doa nisfu syaaban

Lakukanlah Amalan Ini Pada Malam Nisfu Syaaban. Banyak Ganjarannya.

Nisfu SyaAban – Malam penuh keberkatan, malam diperkenan doa, malam penuh kelebihan bermulanya pada waktu maghrib sehingga terbitnya fajar pada keesokan harinya.

Bagi tahun 2018, malam NIsfu Sya’ban bermula pada waktu maghrib hari Isnin (20 April 2018) sehinggalah hari Selasa (1 Mei 2018).

 

Ketika ini.. barangsiapa yang melakukan amal ibadat & memohon doa.. doanya mudah diperkenan ALLAH…

Dari sayyidina Ali : Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para MalaikatNya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki Ku beri, siapa meminta keselamatan Aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan Ku kabulkan sampai terbit fajar

Daripada Sayidah Aisyah berkata :

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”

Berkata Aisyah : Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah memandang dan mengampuni hamba-hambanya pada malam ini.

Kelebihan amalan pada malam Nisfu Syaaban :

Disunatkan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca AlQuran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat :

  1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
  2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
  3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
  4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Bila bercakap mengenai bacaan 3 kali Yaasin, sebenarnya ia adalah amalan para ulama dan bukannya amalan wajib ketika malam Nisfu Syaaban ini.

Sebenarnya bergantung kepada kita yang nak melakukan amalan apa pada malam tersebut (selawat nabi, dengar tazkirah, baca Quran berzikir & sebagainya) ALLAH tetap akan beri ganjaran pahala.

Bacaan 3 kali Yaasin dilakukan 3 kali selepas maghrib adalah disebabkan 3 kali bacaan ini saja sempat dihabiskan dari bermulanya lepas solat maghrib sehinggalah masuknya solat Isyak. – Ustaz Azhar Idrus.

Disebabkan tu para ulama amalkan bacaan Yaasin ketika malam Nisfu Syaaban selepas maghrib.

Pun begitu adalah baik melakukan bacaan Yaasin ini berserta niat daripada tidak melakukan sebarang amalan langsung. Rugi yang amat!

Dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Bacaan Yaasin pada malam Nisfu Sya’ban. Wajibkah ia? :

Selalunya 3 kali bacaan yaasin ini hadir dengan niat :

  1. Bacaan Yaasin pertama : Dibaca dengan niat memohon panjang umur dan ketaatan/ketaqwaan serta dapat istiqamah kepada Allah SWT.
    2. Bacaan Yaasin kedua : Dibaca dengan niat memohon diluaskan rezeki yg halal dan menolak bala.
    3. Bacaan Yaasin ketiga : Dibaca dengan niat memohon ditetapkan Iman Islam sampai akhir hayat.

Ketahuilah… malam Nisfu Sya’ban ini malam yang mudah dimakbulkan doa & hajat kita semua. Lakukanlah amalan yang boleh meraih ganjaran pahala & keampunan dari ALLAH.

  • Buat pasangan suami isteri yang mencuba untuk hamil, pastikan anda tak putus minta minta & minta padaNYA untuk makbulkan doa anda hamil dengan mudah & cepat.. Semoga diperkenan doa kalian.
  •  Buat pregnant mommy… mintalah pada ALLAH agar mudahkan proses bersalin, berpantang, penyusuan, & membesarkan anak anak.
  •  Buat suami & isteri… mohonlah pada ALLAH agar memudahkan perjalanan kalian untuk terus menjadi ibu ayah hebat.
  •  Buat semua… tolonglah doakan untuk kebahagiaan semua.

Kami doakan ALLAH makbulkan niat baik semua & limpahkan kebahagiaan & rezeki berterusan agar kita dapat membantu mereka yang memerlukan. aamiin….

COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *