Bila Suami Sibuk Dengan Hal Dunia,’Makhluk’ Itu Bawa Isterinya Mandi & Tidur Sekali!
Assalamualaikum sis & 9bulan10hari. Kisah ni terjadi pada saya & semoga ia jadi panduan untuk semua. Tolong rahsiakan identiti saya.
Selepas 6 tahun kahwin, saya baru pregnant. Macam biasa kami terlalu happy dengan baby ni.
Alhamdulillah, saya tak ada alah, tak muntah & loya. Cumanya saya suka dibelai suami.
Tiap hari dalam pukul 4 macam tu saya akan tidur… & dalam mimpi tu setiap hari suami saya akan balik walaupun dia banyak kerja di office.
Setiap hari saya mimpikan suami sebab saya rasa terlalu rindukannya. Tapi dia tak ada di sebelah.
Dalam mimpi tu, suami akan datang dakap saya, peluk saya, cium saya dengan terlalu romantik & lain sekali. Setiap hari dia buat macam tu.
Tapi peliknya dalam mimpi saja suami saya macam tu. Bila malam dah balik dia dah tak romantik sangat & biasa biasa saja. Saya pun ingatkan dia penat.
& paling menakutkan bila mimpi saya tu macam betul betul jadi… kalau dalam mimpi saya nampak suami peluk, saya dapat rasa dia peluk saya.. saya dapat rasa dia sentuh perut saya… saya dapat rasa dia cium & dakap saya sekuatnya.
Ada sekali tu pakteh datang rumah. Pakteh saya ni bilal masjid kat kampung. Malam tu pakteh bual lama dengan suami.
Muka suami saya pucat. Saya tak tahu apa yang pakteh cakap sampai serious macam tu.
Malam tu jugak, suami saya tanya… “sayang buat apa petang tadi..”
“Eh abang ni… lupa ke apa… kan kita mandi sama sama & masak sama sama..”
Tu ayat yang keluar dari mulut saya… lepas tu suami saya genggam tangan saya & peluk saya….. dia cakap esok nak bawa saya balik kampung dengan pakteh.
Masa on the way balik kampung, kereta kitorang excident tanpa sebab. Langgar serpihan tayar lori yang kecil tapi sampai kereta kami berpusing. Nasib kami ok. Suami saya yang luka di dahi sebab terhentak di tingkap kanan. Pastu pakteh jerit dalam kereta tu…
“Kau jangan kacau anak cucu Adam!”
Terkejut saya & suami…
Kami bertiga terus naik teksi & teruskan perjalanan…
Masa sampai je di kampung, pakteh makteh acu semua ada… pakteh bagitahu saya supaya saya kuat dengar apa yang dia nak cakap…
Berdebar juga masa tu, sebab ingat diorang carikan isteri kedua untuk suami..
“Aza…. selama ni…. dari Asar sampai maghrib yang datang ke rumah tu sama ada mimpi atau tidak itu bukan suami Aza, dia Syaitan yang datang mengganggu hidup hampa suami isteri, Paiz tak pernah sampai rumah sebelum maghrib pun.. lepas isyak baru Paiz sampai”
Allah.. berderau jantung saya…. Masa tu saya menangis.. & terdiam sangat lama… saya berfikir & menangis. Menangis bukan sebab saya takut syaitan, tapi saya sedih selama ni saya dah peluk, cium & tidur dengan makhluk tu dan sangkakan itu suami saya. Nasib saya tak pernah ‘bersama’ langsung dengan iblis tu!
Pakteh cakap, makhluk tu sukakan saya mungkin sejak kahwin sebab saya selalu sorang diri di rumah & paling tepat pakteh cakap disebabkan kami tak solat & tak mengaji di rumah, tu yang buatkan mekhluk tu suka saya.
Allah… Allah… patutlah sometimes tu bila saya nampak ‘suami’ senyum tiba tiba ada taring……
Masa tu saya peluk suami & makteh sebab terlalu takut tambah tambah masa mengandung ni & dah nak masuk Asar pulak masa tu. BIla masuk Asar ja ‘dia’ akan muncul dalam mimpi atau depan saya….
Pakteh pasang surah Rukyah dalam rumah. Pakteh suruh saya pergi tidur. Saya cuba tidur walaupun payah. Pakteh cakap, nanti bila makhluk tu datang Aza kena terus terang dengan dia. Bagitahu dia yang Aza dah kahwin & Aza doakan makhluk tu dapat jodoh yang baik.
Seram sejuk seluruh badan. Suami, pakteh, makteh, acu semua kat bilik. Saya di ruang tamu & tidur di sofa… bila nampak saja kelibat ‘suami’ datang dalam mimpi, berdebar jantung saya, menggigil tangan & terketar ketar badan ni.
Dalam mimpi…..
“Abang saya nak cakap dengan abang…… saya tahu siapa abang…. abang bukan jodoh saya kerana saya dah berkahwin dengan suami sebenar saya”
Merah muka ‘suami’ saya tu macam marah….saya sambung lagi…”Mungkin abang jatuh cinta dengan saya…. mungkin abang suka saya, tapi kita tak boleh bersama, dunia kita lain, saya manusia dan abang bukan… abang carilah pengganti yang lebih baik. Saya doakan abang.
Serious masa tu semua perasan pelik ada dalam hati ni…. tiba tiba ‘suami’ tu pun pergi…Alhamdulillah esoknya saya tak mimpi dia lagi…
Kredit picture : Tuan Ariff Budiman & Rosita Othman
Pakteh pesan :
- Setiap hari kita perlu solat 5 waktu & baca Quran.
- Kalau tak sempat baca Quran tolong pasang Rukyah di rumah bermula Asar sampai maghrib.
- Jangan mandi tak berlapik.
- Suami wajib bimbing isteri ke jalan ALLAH, sebab masa kita tak dekat dengan ALLAH lah benda benda ni datang.
- Masa bersama tu jangan terbuka. Pakai selimut.
- Tambah tambah masa mengandung, makhluk tu suka sangat. Pastikan mengaji.
- Pastikan suami tak tinggal isteri seorang diri sampai lewat malam.
Saya mengaku kak, hidup kami tak Islam sangat. Kami solat bila rasa nak. Quran memang kami dah tak sentuh lama.
Sekarang saya dah mengandung 8 bulan, lepas saya baca Quran baru tenang hati saya.
Pakteh cakap, sebenarnya ramai ibu hamil ni didatangi makhluk yang tak diingini, cuma kita sebagai manusia ni yang tak nampak.
Terima kasih sebab sudi siar kisah saya kak. Saya taknak orang lain jadi macam saya.
Kata penulis :
Sebenarnya kan, masa repair repair story ni pun rasa seram sejuk ja. huhu….
Kejap kejap saya pandang atas bawah kanan kiri… hihi
Sebab? Memang wujud makhluk tu pun dalam life kita.
Disekeliling ni dia ada ja….
Kepada suami isteri, amalkan apa yang pakteh tu pesan ya.
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.
Saya pon mempunyai kisah yg hampir serupa