Simpan Tali Pusat Anak Umpama Bela ‘Jin’ Dalam Rumah!
KEPADA IBU AYAH YANG MASIH SIMPAN TALI PUSAT ANAK NI, BOLEH DAH TANAM & JANGAN PERAM DALAM RUMAH!
Rupanya selama ni dah 6 tahun sis simpan rumah jin dalam rumah.
Ni tali pusat kedua dua anak sis. Baru tadi kena bakar atas dapur gas.Hangus dah rumah jin ni. Aduhai.
Ada akak ni bagitau,katanya kalau berubat ruqyah banyak kali pun,kalau kat rumah ada simpan tali pusat anak,tetap tak hilang ‘penyakit’ bawaan sihir ni. Kita simpan rumah ‘dia’.Kalau kena ruqyah,benda tu balik ke situ.Sebab masa manusia lahir,akan ada sekali qarin dengan anak tu.Dia duduk kat tali pusat ni.
Jadi,lepas tali pusat bayi tanggal dalam 10-15 hari kelahiran,kena bakar sambil baca ayat kursi sekali.
Orang tua dulu dulu kan kata suruh simpan untuk tujuan kalau anak anak gadoh bgi je minum air dari celupan tali pusat tu.
Sis pun baru tahu,kita manusia yang sentiasa berada dalam kejahilan.Bertaubat dan bila dah tahu,jangan diulangi.Ni juga tanda Allah sayang kita kan.
Bab qarin tu,sis tak alim pasal tu.Kalian boleh la tanya pada orang ‘Alim ye.
edited:
Sis dinasihatkan bakar dulu baru di tanam tali pusat yang hangus tu.Kalau nak tanam tanpa bakar tak sure sis.sbb dh lama simpan benda ni kan,tapi bgi sis,asalkan akhirnya kita kembalikan ia ditanah jua.Takde salahnya.Wallahualam.
Amalan menyimpan tali pusat anak dengan niat yang bercanggah dari ajaran islam adalah KURAFAT.
Biasanya tali pusat yang panjang akan dipotong dan ditinggalkan sedikit baki yang dinamakan umbilical stump sepanjang 2-3 cm.
Biasanya baki tali pusat yang akan gugur dalam tempoh masa seminggu ini akan disimpan mengikut kepercayaan adat orang Melayu dulu-dulu.
Beliau mendapatkan pandangan Imam Al-Syirazi dalam Al-Muhazzab menyebut: ‘Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan cemarkan kehormatan mayat itu dan mudaratkan manusia disebabkan bau busuknya.
Pengebumian di kawasan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW kebumikan sahabat yang meninggal di Baqi’, dan ramai yang menziarahi akan mendoakannya.
“Kami ambil pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut hadis Nabi SAW mengebumikan jenazah di Baqi’ itu adalah hadis sahih lagi mutawatir dan hukum fardu kifayah ini menjadi ijmak kesepakatan orang Islam. Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab (5/282).
“Ulama membahaskan hukum organ atau bahagian tubuh yang terputus semasa hidup. Pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/349), Imam Muhammad Al-Syarbini Al-Khatib RHM berkata: “Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Disunatkan juga bungkus tangan dan seumpamanya dengan kain,” jelasnya.
Kata beliau, kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: “Al-masyimah (uri) yang dinamakan sebagai al-khalas (tali pusat) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputuskan daripada anak tersebut. Maka tali pusat sebahagian daripada tubuhnya.”