Perubahan Isteri Hamil
|

Lapar Tapi Takda Selera, Letih & Mengantuk, Ini 7 Pembawakan Ibu Mengandung!

Malasnya nak buat apa-apa, rasa tak bermaya! tekak pun kadangkala loya semacam. Bila suami bergurau pun, kita rasa geram. Lapar tapi hilang ‘mood’ nak makan, ini ke yang dinamakan pembawakan ibu mengandung?

Pembawakan ibu mengandung berbeza-beza. Ada yang suka bau suami, sampaikan si suami nak pergi kerja pun isteri rasa sedih ditinggalkan. Ada juga yang suka bau pelik-pelik, contohnya suka bau ubat gegat dan suka bau petrol. Ada juga ibu yang langsung tak boleh masuk dapur. Tak tahan bau nasi mendidih dan bau tumis, terus ke tandas muntah!

Foto Kredit: blog.theralogix.com

PEMBAWAKAN IBU MENGANDUNG BUKAN BOLEH DIBUAT-BUAT. IANYA BERSIFAT SEMULAJADI. NORMAL KE JIKA ISTERI MENGIDAM?

Pernah tak anda mengidam? ada seorang lelaki bertanya, isteri dia suka mengidam pelik-pelik bila mengandung, wajib ke ditunaikan permintaannya?

Baca perkongsian Ustaz Azhar Idrus tentang hukum isteri mengidam.

Arti MengidamDalam bahasa arab :

الوَحَم: شهوةُ المرأة للشيء على الحَبَل.

“Al-Waham artinya adalah keinginan wanita akan sesuatu ketika dia hamil.”

(Kamus Maqayis al-Lughat )Yang biasa berlaku ialah para isteri yang sedang hamil mengidam mahu makan sesuatu. Kebanyakkannya yang kita dengar ialah mahu makan asam atau buah2 yang masam seperti buah pauh dan seumpamanya.

Tetapi ada juga isteri yang mahu makanan lain samada buah2an atau masakan tertentu.Mengidam tidak berlaku pada semua wanita yang hamil tetapi sebahagiannya sahaja.

Ramai juga para isteri yang hamil yang tidak mengidamkan apa-apa. Tetapi yang pasti mengidam tidak berlaku pada wanita yang tidak hamil.Mengidam juga ada diberitakan berlaku pada masyarakat barat. Dalam bahasa inggeris mengidam disebut sebagai longing atau craving.

Foto Kredit: claritychi.com

Elizabeth Somer, penulis buku ‘Nutrition for a Healthy Pregnancy’ menyebut bahawa penyebab mengidam adalah perubahan hormon dalam badan yang memainkan peranan kepada perubahan selera dan bau.

Hukum Suami Tunaikan para ulama menjelaskan bahawa para suami adakalanya wajib menunaikan apa yang diidamkan olih isteri yang hamil dan adakalanya sunat dan kadang2 hukumnya haram.

Jika apa yang diidamkannya itu adalah termasuk nafaqah kebiasaan seperti makan minum maka hukumnya adalah wajib atas suami menyediakannya.Jika ia diluar dari nafaqah seperti mengidam mahu makan aiskrim atau main buaian contohnya atau lainnya, maka sunat dan sebaiknya suami tunaikannya.

Idaman Yang Tidak Bolih Di tunaikan, Idaman yang bolih membahayakan nyawa atau kesihatan isteri dan bayi maka tidak bolih suami tunaikan seperti isteri yang mengidam mahu melakukan selpie dengan buaya atau terjun dari tempat yang tinggi atau atau mahu berlumba motor atau mahu makan sesuatu yang sangat manis sedangkan isteri ada penyakit kencing manis dan semisalnya maka tidak harus suami tunaikan.

Begitu juga tidak bolih ditunaikan jika isteri mengidam melakukan sesuatu yang salah dan dosa seperti mengidam mahu pakai pakaian ketat pergi ke pantai atau mengidam mahu tidur selama sehari sampai meninggalkan solat atau seumpamanya.

Kesimpulannya sunat hukumnya dan berpahala suami melayan karenah isteri yang mengidam selagi tidak merbahaya dan tidak berlawanan dengan syariat. Isteri yang mengidam adalah isteri yang hamil, isteri yang hamil sangat mudah tersentuh hatinya kerana beban yang ia tanggung dari hilang selera makan, pening, lenguh tubuh badan dan seumpamanya.

Maka seeloknya para suami penuhi hajatnya dari kerana jika tidak dipenuhi, akan mudah merajuk dan sakit hati. Apalah susahnya bagi seorang suami kalau isteri mengidam hendak makan sebiji epal, lainlah kalau mengidam hendak beli telefon bimbit cap buah epal.

Manakala para isteri yang mengidam pula, banyaklah bersabar dan jangan disusahkan suami pula dengan idaman yang pelik2 atau yang tidak mampu dipenuhi olih suami.

Firman Allah swt :وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِArtinya : dan pergaulilah isteri2 itu dengan cara yang terbaik.Manakala Rasulullah saw pula bersabda :خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وأنا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِيArtinya : Sebaik2 kamu ialah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah paling baik terhadap isteriku. Wallahua’lam.

Foto Kredit : familyeducation.com

7 PERUBAHAN & PEMBAWAKAN IBU MENGANDUNG YANG RAMAI SUAMI TAK PERASAN

  1. LEPAS MAKAN LAPAR LAGI!

Ini perubahan yang normal terjadi pada setiap orang, tak kisahlah samaada hamil atau tidak. Tetapi ibu hamil akan merasa dua kali ganda lebih kerap lapar berbanding wanita yang tidak hamil. Baru lepas makan, tapi rasa lapar lagi. Sebenarnya ibu lebih cenderung kepada tabiat suka mengunyah.

Lebih-lebih lagi kepada ibu yang mengalami ‘morning sickness’ yang teruk. Mereka rasa lapar tetapi tekaknya pahit dan loya. Bila makan muntah, ini yang membuatkan mereka lebih kerap lapar. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

2. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA

Payudara ibu akan jadi lebih besar, menegang, sakit bila disentuh dan puting anda akan menjadi kehitaman. Ianya terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan pembentukan susu.

3. ASYIK NAK TERKUCIL!

Suami jangan pelik ya jika isteri asyik ulang alik ke tandas setiap masa. Bila janin mula terbentuk,rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air. Pastikan ibu-ibu kerap ganti seluar dalam dan gunakan ‘pantyliner’ untuk mengekalkan kebersihan vagina anda.

Foto Kredit: cafemom.com

4. RASA MALAS, MENGANTUK & NAK TIDUR JE!

Hentikan spekulasi bila nampak isteri sedang berehat atau tidur, dilabelkan seorang yang malas dan asyik duduk saja.

Anda mungkin takkan dapat rasa apa yang mereka alami. Isteria anda bergelut dengan perubahan yang mereka sendiri tidak mahukan.

Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan isteri berasa cepat letih dan lesu. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

5. RASA NAK MARAH JE! ( pembawakan yang ini mungkin suami dah faham sangat hehe)

Sesetengah ibu hamil mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh boleh menyebabkan emosi terganggu dengan mudah.

Situasi berkenaan bagaimanapun adalah normal kerana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon dalam badan si ibu. Ramai pakar perubatan berpendapat, perubahan emosi itu berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan.

Ia akan berkurangan apabila memasuki trimester kedua sebelum semakin hilang begitu saja ketika usia kandungan semakin menghampiri tempoh kelahiran.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

TANDA-TANDA IBU MENGANDUNG KECELARUAN EMOSI

• Tidak seronok dengan kehamilan.

• Kerap termenung, rasa sedih atau ‘kosong’ sepanjang hari.

• Tidak dapat menjalankan rutin seharian di rumah dan di tempat kerja.

• Mudah marah kerana alasan remeh contohnya apabila tidak jumpa kunci kereta, mereka menjerit dan memaki atau terus menangis.

• Keinginan untuk sentiasa makan atau tidak mahu makan sama sekali.

• Rasa bersalah, rasa tidak dihargai atau mudah putus asa.

• Jika wanita hamil mengalami tiga atau lebih daripada tanda di atas dalam masa lebih daripada dua minggu, mereka harus segera dirujuk kepada kaunselor atau doktor pakar psikiatri.

6. RAMBUT ANDA AKAN JADI LEBIH TEBAL & SIHAT

Rambut anda menjadi lebih cantik dan tiada masalah rambut gugur sepanjang tempoh kehamilan. Ianya terjadi kerana peningkatan kadar estrogen dalam tubuh ibu. Tapi, rambut anda akan banyak gugur selepas bersalin, terutama bila usia bayi 3-4 bulan.

7. MENJADI PELUPA!

Ramai ibu yang mengakui seringkali menjadi pelupa ketika hamil. Ini dinamakan momnesia ataupun pregnancy brain. Kajian menunjukkan penurunan memori ini disebabkan kurang tidur, stres dan kurang nutrisi kehamilan.

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT & PEMAKANAN YANG SEIMBANG KETIKA MENGANDUNG

Bila ‘berbadan dua’ ni, memang tak dinafikan kejap-kejap nak makan, walaupun baru lepas makan. Lagi-lagi bila berada di trimester pertama, hampir setiap 2 jam asyik nak mengunyah je. Bila ditahan, hati asyik teringin, dalam kepala asyik fikir je. Bila dah makan barulah rasa macam semuanya sempurna!

Jangan risau, itu sebenarnya perkara normal. Si manja membesar dengan pantas jadi anda memang perlukan lebih makanan untuk menampung ‘selera’ ibu dan anak!

Apa yang penting, dalam hidangan ibu ada sayuran hijau, buah-buahan, protein dan karbohidrat. Jangan lupa minum susu dan jadikan kekacang sebagai snek tambahan.

Elakkan makan makanan ringan atau segera. Jika ada kelapangan, peruntukkan 10 minit untuk anda buat senaman ringan seperti senaman kegel, yoga atau menari. Ajak suami menari sekali, barulah romantik!

Sumber rujukan: Harian Metro, Fb Ustaz Azhar Idrus.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *