“Yela… period pain ni tak sakit pun…. rasa macam best sangat…. macam kena urut”
Assalamualaikum kak… Saya baru kahwin bulan 7 lepas.
Minggu ni kami suami isteri balik rumah mertua di Seremban. Kebetulan saya period. Saya memang senggugut teruk masa awal period.
Mertua saya minta saya kemas dapur. Saya cakaplah saya tak larat sebab terlalu sakit. Terus adik adik ipar lelaki cakap saya lembik & mengada ngada.
Lepastu salahkan suami saya sebab cari isteri pemalas. Menangis saya masa tu. Terus adik ipar perempuan pulak cakap saya cengeng.
Bila saya mengadu dengan suami, suami saya pulak cakap saya over. Memang rasa pedih hati ni kak.
Allah.. takkanlah diorang tak faham yang sakit period ni memang sakit sangat..
Kata penulis
Buat suami & org sekeliling…. hargailah wanita… kerana apa yang dilaluinya bukan mudah.
Rasa seperti dibelah belah rahim… dibiar berendam dalam air dan kebas… dipijak pijak kaki sehingga mahu patah…. dicucuk cucuk pula paku sehingga terputus urat…. Faraj berdenyut denyut tak mahu henti.. terasa dihiris payudara… dibelah pinggang & dicantumkan kembali kemudian dihiris semula berulang kali tanpa henti….
Allah…. inilah yang dilalui rata2 wanita ketika berdepan kesakitan ‘datang haid’!
WAJIB ambil tahu mengenai sakit ketika haid ini. Kerana, adakalanya kesakitan & kekejangan yang berlaku secara serious ini sebenarnya petanda bagi beberapa penyakit berkaitan dengan rahim seperti endometriosis & fibroid.
Namun.. ada juga wanita yg tak rasa kesakitan sebegini ketika period…
Buat suami… tolonglah hargai isteri… Kerana……..
Lebih 80% kes diterima #9bulan10hari… semuanya melibatkan perasaan isteri yang terlalu makan hati dengan suami yg bukan saja tidak memahaminya.. malah membebankan lifenya…. walaupun isteri tengah period… tengah pregnant & tengah berpantang.
Hampir 20% pula dikurniakan suami yang penyayang.. baik hati & tak putus cium peluknya selain dikurniakan ketenangan hati. Alhamdulillah….
Hehe…. kepada yang cakap “MEREPEKLAH… TAKKAN SAKIT CAMNI SEKALI…. TIPU… ” doa saya.. semoga anda diberi kesempatakan ‘menikmati sakit ini’ =) mesti lepas tu tak berani dah cakap… hehe
Hanya yg laluinya saja yang faham….. Usually mereka yg alami endometriosis akan rasa perit sakit period pain sebegini…
Tak semua wanita yg lalui sakit sebegini…..
Smg setiap wanita menerima layanan sebaiknya & setiap lelaki dihargai sentiasa. aamiin…
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.