in , , ,

Elakkan Anak Masuk ICU! Ibu Tolong Jadi ‘Harimau’ & Ayah Tolong Jadi ‘Singa’!

bahaya asap rokok pada bayi

Bayangkan betapa gemuruhnya hati seorang ibu ayah bila anaknya dibawa asuk ICU….

Baca kisah ini & semoga ia jadi pengajaran…

Musim raya ni… tolong alert mommies & semua..

Buat perokok… tolonglah kesiankan org lain!

Ini kisah tahun lalu… yang dikongsi seorang ayah hebat Khairil Khaider 


NASIHAT HARI RAYA UNTUK IBU BAPA YANG ADA ANAK KECIL

Tahun lepas merupakan tahun pertama anak aku Maryam Nafeesa nak sambut raya pertamanya di Malaysia dan baru berusia 7 bulan masa tu tak silap aku.

Tapi Allah beri ujian kat aku sekeluarga pada Aidulfitri tahun lepas dapat tahu Maryam Nafeesa terkena jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia) masa tu pada hari raya ke-2.

Mungkin silap aku tidak kawal orang cium-cium anak aku tak tentu hala, lagi-lagi ada orang yang merokok dengan selamber hisap rokok kat tempat yang ada bayi-bayi kecil ni.

Lepas badan anak aku demam panas, mertua aku pun suggestkan aku untuk bawa jumpa Dr. pakar kanak-kanak di HUKM, Cheras dan malam tu doktor segera masukkan anak aku ke ICU sebab penafasan dia dah kurang dan mengalami batuk yang sangat teruk.

Hampir seminggu lebih juga dia dalam ICU dengan macam-macam jenis wayar, suntikkan dan paip yang doktor masukkan dalam badan anak aku masa tu, Ya Allah! tak tahu nak cakap masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu, sedih sangat aku tengok anak aku telentang sakit dalam bilik ICU tu.

Alhamdulilah, lepas berkampung kat HUKM hampir 2 minggu lebih waktu raya, anak aku kembali sihat dengan izin Allah, dan sekarang harapnya Allah izinkan dia untuk sambut raya tahun ni dengan meriah walaupun kat Amerika. hehe

Anak
Image Source : Facebook

Ni antara tanda-tanda seorang bayi yang dijangkiti jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia):

1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit

Dan ni aku nak nasihatkan, mintak tolong sangat-sangat kat ibu bapa yang ada anak kecil, Tolong! Tolong! Tolong! kawal bayi-bayi korang dengan cara:

1) Jauhi dari dekat dengan orang yang merokok, kalau ko tengah dukung bayi.

2) Jauhi dari bagi orang cium anak kau sesuka hati (kita tak tahu apa penyakit yang ada kat orang tu)

3) Kawal anak dari bermain dengan kanak kanak lain yang tak sihat.

4) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan.

5) Kalau anak kau mula ada ciri-ciri kat atas cepat-cepat pergi bawa jumpa doktor (dan aku suggestkan kalau di area lembah klang korang bawa pergi HUKM, sebab HUKM antara hospital yang mempunyai pakar kanak-kanak terbaik di Malaysia, memang WIN!)

6) Mencegah lebih baik dari merawat!

Aku doakan agar hari raya tahun ini disambut dengan kebaikkan dan kemeriahan.

Aku harap tulisan dari pengalaman ini dapat di#SHARE agar dapat memberi manfaat buat semua insya-Allah!

Nota: Gambar ialah contoh yang diambil dari google yang sama suasana yang dihadapi anak aku tahun lepas, moga Allah lindungi anak-anak kecil kita dan kita dari segala jenis penyakit.

Khairil Khider
Bapa kepada Maryam dan Mardhiyah
Amerika Syarikat

Written by Admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0