kecantikan isteri
| | |

Memang Betul Wei, Punyalah Isteri Aku Takut Aku Tak Sayang Dia… Kesian Isteri Abang

Perkongsian dari seorang suami mengenai ketakutan & kecomelan isterinya.

Assalamualaikum 9bulan10hari.

Demi title seorang ibu & isteri, demi zuriat untuk suami tercinta, seorang wanita rela bentuk fizikalnya berubah.

Isteri saya sedang hamil 8 bulan. Bila kandungannya mencecah 8 bulan, saya perasan yang perut isteri saya ada kesan merah-merah. Saya memang tak tahu menahu kenapa perut isteri jadi macam tu. Maklumlah, first time.

“Sayang, kenapa perut sayang ada kesan merah-merah tu?”

Isteri cakap kesan getah skirt dia pakai tadi agaknya. Pinggang skirt tu dah ketat sikit katanya sebab perut makin membesar.

Esoknya, saya perasan lagi. Eh, kalau kesan getah pinggang skirt pakai semalam, takkan sampai hari ni pun ada lagi. Tapi saya diamkan je dulu. Isteri memang tak perasan kesan merah-merah tu sebab perutnya makin membesar. Kesan tu pulak bawah perut.

Tiga hari lepas tu, kesan merah tu bertambah.

“Sayang ada garu perut ke? Kenapa garis-garis merah bertambah banyak ni?” soal saya.

Isteri mula cuak, berdiri depan cermin, ambik torch light n suluh. Riak muka isteri terus berubah, then seharian moody.

Saya perasan isteri asyik google something, agaknya hal berkaitan perut dia tu la.

Masa dia mandi, saya curi-curi check handphone nak tgk whatsapp dia. Sebab saya tahu dia ni kalau ada apa apa masalah pregnant, mesti dia whatsapp bff dia. Bff dia dah ada 2 anak.

Tu diaaa, memang betul tekaan saya. Bukan sorang, tiga empat orang dia whatsapp tanya pasal tu. Semuanya kawan baik dia yang dah ada anak.

Antara soalan dia:
1. Normal ke benda ni?
2. Macam mana nak kurangkan?
3. Boleh hilang tak? Macam mana nak hilangkan?
4. Nanti lepas bersalin, kesan tu jadi macam mana?

Nak tergelak pun ada bila baca whatsapp isteri. Patutlah seharian moody. Adoi la sayang oi, risau sangat ye pasal benda ni.

Lepas pada hari tu, aktiviti dia setiap hari, bangun pagi tengok perut.

Lepas mandi tengok perut. Then, sapu minyak zaitun.

Saya cakap kat dia, sapu minyak masak je la, banyak kat dapur tu. Masam mencuka dia. Saja nak hiburkan hati dia, tu cuba melawak. Haishhh, tak boleh bawak melawak rupanya kalau hal macam ni.

Saya tahu dia stress, risau sebab kesan merah tu mungkin akan bertambah banyak dan akan menjejaskan penampilan dia di depan saya & isteri saya risau kalau saya tak suka dia sebab perubahan ni.

Sayang, dengar ni. Abang tak kisah la perut sayang jadi macam mana sekalipun. Memang sebelum ni perut sayang licin takde parut apa pun, tapi abang okay je kalau sekarang ni perut sayang jd peta Malaysia.

Sekarang ni baru peta Pahang, belum peta Semenanjung pun lagi. Jangan risau sangat la, abang tak cari lain pun. Nanti kita ikhtiar untuk kurangkan kesan tu okay. Love you.

Terus senyum isteri saya. Dia ingat saya ni tak sayang dia lagi kalau berubah fizikal tu.

#9bulan10hari

Stretch mark

 

Hehe.. comel je… Semoga tuan & isteri dilimpahkan kebahagiaan berpanjangan. Bukan isteri tuan saja, saya dan ramai lagi isteri yang takut suami rasa terkurang disebabkan perubahan fizikal ni. hihi

Baik, bg situasi ibu ni, pada mulanya, mommy tak akan perasan pun dengan kesan merah pada perut. Sebab garisan merah tu sikit je, memang payah nak nampak. Melainkan mommy suluh dengan torch light, ha terang benderang nampak kesan tu.

Orang putih panggil stretch mark. Orang dulu-dulu panggil perut pecah.

Biasa duk dengar kan. Sekarang ni, mommy pulak yang rasa. Mesti ada yang resah gelisah bila benda ni duk ada. Alaaa, macam mana nak kurangkan ni? Nak sapu apa ni? Mana tak nya, sebelum ni perut licin, satu parut pun tak ada. Bila jadi macam tu, memang resah gelisah la kan.

Hari-hari mommy duk belek perut, suluh depan cermin. Betul tak mommy? Sampai naik pening si suami tengok gelagat mommy. Ha, macam cerita kat atas tu.
Kenapa stretch mark ni jadi pada mommy?

Stretch mark berlaku disebabkan regangan kulit pada perut mommy yang semakin hari semakin membesar. Perubahan bentuk badan dan pertambahan berat badan mommy menyebabkan benda ni terjadi kat mommy.

Bila stretch mark bermula?

Kesan ni mula muncul pada mommy bila saiz perut mommy makin membesar. Ada yang bermula seawal kandungan 4, 5 bulan dan ada yang bermula ketika kandungan telah mencecah 8 bulan.

Stretch mark ni boleh hilang tak?

parut selepas bersalin

Kesan ni akan berkurangan, insya Allah. Banyak produk di pasaran yang ada untuk kurangkan dan elakkan kesan regangan ni. Mommy boleh cuba beli. Apapun, make sure jangan menggaru pada kawasan stretch mark ni bagi mengelakkan kesan regangan ni bertambah.

Ada tak cara untuk mengelakkan stretch mark ni?

Mencegah lebih baik daripada merawat. Betul tak? Sebaiknya, mommy pastikan bahagian perut mommy sentiasa lembap. Mommy bolehlah sapu lotion atau minyak zaitun pada bahagian perut mommy sejak dari awal. Dengan cara tu, mommy boleh elakkan kesan regangan ni jadi. Seeloknya, sapu setiap kali lepas mandi, biar kulit tu lebih sihat dan sentiasa lembap. Tapiii, ada jugak yang jadi walaupun rajin dok sapu lotion, minyak bagai. Tak apa la, kalau jadi, nanti ikhtiar untuk kurangkan pulak.

Tak semua orang ada kesan regangan pada perut ni. Sesetengah orang perutnya kekal seperti biasa walaupun saiz perut makin membesar. Bagi mommy yang mempunyai kesan regangan yang kekal, ingatlah bahawa kesan tu merupakan tanda yang mommy seorang ibu yang hebat yang pernah mengandung dan melahirkan zuriat mommy. Berbanggalah!

Mommyyyy ohh mommyyyyy… Janganlah moody, mommy masih cantik macam dulu… Betul tak daddyyyy???

Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *