bahaya asap rokok pada bayi
| | |

Disebabkan Orang Lain Merokok, Anak Kami Sesak Nafas!

#kisahbenar

Hanya disebabkan bau asap rokok yang terkena pada baju suami, anak kami mengalami komplikasi pernafasan.

Anak kami mudah semput setiap kali cuaca sejuk, kalau selsema kami perlu segera bawa ke hospital kerana Zikri akan batuk kahak yang mengganggu dia bernafas dengan elok.

Suami saya bukannya perokok… namun disebabkan dia bergaul dengan kawan kawan yang merokok, & ketika pulang ke rumah terus mendukung & memeluk anak walaupun selepas mencuci tangan, racun asap rokok yang terkena kepada baju suami terpalit kepada kulit anak kami.

Anak kami lahir dengan sangat normal & sihat. Anak kami melalui kepayahan untuk bernafas ni selepas suami saya dah masuk kerja dan bekerja, berbual & makan bersama perokok yang merokok ditepinya.

Merokok
Kisah benar akibat asap rokok

Selepas doktor tanya & jelaskan pada kami bahawa tempias asap rokok pun boleh menyebabkan kami berdepan semua ni, kami sangat terkejut tambahan pula setiap hari & setiap kali balik kerja suami saya akan peluk Zikri.

Suami & saya tak merokok, tapi anak kami berdepan komplikasi pernafasan disebabkan orang sekeliling. Bayangkan kesan kepada bayi kalau bakal ibu & ayah sendiri yang merokok.

Saya share dengan anda sebab saya terpaksa ‘mengawal’ anak saya daripada buat banyak aktiviti seperti ibu bapa yang lain.

Zakiyah, Follower 9bulan10hari.

Kata Penulis buku 9bulan10hari Nazira Nazir

Tempias asap rokok pada baju pun dah boleh menjadi sebab anak kita melalui komplikasi sebegini, bayangkan jika ibu bapa seorang perokok.

Sejujurnya, anak saya sendiri pernah lalui sesak nafas secara tiba tiba disebabkan seorang perokok peluk & cium anak saya selepas merokok.

Kepada asap rokok bahaya kepada ibu hamil?

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yg berbahaya dan boleh membawa MAUT!

Kepekatan bahan kimia beracun yg ada dalam asap rokok ni lebih tinggi kalau dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

Dalam lebih 4,000 bahan kimia berbahaya terdapat nikotin dan karbon monoksida.

Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus.

Secara tak langsung ia akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang.
Kesan asap rokok kepada kandungan?

  • Kelahiran bayi yg kurang berat badan 20 – 30%,
  • Kelahiran bayi tak cukup bulan
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Keguguran janin
  • Komplikasi pernafasan
  • Perkebangan anggota badan bayi boleh terjejas
  • Paru paru bayi berkemungkinan tidak dapat berfungsi dgn baik ketika di awal kelahiran.
  • Berpotensi mendapat asthma
  • Berpotensi mendapat Sindrom Kematian Secara Mengejut (SIDS)
  • Jantung bayi berlubang
  • Gangguan pembelajaran buat anak yang menerima kesan asap rokok
  • Masalah IQ & tingkah laku yang rendah
  • Hyper aktif & sukar menumpukan perhatian

Banyak kan?

Ramai pasangan suami isteri SAYANG anak… tapi dalam masa yang sama SAYANG ROKOK juga….

Apapun… kalau bakal ibu & ayah hebat berusaha tinggalkannya, insyaAllah ada penawar & benda yang anda boleh ikhtiar.. Allah kan ada.

Ketahuilah, rokok boleh menjadi antara punca sp*rma tak normal. & bila sp*rma tak normal, anak yang bakal dilahirkan juga berdepan pelbagai komplikasi.

UNTUK BERGELAR AYAH, seseorang lelaki juga perlu tinggalkan semua ini supaya sperma yang dihasilkan berkualiti.

Cuba tengok checklist ni.. Ini antara perkara yang seorang bakal ayah perlu ambil tahu jika inginkan anak dilahirkan sempurna, insyaALLAH…

akibat rokok
Image Source : Forum Cari

CHECKLIST punca sp*rma tak normal

  • Merokok
  • Tekanan
  • Pengambilan ubat terlarang
  • Pengambilan steroid dalam jangka masa lama
  • Pengambilan alkohol
  • Senaman yang melampau menyebabkan suhu scrotum meningkat.
  • Kekurangan vitamin C
  • Seluar ketat
  • ObesitiWalupun payah… namun cubalah pastikan selepas ini :
  • Berhenti merokok – kesian isteri & anak anak
  • Kalau terdedah dgn asap rokok walaupun tak merokok… mandi & tukar baju dan barulah dekati anak isteri.
  • Bersenam – kurangkan berat badan bg yang obesiti
  • Jangan fikir sangat benda yang boleh bagi tekanan
  • Berhenti ambil alkohol
  • Elakkan dari pakai seluar dalam ketat, sauna dan apa saja yang boleh tingkatkan suhu scrotum.
  • Elakkan mendekati bayi ketika memakai pakaian yang terdedah kepada asap rokok.Percayalah, life akan lebih best, lebih penuh kasih sayang, lebih happy tanpa rokok & benda benda yang memudaratkan kesihatan.Makan madu, kurma, solat 5 waktu, solat dhuha, beri sedekah, minta ibu dan ayah doakan keluarga anda, sentiasa baik dengan isteri…. antara sebab sesebuah rumahtangga diburu keberkatan tanpa henti. InsyaAllah.Saya doakan anda dilimpahkan kebahagiaan & rezeki tanpa henti & dijauhkan dari sebarang problem dalam life.

Like share & tag pasangan, sedara & rakan anda agar mereka juga dijauhi dari ketidaksempurnaan pada bayi

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *