Bolehkah ibu hamil puasa
| |

Bolehkah puasa ketika hamil ?

Semua wanita biar berdepan dengan kehamilan mahupun menyusukan anak sehingga lemah seluruh badan, tetap punya impian untuk sempurnakan puasa selama sebulan. Namun, ada sebab mengapa ibu hamil tidak digalakkan berpuasa. Ini kisah benar..

Kisah benar ibu puasa ketika hamil

Assalamualaikum 9bulan10hari. Mohon ibu ibu yang tengah hamil pertimbangkan perkara ni. Tolonglah jangan puasa kalau tak mampu. 3 tahun lepas, masa bulan puasa saya puasa dalam 22 hari walaupun pregnant 3 bulan. Saya jarang loya & muntah.

Doctor banyak kali bagitahu jangan puasa sebab anak sangat perlukan zat & nutrient masa 1st trimester ni. Saya teruskan puasa sebab keadaan saya taklah teruk sangat. Loya muntah pun bila terbau bawang saja. Lepas raya, masa kandungan 5 bulan doktor cakap anak saya tak mengembang & maybe berdepan komplikasi saraf tunjang.

Lagipun masa awal mengandung saya tak makan langsung folic asid.

Doktor cakap, kalau saya tak berpuasa, mengikat perut untuk makan makanan berkhasiat secara sedikit tetapi kerap masa bulan Ramadan tu, kemungkinan untuk anak saya lahir sihat sangat tinggi.

Betul sis, lepas anak saya lahir dia memang kecil. 1.9kg saja dengan ada problem di tulang belakangnya (spina bifida).

Doktor cakap, untuk anak berkembang dengan elok masa kita makan tu kena jaga betul betul & makan secukupnya. Kesian anak saya sekarang.

Nasihat saya, kalau anda mengandung & tak sihat tu tolonglah jangan puasa. Makanlah makanan sihat. Jangan skip makan. Lebih baik sis ganti puasa nanti, dari terpaksa buatkan anak kita “berpuasa” seumur hidup.

Apa pandangan dari sudut Islam tentang puasa ketika hamil?

Apa pandangan doktor mengenai puasa ketika hamil ?

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, ramai wanita hamil berasa bimbang tidak dapat berpuasa kerana memikirkan keselamatan bayi dalam kandungan.

“Bagi saya, selagi wanita yang hamil itu masih mampu berdiri dan menjalankan rutin kerja sehariannya, selagi itu dia mampu berpuasa apatah lagi ia soal kewajipan setiap umat Islam.

“Tidak dinafikan apabila ibu hamil tidak mengambil makanan atau minuman untuk jangka masa agak lama, mereka mudah berasa letih dan mula bimbang keadaan itu akan menjejaskan kandungan,”

Menurut Dr Zubaidi, hakikatnya, bayi dalam kandungan tidak akan mengalami kekurangan nutrisi walaupun si ibu berpuasa.“Bayi tetap mendapat nutrisi pemakanan kerana nutrisi itu bukan dibekalkan daripada makanan yang diambil, tetapi daripada simpanan yang banyak di dalam hati”

“Namun, sekiranya wanita yang hamil berasa tidak sihat, pening, mahu pitam, kabur penglihatan atau tanda membimbangkan, dinasihatkan segera berbuka dan bertemu dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan,”

Dr Zubaidi berkata, corak pemakanan terutama ketika bersahur dan berbuka ini boleh dirancang dan dinasihatkan supaya mengambil nutrien mencukupi namun tidak perlulah berlebihan.

Buka puasa jika alami tanda-tanda ini

Diingatkan, jika ibu hamil mengalami tanda seperti berikut, perlu segera berbuka dan jangan memaksa diri:

1. Pening, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan segera hubungi doktor.

2. Loya atau muntah.

3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika ada perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak atau kurang menendang).

4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya sedikit. Ini tanda dehidrasi.

5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan.

6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.

7. Sakit kepala atau demam.

 

Panduan pemakanan buat ibu yang puasa ketika hamil

Tip pemakanan yang boleh diamalkan bukan saja pada wanita hamil, tetapi pada semua wanita yang ingin kekal bertenaga ketika berpuasa:

• Utamakan pengambilan makanan berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.

• Banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.

• Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.

• Lewatkan bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat akhir imsak supaya anda tidak cepat lapar di siang hari.

• Usahakan untuk minum dua liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

• Pelbagaikan pilihan makanan berbuka dan sahur, sebaiknya pilih sajian sihat.

• Makan sederhana ketika berbuka dan makan perlahan-lahan.

• Elakkan makanan berasid atau bergoreng yang boleh membuatkan anda mengalami masalah pedih ulu hati, terutama sebelum tidur.

Banyak lagi ilmu-ilmu kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan susu ibu &  mendidik anak anak  soleh solehah boleh dari ebook 9bulan10hari : ebook.9bulan10hari.com . Selamat membaca.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *