TIPS DIDIK ANAK JADI HEBAT! ANAK-ANAK ADALAH TANGUNGJAWAB SUAMI ISTERI BERSAMA.
Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Membentuk dan mendewasakan anak tidak mudah. Tugas mendidik anak bukanlah tugas ibu seratus peratus. AYAH turut memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak.
Tiada istilah siapa ‘KING’ dan siapa ‘QUEEN’dala rumah. Ibu ayah bertanggungjawab sepenuhnya pada anak. Bagaimana didikan kita sekarang menentukan siapa anak kita akan datang.
Secara psikologinya, cara seorang ayah mendisiplinkan anak jauh berbeza dari ibu. Ibu memiliki jiwa yang halus, sensetif, mudah rasa simpati, lembut hati dan lebih penyayang.
Berbeza dengan ayah, ayah lebih simple, mudah dibawa berbincang, tegas, ‘firm’ dalam membuat keputusan dan mempunyai sifat pelindung yang tinggi.
Anak mungkin lebih takutkan ayah dari ibu, mungkin kerana ayah tak banyak masa berada di rumah dan kurang mendalami prihal anak. Sebab tu pentingnya peranan ayah membentuk anak, kerana untuk seimbangkan cara masing-masing.
8 TIPS DAN PANDUAN MENDIDIK ANAK! JADIKAN AMALAN.
ELAKKAN MEMUKUL ANAK DARI LUTUT KE ATAS.
Elakkan Memukul Anak Guna Alat
Marah macamana sekali pun, jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Anak jadi ‘tantrum’ dan susah untuk dilentur.
Tips didik anak jadi hebat ialah bila kita memukul anak, pastikan niat kita untuk mengajar mereka jadi baik, sebaiknya rotan anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
2. PELUK, CIUM DAN BELAILAH ANAK SETIAP HARI.
Anak Gembira Kita Bahagia
Sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk peluk cium anak kita. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
Sentuhan kasih sayang yang kita beri pada anak akan meningkat ‘self confident’ dalam diri mereka. Ia akan mengeratkan ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Ia akan membuatkan anak kita lebih menyayangi dan bahagia bila disamping kita.
.
3. PANGGIL ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK.
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
Jangan bahasakan dengan anak ‘kau aku’ sebaiknya tukar kepada ‘saya awak’. Jaga pertuturan dengan anak. Jangan menjerit-jerit panggil anak. Jangan terlalu meninggikan suara. Anak ikut sebiji-sebiji apa yang kita buat pada dia.
.
4. BERI KATA-KATA PUJIAN BILA ANAK BUAT BAIK.
Buat Anak Gembira
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang mereka lakukan. Mereka akan rasa dihargai dan bersemangat untuk buat banyak lagi kebaikan.
Bila anak dah kerap buat baik, janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka masih anak kecil yang perlukan bimbingan. Jangan marah anak bila mereka melakukan kesilapan. Tugas kita pantau dan betulkan mana yang mereka silap.
.
5. ASINGKAN HAL KERJA DAN KELUARGA.
Wujudkan Banyak Kualiti Masa Bersama Anak
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jangan kita sia-siakan peluang yang hanya datang sekali dalam hidup.
Jangan sesekali mengeluh ketika membesarkan anak, ia akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Percayalah dengan rezeki Allah, semakin banyak kita membahagiakan mereka, semakin banyak rezeki yang datang pada kita.
Sudah tentu ketika mendewasakan mereka, kita tak cukup rehat dan tidur, adakalanya terhimpit masalah kewangan dan pelbagai lagi masalah lain. Tapi kita sebagai ibu bapa, harus bersabar, banyakkan berdoa dan tawakal kepadaNYA.
.
6. JADILAH PENDENGAR SETIA.
Layan Anak Bercakap Walaupun Dia Masih Kecil
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Walaupun anak hanya menceritakan perkara remeh pada anda, dengar dan respon apa yang anak cerita.
Janganlah tengok telefon atau melihat televisyen ketika anak berbual dengan kita, sebaiknya tumpukan perhatian. Tunggu giliran anda untuk bercakap, ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap dan tidak menyampuk perbualan.
Bila anak sedang menangis, jangan lupa untuk tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukan kita. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
.
7. JANGAN KEDEKUT DENGAN ANAK.
Sesekali tu bawalah anak keluar jalan-jalan. Belikan mainan walaupun harganya murah. Itu pun dah cukup membahagiakan. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
.
8. BERBAHAGIALAH BILA ADA ANAK, HARGAI KEHADIRAN DIA.
Hargailah Saat Bersama
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Masa tidak menunggu kita. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Takut kita akan menyesali banyak benda yang kita tak buat untuk mereka.
Bestnya main bedak tambah tambah dengan adik beradik letak di lantai dan gelongsor. Paling best bila mak ayah pun tak kisah anak anak pun happy mak ayah siap ambil gambar dan buat kenangan Indah kan story ni tapi ia tak seindah KESANNYA. Ini kisahbenar penulisan dari tuan Faridzul tentang apa yang dilalui anaknya setelah bermain dengan…
BERSALIN INDUCE MEMANG SAKIT! RAMAI IBU YANG SERIK. Ya Allah.. kenapa sakitnya bersalin induce ni!! anak pertama dulu waktu kontraksi takdalah sakit sangat macamni, anak kedua kena induce sakitnya tak boleh nak bawa bincang! rasa trauma dan ngeri bila ingat balik.. Ramai ibu yang trauma nak mengandung semula bila terkenang moment kena induce. Bersalin induce…
Bila dah berkahwin, pasangan suami isteri pastinya nak merancang kehamilan kan. Untuk merancang kehamilan, sebaiknya elakkan minum minuman berkafein. Ala, takkan kut? Setiap pagi kalau tak pekena ayaq nescafe ni mesti tak boleh buat kerja. Betullah tu bagi some people kalau tak minum kopi atau tea ni, dia memang tak boleh buat kerja. Rasa mengantuk…
Ini #kisahbenar penangan cerita Korea buat IBU HAMIL.. Hye sis… isteri saya mengandung dah 5 bulan, pada mula saya kenal dia dulu memang isteri saya suka tengok cerita korea.. Sampaikan dia cakap kat saya tengok hero2 dan heroin dan drama korea orang kata boleh kenan kat anak bang.. Haishh saya tak kisah dia nak tengok citer korea,…
Ibu hamil tak perlu gusar untuk ambil vaksin. Pemberian vaksin Covid-19 terbukti selamat digunakan kepada ibu hamil, malah berupaya melindungi keselamatan dan kesihatan bayi dalam kandungan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru semua ibu hamil untuk berdaftar dalam MySejahtera dan mengambil vaksin COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengambilan vaksin adalah…
Setiap kali mengandung mesti hb rendah! rasanya dah macam-macam ubat dah makan untuk naikkan hb, tapi bacaan tetap rendah. Boleh kongsi tak makanan naikkan hb ketika hamil? Mudah rasa cepat letih, muka pucat, kerap rasa macam nak pitam, selalu rasa tak sihat, ini antara kesan yang akan ibu alami akibat tekanan darah rendah. Kadang-kadang kita…