Bila Ada Depan Mata Tak Hargai, Bila Dah Tak Ada, Baru Nak Menyesal
#terkini… Kifarah… Jangan main main dengan perasaan isteri…
“Merana hidup aku beb…. tolonglah sangat sangat wahai suami yang berniat curang tu… seego ego aku pun aku lemah sekarang… aku terlalu rindu bekas isteri aku… aku rindu dia.. pengorbanan dia lahirkan anak2 aku cukup hebat…. aku terlalu menyesal tinggalkan isteri aku dan pandang perempuan lain lagi hebat dari isteri aku… menyesal yang amat…. ”
“Aku demam dalam 2 hari ni… langsung Aliya tak pandang aku… dia siap2 & pegi kerja.. aku tak makan dari semalam… kalaulah bekas isteri aku ada… dia takkan buat aku macam ni……”
#kisahbenar
Assalamualaikum puan.
Terkilan, sedih semua ada. Saya mohon kisah ini dijadikan pengajaran buat semua suami tentang kenapa perlu untuk tidak pandang perempuan lain selain isteri..
kerana apa yang saya lalui kini cukup bisa sekali.
Isteri saya, Liya.. kami berkahwin tahun 2011 dan punya 2 orang anak.
Sejujurnya… saya mula rasa muak dengan layanan isteri saya…
Setiap kali dia datang sambil senyum pun saya rasa meluat…
Liya bukanlah isteri yang cantik kalau nak dibandingkan dengan wanita lain…
Dia kurus… berat pun 47kg.. berat tulang saja… dia tidak moden… pakaiannya baju kurung ja setiap masa… keluar rumah pakai tudung labuh & tak makeup… Kadang saya rasa menyesal kahwin dengannya…. kampung!
Bila bersama pun saya rasa tak suka…
Ada sekali tu saya tengking Liya & cakap…. kau memang tak dapat puaskan aku….!
Saya nampak dia bangun & duduk tepi katil pastu menangis…
Tapi waktu tu saya memang tak boleh buat apa.. sebab saya memang tak suka dia!
Itu adalah apa yang saya rasa pada Liya sejak 4 tahun lepas selama 3 tahun…. meluat benci semua ada…
Dalam penuh kebencian pada isteri saya kenal dengan Aliya…
seorang client saya yang suaranya lembut… cantik macam bidadari…
pipinya sentiasa gebu sebab dia pandai makeup…. bajunya sentiasa ada class… walaupun bertumit tinggi dia nmpak lincah…
Masa tu saya dah pasang niat untuk mencuba Aliya.. mana tahu dapat jadikan bini… Liya? dia boleh dapat lelaki lain yang lagi baik!
Masa tu… hati saya betul2 rasa Liya tak sesuai untuk saya lagi…. & saya perlukan pengganti untuk menghiburkan nafsu & keinginan saya…..
3 Jun 2016, Masa tu Liya tengah ajar anak anak mengaji …. tapi tulah… syaitan penuh didada & kepala ni… ketika Liya datang sambut saya kat pintu rumah…. Dengan latang saya ceraikan Liya!
Macam2 drama yang jadi masa saya lafaz tu… Liya datang melutut & tanya kenapa saya buat macam tu padanya… anak nak menangis sebab tak faham apa yang jadi…
Saya tolak Liya… saya suruh dia balik rumah mak ayahnya… saya campak 2 ribu & minta dia jangan ganggu life saya lagi…
ALLAH… ALLAH… ALLAH…. bila nak bercerita pun rasa terlalu sakit hati pada diri saya sendiri! saya yang salah… saya yang berdosa melepaskan Liya.
Kini, apa yang saya nampak bukan sebenar benarnya yang saya rasa! Aliya bukan seperti apa yang saya sangka!
Selepas ceraikan Liya… Saya berkahwin dengan Aliya…
Hati jantung semua berkocak bila Aliya mendekati saya…. lain macam rasa cara dia panggil saya… manja nak mampus!
Hari kedua hidup dengan Aliya saya mula nampak sikit perangainya…
Mukanya tidak licin & tidak gebu seperti yang saya pernah lihat sebelum ni…. ada parut2 hitam dimukanya… dia nampak terlalu tua bila tak makeup…. kusam mukanya…. bibir hitam… sebab Aliya merokok…
Aliya ada perangai tak suka kemas rumah… lepas makan & minum… dia biar di sinki lama2…
Aliya hanya masak nasi & telur goreng.. kalau rajin dia akan ambilkan kicap tamin & letak di tepi telur goreng….
Dia hanya akan iron bajunya & biar saya iron baju sendiri… katanya suami isteri kena buat kerja sama sama…
Ya…bab tubuh… mmg dia tetap menggoda walaupun ada banyak benda benda pelik…
Ada sekali tu saya cari berus gigi tak jumpa…. dia cakap dia pinjam nak gosok gigi sebab malas nak ambik berus gigi dia…. patutlah dalam 2 hari tu saya tengok ada kesan cili melekit kat berus gigi saya….
Geli….! saya bukan begitu… saya tak biasa dengan benda2 macam tu… sepatutnya basuhlah dulu berus gigi tu cuci cuci dulu baru letak… ni dengan penuh buih & cili! serious saya tak dapat terima bab ni!
Selama seminggu hidup sama.. saya ingatkan sebagai ketua keluarga saya perlu bimbing dia… tapi sebaliknya jadi…
Aliya suka mencuri duit saya dalam dompet… bila tanya kenapa dia cakap nak beli makeup… & tu adalah tanggungjawab suami….
Yang paling buat saya tersentak bila Aliya sentiasa bertukar kawan lelaki untuk bawanya shopping, katanya saya terlalu bz kerja……
Saya terdiam ketika tu… teringat balik Liya yang tak pernah menyakiti hati saya.. Liya tak pernah sentuh duit saya tanpa izin dari saya….
Inikah namanya kifarah?
Saya gantung Liya tak bertali…
sejak ceraikannya anak pun saya tak jengok…
Banyak kali anak saya call untuk bercakap… tapi saya takkan cakap lama sebab Aliya tak bagi….
4 bulan berkahwin… hidup tunggang langgang… rumah dah tak ada seri….
Kalau dulu…. rumah inilah yang penuh bau syurga kerana ada bidadari di dalamnya…. Liya…. abang rindu Liya…. terlalu……
Liya isteri solehah… yang menjaga solat, yang bangun di awal pagi dan selepas subuh pasang surah surah AlQuran sambil memasak & mengemas rumah… dia ibu yang terlalu baik untuk anak anak saya.
Dari pendidikan agama sampai keputusan peperiksaan anak anak saya cemerlang disebabkan bekas isteri saya…
Dia jaga rapi makan minum & pakaian saya…
Masakan Liya terlalu sedap… Liya tak pernah buat saya tak cukup makan… ada saja yang dia masak untuk buat saya bahagia…
Sekali hidang paling sikit pun 3 jenis lauk….
Walaupun Liya bukan kategori cantik tapi wajahnya sentiasa bersinar dengan senyuman….
Liya seorang yang bersih… tandas pun dia cuci sampai berkilat…. rumah sentiasa wangi & tenang rasa….
ALLAH…..
Semuanya dah tak ada…
Saya simpan segalanya dalam hati saya… saya terlalu rindu Liya buat masa ni…
Saya sedar… saya salah… saya tergoda dengan tubuh seorang wanita mengiurkan yang saya ingat dia boleh membahagiakan saya…
Rupanya seorang isteri solehah adalah segalanya buat suami…
Tak tahu nak cakap apa…. sekarang ni saya tengah tunggu Aliya balik… katanya nak ajak beli makeup….
Ntah berapa lama hidup saya akan macam ni….
Dah elok2 dengan Liya.. akibat nafsu… saya hilang Liya… saya hilang anak anak… saya hilang segalanya…..
Tolong rahsiakan identiti saya plz….
Kalaulah saya dapat jumpa Liya…. saya akan peluknya…
Pasti Liya seorang isteri & ibu yang tabah…..
Buat tuan Z……tuan kehilangan permata & bidadari yang boleh membahagiakan tuan…. tapi tuan utamakan nafsu berbanding kesetiaannya…
Apapun.. semoga tuan dapat membimbing isteri baru tuan dengan baiknya….
Dalam masa yang sama… ingat anak2 tuan yang masih perlukan kasih sayang ayah kandungnya. Jangan lepas tangan.
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.