Seksanya Pantang Tanpa Suami, Kan Best Kalau Suami Ada Di Sebelah
“Kenapalah time-time pantang nilah suami aku ada urusan kerja luar kawasan.. lepas aku selamat lahirkan anak ketiga aku tak sampai 4 hari lagi, suami dah kena outstaion.. stressnya Tuhan sahaja yang tahu, siapa nak jaga anak2?
Nak hantar rumah mak mertua, sian pulak kat diorang dah tua-tua takkan nak jaga anak aku? di tambah pula baby aku ada jaundis, nak kena ulang alik klinik bukan dekat, siapa nak hantar? nampak gayanya drive sendiri lah nanti dengan berkain batik, berstokin dengan luka beranak tak baik lagi.
Gagahkan jugaklah, kalau tak mengenangkan anak-anak aku, dah lama aku kena sakit ‘ GILA MEROYAN’ demi anak-anak aku kena kuat!.. aku tak salah suami aku, yelah dia pun cari rezeki untuk kami sekeluarga.. nak ikut hati siapa yang tak sedih bila berpantang sendiri kan? takpa aku kena positive!”
Rintihan ibu Mila ini boleh jadikan inspirasi pada bakal-bakal ibu hebat.
Walaupun dibelenggu masalah time berpantang, tapi mila tetap positif dalam menangani masalah. Yang penting semangat kena kental beb! Kalau tak kuat dan terlalu mengikut perasaan, benda itulah yang akan memakan diri dan membawa kepada perkara yang lebih buruk iaitu ” MEROYAN’. Orang dulu-dulu selalu pesan, berpantang ni adalah tempoh masa kita merawat diri, jangan terlalu depress sampai terbawa-bawa emosi tu.
Apa wanita meroyan boleh buat??
- Bersedih dan murung sampai taknak susukan anak.
- Anak menangis dibiarkan, bila keadaan semakin tak terkawal, itu yang sampai memukul bayinya sendiri.
- Bercakap sendirian dan tidak menjaga pantang dengan makan makanan yang tidak sihat.
- Bersikap panas baran dan sensetif.
- Jika lama dibiarkan wanita meroyan tadi akan terkena Pulmonary Embolism dan akan akhirnya membawa kepada kematian.
Enjoy 44 hari itu dengan aura yang positif, pedulikan apa orang kata.
“Sanggup laki ko kan? time-time pantang ni dia boleh tinggalkan ko sendiri dengan anak-anak? kot ye pun carikan lah CL (Confinement Lady) ke? bibik ke, kalau aku Mila, memang aku amukkan office dia, dah tau wife bersalin, ganti la orang lain” kata-kata makcik bawang inilah yang mengundang isteri sedih dan meroyan” – Makcik bawang
Antara Tips-tips berguna yang boleh dipraktikkan waktu kita pantang sendiri:
- BAHAGI MASA DENGAN BETUL – Ok, bila kita tahu kita akan berpantang sendiri., jangan mudah rasa down! mula-mula bincang dengan suami, anak-anak siapa nak jaga dan uruskan? minta ahli keluarga terdekat untuk membantu, jika takda yang berdekatan, suami boleh lah upah jiran terdekat atau carikan CL untuk meringankan beban isteri. Bila semuanya berjalan lancar, hati mama pun tenteram nak berpantang.
- JANGAN STRESS – Bila berjauhan dengan suami, jangan biar diri dalam tekanan. Seeloknya beristifar, positif dan menonton favourite movie yang mama suka, bila mood mama ok, makin mencurah-curahlah susu mama.. maka mama dan baby pun akan happy!
- BANYAKKAN BEREHAT – Masa nilah mama berpeluang untk rehat lama, ambil peluang ini sebaiknya. Jangan biarkan makcik-makcik bawang datang rumah mengumpat.. hehe
- SUAMI KENA PRIHATIN – Suami jauh tak bermakna tanggungjawab tak jalan tau.. Video call atau call isteri sentiasa, yang penting selalu happykan mama walaupun jauh. Jika boleh baliklah seminggu sekali melawat mama dan baby. Sian bidadari tuan tu..
Suami super hero
Buat suami katakan tuan kerja ketika isteri berpantang dan tak mampu elakkan untuk teman isteri di rumah, sebaiknya
Sediakanlah CL untuk bantunya, jangan balik lewat, bantu uruskan makan pakainya, kalau anak menangis tolonglah jaga & tenangkannya.Pastikan juga tuan kerap peluk dan cium selain ucapkan terima kasih kepada isteri yang melahirkan anak dan berkorban emosi & fizikalnya. Semoga ALLAH pandang usaha tuan membahagiakan isteri ini dan lorongkan dengan perkara perkara baik. aamiin.
Disediakan Oleh : MamaJoy
COPYRIGHT@9bulan10hari. Tak dihalalkan COPY PASTE! Silakan share & elakkan budaya copy paste!