Tanda Isteri Nak Bersalin
|

Menjaga Pundi Kencing Selepas Melahirkan Anak. Dr Zubaidi Kongsi 7 Tips Penjagaan!

Masalah pundi kencing semasa hamil, melahirkan anak dan semasa dalam pantang kerap berlaku. Dianggarkan 20% wanita yang sedang dalam pantang (selepas melahirkan anak) mengalami masalah ini.

Semasa hamil, terdapat peningkatan hormon progestrone dalam tubuh yang menyebabkan otot pada pundi kencing akan lebih rehat dan mengendur. Ia berlanjutan sehingga masa selepas melahirkan anak dan beberapa minggu dalam masa pantang.

Masalah pundi kencing yang tidak berfungsi sebaiknya ini lebih mudah berlaku pada ibu yang pertama kali hamil dan melahirkan anak, mempunyai masalah punding kencing sepanjang kehamilan atau mengalami masalah kesukaran melahirkan anak.

Foto Kredit: wbur.org

Penggunaan Teknik Tambah Semasa Melahirkan Anak Juga Menyebabkan Masalah Ini Bertambah Teruk Apabila :

  1. Menggunakan teknik forcep dan vacum semasa melahirkan anak
  2. Mempunyai luka eipisotomy yang besar
  3. Menerima bius epidural atau spinal anesthesia

Antara Tanda Masalah Pundi Air Kencing Adalah:

  1. Sukar memulakan membuang air kecing
  2. Terpaksa meneran untuk membuang air kencing
  3. Mudah terasa penuh pada bahagian abdomen yang bawah

Foto Kredit: romper.com

Bagi Wanita Yang Mengalami Masalah Sukar Membuang Air Kecil, Saya Mencadangkan:

  1. Latih semula pundi kencing kita. Cuba teran perlahan-lahan bagi memulakan membuang air kencing. Jangan tergopoh gapah kerana membuatkan lebih sukar membuang air kencing.
  2. Cuba buka paip air. Kadang kala bunyi air yang mengalir membantu wanita ini memulakan membuang air kecil dengan lebih baik.
  3. Tuamkan bahagian abdomen bawah dengan tuala yang direndam dengan air panas.
  4. Rendamkan tangan ke dalam air sejuk, kadang kala membantu untuk memulakan membuang air kencing.
  5. Cuba berjalan di sekeliling bilik.
  6. Hidu minyak peppermint sangat membantu. Ia menyebabkan wanita ini tenang. Semakin risau semakin sukar masalah ini diselesaikan.
  7. Jika tidak boleh kencing langsung melebihi 4-6 jam, minta bantuan jururawat untuk dimasukkan tiub catheter bagi memudahkan air kencing keluaar.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *