Elakkan Posisi Tidur Ini, Ia Bahaya Buat Ibu Hamil & Anak Boleh Maut
Dapatkan Posisi Tidur Terbaik
Lelaki & wanita yang tidak hamil pun dah perlukan rehat & tidur yang tak terganggu dan selesa… apatah lagi ibu hamil.
Para suami kena faham ni… antara sebab isteri tuan rasa tak boleh nak dapat tidur lena yang selesa adalah :
- Rasa loya muntah & mual yang berlebihan
- Sakit kepala
- Sakit pinggul yang luar biasa
- Kerja berlebihan
- Banyak berdiri
- Stress dengan kerja & hal rumahtangga
So kalau isteri mengadu sakit pinggang, kaki, betis, bahu & pinggang tu…. dia betul betul maksudkannya.
Itu yang menjadi penyebab bidadari tuan tak dapat tidur…
Sebab tu kadang isteri akan tidur macam ni, dan ia sangat bahaya untuk ibu dan bayi :
KETAHUI TIDUR YANG SELESA SEPANJANG KEHAMILAN
1.Trimester Pertama
Pada trimester pertama, posisi tidur untuk ibu hamil masih banyak pilihan. Ikut kesesuaian keadaan kerana pada waktu ini perut ibu masih kecil. Walaupun begitu, ibu disyorkan untuk memilih posisi tidur yang paling selesa dan tidak memberi tekanan pada bahagian perut.
2. Trimester Kedua
Bagi ibu hamil yang berada dalam trimester kedua iaitu setelah kandungan mencecah 4 hingga 6 bulan, tidak semua posisi tidur boleh anda gunakan kerana perut mommy sudah mula membesar.
Pregnant mommy tak digalakkan tidur meniarap dan posisi tidur terlentang. Posisi tidur meniarap akan membuatkan janin terhimpit dengan berat beban mommy, walaupun hakikatnya pada kedudukan ini janin tetap terlindung oleh cairan ketuban yang membuatnya tetap mengapung.
Sedangkan posisi terlentang pula akan membuat ibu hamil mengalami sakit pinggang, masalah pencernaan, buasir dan sukar bernafas. Pelbagai masalah ini boleh berlaku kerana pada posisi tidur terlentang seluruh beban bayi akan menekan organ-organ dalam tubuh ibu, mulai dari rusuk tulang belakang, usus sehingga pembuluh darah di bahagian tulang belakang selain menganggu aliran darah kembali ke jantung.
Mommy juga perlu tahu bahawa posisi tidur terlentang sangat tidak digalakkan terutama bagi ibu hamil yang mengalami masalah tekanan darah tinggi (hipertensi).
Posisi tidur terlentang boleh mencetuskan peningkatan tekanan darah ibu hamil dan memburukkan lagi keadaan hipertensi bagi para pesakit terutama di usia kehamilan 6 hingga 9 bulan.
3.Trimester Ketiga
Pada usia kandungan yang mencecah 7 bulan ke atas, mommy disarankan untuk pilih posisi tidur mengiring, sama ada sebelah kiri atau kanan. Posisi tidur ini sebenarnya adalah posisi tidur yang baik untuk ibu hamil pada semua peringkat kehamilan.
Malah posisi tidur mengiring ke kiri juga turut diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sebenarnya posisi tidur mengiring ke kiri sepanjang kehamilan ternyata bermanfaat bagi pertumbuhan janin. Posisi tidur ini akan membuat aliran darah, oksigen, dan nutrisi dari badan anda ke plasenta janin menjadi lebih maksimum kerana tiada tekanan pada bahagian punggung sebelah kanan.
Selain itu, kedudukan ini juga membantu buah pinggang memproses sisa produk dan cecair tubuh ibu dengan lebih lancar dan boleh mengelakkan terjadinya pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki atau tangan anda semasa hamil.
Bagi memberi keselesaan, ibu boleh meletakkan bantal sokongan di antara kedua-dua celah paha, kedudukan kepala lebih tinggi berbanding perut serta mengubah seketika ke kiri ke kanan semasa tidur.
TIPS ATASI GANGGUAN TIDUR
- Gunakan banyak bantal disekitar tempat tidur. Mommy boleh pilih jenis bantal yang lembut supaya kepala, tangan, kaki dan punggung boleh dapatkan posisi yang paling best.
- Katakan posisi tidur mommy sentiasa berubah ubah ke posisi yang merbahaya tanpa mommy sendiri sedar, maka sebaiknya mommy letakkan 1 bantal di punggul, 1 di perut dan 1 di kaki.. agar mommy tak berubah ke posisi tidur yang merbahaya.
- Gunakan pakaian yang longgar, tidak panas dan tetap lembut untuk kulit. Pakaian ini akan membuatkan mommy rasa lebih nyaman sehingga tidur menjadi lebih baik. Elakkan memakai pakaian ketat dan sendat.
- Elakkan memakan makanan yang pedas pada waktu malam. Makanan pedas tidak baik buat ibu hamil kerana ia boleh menyebabkan masalah pencernaan sehingga mommy melalui hidrasi yang melampau.
- Cuba untuk lebih relax dan elakkan diri mommy dari stress. Buat suami, bawalah isteri jalan jalan.
- Buat suami, sediakan makanan sunnah, makanan yang mengandungi nutrisi buat isteri.
- Minumlah segelas susu suam sebelum tidur kerana ia boleh membantu mommy tidur dengan lena. Katakan mommy akan muntah & mual jika minum susu, maka elakkan.
- Elakkan duduk & tidur dalam aircond 24 jam. Sebaliknya keluarlah bersiar siar di waktu petang, dapatkan udara yang segar. Mommy juga boleh berenang selepas usia kandungan 4 bulan untuk lebih cergas.
- Buat suami, bawalah isteri pergi mengurut sebulan sekali untuk beri keselesaan dan kesegaran buat isteri yang hamil.
- Katakan isteri minta urutkan pinggang, bahu, pinggul & kaki, tolonglah urut jangan tolak permintaannya, sebab dia memang lalui sakit lain macam yang buatnya sukar rehat & tidur.
Semoga semua para suami sentasa ambil tahu dan bantu menindahkah perjalanan kehamilan isteri. aamiin.COPYRIGHT@9bulan10hari.
pembetulan, posisi tidur yg di amalkan oleh Rasulullah saw adalah sebelah kanan. ?