jam). Ini kerana perbuatan ini dipercayai dapat merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

2. Fikir Yang Baik-Baik Dan Bertenang

Tekanan yang anda alami apabila berdepan kesukaran untuk menyusukan bayi boleh dianggap sebagai punca penghasilan susu terganggu dan berkurangan. Sebaiknya, apabila hendak menyusukan bayi atau sedang menyusukan bayi, pastikan anda dalam keadaan yang bertenang dan sentiasa berfikiran positif. 

3. Posisi dan Kedudukan

Memastikan anda berada dalam posisi dan kedudukan yang betul sepanjang tempoh menyusukan bayi anda juga boleh dianggap sebagai cara banyakkan susu badan. Tentukan posisi anda dan bayi adalah dalam keadaan yang betul dan selesa. 

4. Banyakkan Minum Air Masak

Foto kredit: medicalnewstoday.com

Ini merupakan petua dan cara banyakkan susu badan yang paling penting dan wajib untuk dilakukan. Anda perlu memperbanyakkan minum air, jika tidak sudah tentu susah untuk penghasilan susu yang banyak. Air kosong, okay? Bukan air manis atau air berkarbonat.

5. Supply dan Demand

Anda perlu tahu apakah maksud supply dan demand dalam konteks penyusuan ini, iaitu semakin banyak susu yang dikeluarkan, bermakna semakin banyak susu akan dihasilkan. Jadi kesimpulan yang mudah, susukan bayi anda sekerap yang mungkin apabila dia mahukan susu. 

6. Pam Susu Badan

Rajinkan diri anda untuk mula mengepam susu badan seawal ketika masih dalam pantang. Ini untuk membantu memastikan bahawa stok susu akan sentiasa anda. Pastikan susu perahan disimpan dalam peti ais bahagian sejuk beku atau freezer box (jika anda mempunyai kemampuan untuk membelinya). Jangan lupa untuk labelkan dengan tarikh.

Kerajinan anda mengepam susu badan juga dapat membantu mengosongkan payudara. Ini dapat menghindari daripada berlakunya masalah susu bengkak, yang cenderung mengakibatkan ibu mengalami demam atau masalah kesihatan lain. 

7. Tidak ada jadual. No limits!

Sebenarnya tidak wujud jadual untuk menyusukan bayi, cuma yang ada hanyalah jadual untuk mengepam susu. Jadi susukan bayi anda pada bila-bila masa yang diingininya. Tidak usah mengikut jadual.

8. Pemakanan Yang Sihat

Foto Kredit: blog.myfitnesspal.com

Sememangnya susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan pastinya dapat membuatkan bayi menjadi lebih kenyang. Untuk cara banyakkan susu badan ini, anda boleh mengamalkan pemakanan yang berfungsi sebagai penggalak susu atau milk booster dalam diet pemakanan seharian anda.  

Walaupun makanan berikut tidak diuji secara saintifik, tetapi tidak salah untuk mencuba. Antara makanan yang boleh anda ambil sebagai penggalak susu adalah seperti kurma dan madu, sayuran berdaun hijau, biji halba, lobak putih dan lobak merah

Setiap hormon dalam badan individu adalah berbeza. Jadi mungkin terdapat makanan yang berfungsi penggalak susu bagi individu tertentu, tetapi tidak berkesan kepada anda. Apa yang penting adalah anda harus mencuba dan melihat dahulu keberkesanan serta kesesuaiannya. 

9. Urutan

Mengurut untuk banyakkan susu badan, mungkin tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Tetapi tidak salah untuk mencuba, bukan? Cara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurut perlahan kawasan payudara dan belakang badan anda. Ia dipercayai berkesan untuk penghasilan susu badan yang lebih baik.

 Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada suami atau ahli keluarga seperti ibu anda untuk membantu mengurut anda jika anda mendapati sukar untuk mengurut sendiri.

Dah Cuba Makan Milk Booster Untuk Tambah Susu Badan?

Inilah yang selalu para ibu terutama yang baru pertama kali ada bayi kecil harapkan.

Cukup ke tidak susu untuk bayi seharian.
Boleh kenyang ke..

Maklumlah..
pengalaman baru jadi tak tahu bagaimana nak pastikan baby mendapat susu yang secukupnya..

MILKYMUM dah berjaya bantu ramai ibu atasi masalah macam ni..

Cuma perlu amalkan 2 tablet sahaja setiap kali sarapan pagi,
16 bahan aktif di dalam MILKYMUM Chewtablet akan membantu :

  • Menambahkan susu ibu
  • Pekatkan susu ibu
  • Memberikan tenaga & keselesaan pada ibu lepas bersalin
  •  Menenangkan emosi
  • Melancarkan sistem pencernaan & membuang lebihan angin

Ps: Sangat digalakkan untuk diamalkan bermula usia kandungan 6 bulan ke atas untuk persediaan badan.

Dah ramai ibu-ibu yang MILKYMUM MILKBOOSTER bantu.

Biar kami bantu anda pula ..

Cuma berharga rm89.00 sahaja,

Terus buat pembelian di website kami dengan klik pada link di sini

WALAU APA PUN DUGAAN YANG MELANDA, HARAP IBU LEBIH SABAR

Ada masanya tidak dinafikan, setelah mencuba dan melakukan pelbagai cara dan petua, kita akan berasa putus asa dan tertekan. Bersabarlah dan jangan pernah putus asa.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, bukan? Jika petua dan cara banyakkan susu badan yang dikongsikan masih tidak dapat membantu anda, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar yang bertauliah. Teruskan mencuba!

Sumber rujukan: Hellodoktor

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *