BAHAYA Minum Air Soya Pada Ibu Hamil, Berpantang, Menyusu, Suami & Anak Anak!
Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu mengenai keburukan minum air kacang soya!
Nak minum sekali sekala tak salah.. yang salahnya bila air soya ni diamalkan dalam kehidupan seharian. Kalau minum tiap hari atau sehari 2 kali tu memang mengundang bahaya..
Soya dari sudut perubatan moden
Klik LINK yang dimaksudkan Dr Hamid Arshad.
Dan ini pandangan Dr Axe mengenai “Bahaya atau tidak soya”
“ala kak…. saya minum start anak saya dalam kandungan lagi… sekarang umur anak dah 5 bulan, takde ape pun”
Ini antara private massage (pm) yang saya (nazira nazir) terima di inbox 9bulan10hari...
Adik sayang, bila fakta dari segi perubatan moden & tradisional dah Kak Zira jelaskan… tapi adik still taknak ikut dan punya pendirian sendiri, so sebagai penasihat & penulis buku 9bulan10hari, Kak Zira tak dapat nak paksa paksa adik. Tepuk dada tanyalah minda. Masa depan adik & anak anak adik ada di tangan adik. Take good care.
Soya dari sudut perbidanan Melayu lama..
Bidan bidan terlalu melarang minuman soya terutamanya dalam pantang sebab bersifat sejuk. Sama juga dengan kacang tanah, kacang dhal, kacang gajus yang perlu elak masa pantang. Kacang soya boleh menyebabkan :
- Masalah kentut faraj
- Badan berangin
- Sakit sakit urat
- Mengurangkan keinginan seksual wanita.
Bukan masa pantang saja, bagi wanita yang amalkan minuman soya secara extreme ni pun bahaya!
But, bagi kacang soya yang lalui proses fermentation macam tempe adalah selamat dimakan. Pun begitu, perlulah dimakan secara bersederhana.
Apa yang akan terjadi kalau makan makanan yang bersifat sejuk masa dalam pantang?
- Tumit rasa mencucuk cucuk
- Pucat pada wajah
- Sejuk ketika berpantang (bentan)
Petua orang kampung : Cuba tengok tumit masa pantang.. kalau merah tumit tu makan sehatlah rahim.. kalau pucat tumit tu ditambah pulak sakit yang mencucuk, kaitannya jelas dengan rahim yang tak sihat.
Dan menurut pengamal perbidanan Melayu Lama – Siti Aishah,
Dari segi seksual, ibu-ibu yang amalkan soya dan benda-benda sejuk lain ketika berpantang akan mengalami masalah Sexual Depress atau Kemurungan Seks. Senang cerita; MATI PUTIK. Allah jadikan beberapa kawasan disekitar faraj (seperti klitoris) dan beberapa bahagian tubuh (seperti puting, punggung, ketiak) mempunyai daya rangsang seksual yang tinggi (berlain-lainan bagi setiap individu). Akan tetapi, wanita yang “kesejukan”ini akan rasa kebas dan tidak merasa nikmat seperti sebelumnya. Tiada lagi “garang”nya wanita diranjang menyebabkan hubungan seksual bersama suami sangat-sangat hambar.
Seram kan?
Kesan kepada anak dalam kandungan ibu hamil :
Bahkan, anak yang dikandung ibu hamil yang kerap meminum susu soya ini juga mudah mendapat kanser. Ini kerana kandungan Estrogen yang terlalu tinggi boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon apabila anak-anak ini baligh (kerana hormon akan mula berfungsi ketika anak dara datang haid dan anak teruna matang).
Kesan kepada bayi yang menyusu susu ibu yang minum susu soya :
Bayi yang menyusu dari ibu-ibu pengamal soya mudah terkena penyakit kembung perut dan angin pasang (samada di zakar atau di pusat).
Jika dari sudut perubatan moden, seorang wanita perlu mempunyai hormon yang seimbang untuk mudah hamil. Tetapi dari sudut perbidanan, seorang wanita perlu menyeimbangkan 4 elemen alam iaitu tanah, api, air dan angin supaya dikira sebagai sihat. Jika terlebih salah satu dari elemen alam ini, maka akan menyebabkan masalaah kesuburan seorang wanita. Disebabkan itulah amalan soya (angin) yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah dalam mendapatkan zuriat – Siti Aishah
Kesan kepada bayi :
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
Kesan kepada lelaki :
Golongan lelaki yang makan 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu mengundang risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol. Tolonglah jangan minum jika anda ingin zuriat.
Soya propaganda Yahudi?
Ada juga yang mengatakan soya merupakan propaganda yahudi dan orang orang yahudi sendiri tidak makan/ minum soya.
Since kita tahu air soya ini memudaratkan kesihatan… beralihlah ke makanan sunnah yang lebih memberi kebaikan.
Sebaiknya amalkan meminum susu kambing berbanding air soya.
Firman Allah:Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)
Sekali lagi, ketahuilah bahawa :
- USA merupakan pengeluar soya terbesar.
- Dapat melemahkan kejantanan lelaki.
- Mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
- Meningkatkan kanser payudara, kanser ovari.
- Melemahkan otak.Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Nasihat saya, apa saja yang kita nak makan, makanlah secara berpada pada. Yang baik, makanlah.. yang tak elakkan, lebih baik makan makanan sunnah.
Picture credit : MrEjoy
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. TAK DIBENARKAN COPY PASTE mana mana bahagian kecuali mendapat izin dari penulis sendiri.
Sya mengandung dan sya tidak minum susu hanta minum soya isit okay ?