Cegah Tantrum Anak dari usianya 0-3 Bulan Jangan Biar Dia Jadi Degil
Cegah tantrum anak dari kecil, supaya ibu bapa tak pukul anak bila dah besar. Sekarang ni semakin berleluasa kes penderaan kanak-kanak di Malaysia.. yang lebih menyedihkan kanak-kanak berumur lingkungan 0-2 tahun yang sering menjadi mangsa kekejaman ini. Bayangkan budak baru lahir, yang tak berakal, yang dia tahu minta susu, nangis dan tidur, itupun dipukul mak sendiri sampai mati. Apa kena lah pemikiran orang zaman moden ni?
Kekadang sampai terfikir, apalah salah anak kecil yang tak berdosa ini sehinggakan diperlakukan seperti BOLA, yang boleh disepak terajang sesuka hati.. dihempas ke dinding seperti mereka tidak beperasaan. Tangisan mereka tak didengari, ibu bapa mereka bagaikan dirasuk Syaitan puas melakukan penderaan tersebut.
MAMA PAPA PERLU FAHAM, PUNCA ANAK DEGIL ADALAH BERPUNCA DARI PENJAGANYA. CEGAH TANTRUM ANAK DARI BAYI
Jangan dipandang bayi berumur 0-3 bulan tidak berperasaan dan tidak faham ya.. Bayi meresap segala apa yang terjadi disekelilingnya.. Jangan ingat dia pandai baring.. pandang.. jeling.. senyum saja tau.. bayi mula meresap segala percakapan dan perbuatan penjagaannya..
Bayangkan kalau papa dan mama dia bergaduh sambil mengeluarkan makian dan kata-kata kesat, benda itu diserap ke bay.Tak campur lagi si ayah memarahi kakak dan abangnya dengan suara yang kasar, sekali lagi meresap ke bayi.
Sedar-sedar bila bayi tadi dah besar dan pandai cakap, perkataannya kasar dan akhlak yang tidak baik, nak salahkan siapa? Anak yang meresap segala perilaku buruk sejak umurnya 0-3 bulan, akan mudah panas baran, Tantrum dan cepat marah.. sampaikan tidak mesra dengan orang termasuklah tidak menghormati papa dan mamanya sendiri..
CEGAH TANTRUM ANAK SEBELUM TERLAMBAT. TIPS DIDIK ANAK JADI HEBAT!
- LATIH BAYI KENAL WARNA -Dari baby lagi, Papa dan Mama latih anak mengenal warna dan membaca melalui buku bergambar. Dengan cara ini, input yang baik akan meresap dalam minda anak.
- JANGAN BERGADUH DEPAN ANAK- Papa dan Mama jangan sesekali tinggikan suara depan bayi anda. Seeloknya berbincang didalam bilik dan tak perlu lah gaduh berpanjangan,
- JANGAN GALAKKAN BABY DENGAN GAJET!- Jangan ajar dia melihat handphone dari bayi.. bukan sahaja cahaya handphone tidak elok pada mata bayi, bayi akan kurang rangsangan pada perbuatan atau perkembangan usianya.
- BERMANJA DAN BERCAKAP BAIK- Papa dan Mama kenalah tunjuk mesra depan anak-anak, sebab aura-aura positif akan meresap dalam minda mereka. Mereka akan copy paste perangai mama dan papanya tau.
- BERI MAKANAN YANG BAIK PADA ANAK- Jika boleh biarlah apa yang dimakan oleh anak dari sumber yang sihat dan Halal. Jangan beri makan dekat anak duit HARAM. Ini mempengaruhi sikap anak tersebut, ia akan menjadi darah daging mereka.
- JANGAN SESEKALI PANGGIL ANAK DEGIL- Contoh ayat : ‘ Aqil kenapa DEGIL sangat ni? tak makan saman betul KAU ni? ada yang kena belasah dengan AKU ni!’ perbualan dengan anak KAU @ AKU tidak boleh sama sekali. Anak akan jadi kurang hormat pada Ibu dan Bapanya.
Writer: sweetmamajoy
COPYRIGHTS 9bulan10hari Tak dibenarkan COPY & PASTE. Website : www.9bulan10hari.com