BERSALIN INDUCE MEMANG SAKIT! Ini Fakta & Tips Yang Perlu Anda Tahu
BERSALIN INDUCE MEMANG SAKIT! RAMAI IBU YANG SERIK.
Ya Allah.. kenapa sakitnya bersalin induce ni!! anak pertama dulu waktu kontraksi takdalah sakit sangat macamni, anak kedua kena induce sakitnya tak boleh nak bawa bincang! rasa trauma dan ngeri bila ingat balik..
APA ITU INDUCE?
Induction of labour atau kena paksa bersalin ialah proses memulakan proses pembukaan jalan rahim secara artifisial. Ianya dilakukan di dalam wad mengandung. Pangkal rahim perlu dibuka sehingga 3-4 cm sebelum ibu boleh dihantar ke dewan bersalin.
ANTARA SEBAB KENAPA IBU PERLU BERSALIN INDUCE:
- Ibu mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil. Risiko tekanan darah semakin sukar dikawal bila kandungan semakin membesar.
- Ibu mempunyai penyakit kencing manis yang kronik semasa mengandung, ia akan mengajikabtkan kematian bayi di dalam kandungan semakin meningkat.
- Kandungan overdue! Ini akan mendatangkan risiko pada bayi. Anak dalam kandungan boleh’terberak’ dalam air ketuban, bayi boleh lemas dan akan membahayakan paru-paru bayi.
- Bayi yang kecil daripada usia kandungan atau air ketuban yang sedikit, kerana uri sudah tidak mampu lagi memberi zat secukupnya.
- Pecah air ketuban awal tetapi tiada kontraksi dan jalan rahim tidak membuka, risiko jangkitan kuman akan meningkat pada kandungan.
BAGAIMANA KAEDAH INDUCE DILAKUKAN?
Cara yang paling semulajadi untuk memulakan proses bersalin ialah mengunakan teknik ‘membrane stripping’. Doktor akan memasukkan jarinya ke dalam faraj dan pangkal rahim untuk memisahkan selaput ketuban daripada dinding rahim.
Prostaglandin akan dirembeskan dan menyebabkan kontraksi. Teknik ini cuma boleh dilakukan jika ibu sudah ada bukaan pada pangkal rahim.
Secara jujurnya, membrane stripping memang sakit sikit terutama ketika doktor cuba mencapai pangkal rahim yang masih jauh di dalam faraj.
Namun, cara ini selamat dan tiada risiko terlebih stimulasi. Sedikit lelehan lendir dan darah biasanya berlaku selepas prosedur ini. Jika ibu mengalami kontraksi selepas prosedur ini, maksudnya ianya kemungkinan besar berjaya dan ibu tidak perlu makan ubat.
1. KAEDAH INDUCE MENGGUNAKAN BELON (Foley’s catheter)
Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pangkal rahim dan dikembungkan menggunakan air. Selain memisahkan selaput ketuban daripada rahim, kepala bayi akan menekan belon ini dan membantu membuka jalan bersalin. Ianya tidak melibatkan ubat, oleh itu kontraksi yang terhasil adalah daripada badan ibu sendiri.
2. INDUCE MENGGUNAKAN UBAT-UBATAN
JANGAN TERLALU TAKUT BILA KENA INDUCE, IBU PERLU POSITIF DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH. TIPS MENGURANGKAN RASA SAKIT KONTRAKSI.
- Kontraksi semulajadi sangat berbeza dgn kontraksi induce. Banyakkan minum air dan makan kurma untuk ibu kekal bertenanga.
- Suami perlu ada bersama-sama isteri ketika isteri sedang tenat kesakitan. Suami jangan putus doa dan zikir, agar segala urusan isteri dipermudahkan. Semangat dan dorongan suami sangat penting, utk ibu terus berjuang bertarung nyawa utk melahirkan zuriat anda ke dunia.
- Banyakkan posisi sujud. Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction.
- Jangan minum air selusuh terlalu awal. Ia akan membuatkan ibu akan bertambah sakit dan risiko lemas pada bayi.
-
Satu perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit. Lepas tu baca doa yunus:
“Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin”.
Buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, semoga anak kuat dan tabah mengharungi segala cabaran ketika bersalin. Setiap ibu situasinya lain-lain. Tak kisahlah kaedah apa sekali pun ibu bersalin, semua ibu bergelut kesakitan yang sama demi menyelamatkan anak.
Copyrights 9Bulan10Harisilakan SHARE! jangan lupa milikki ebook.9bulan10hari.com untuk lebih informasi tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, penyusuan, penjagaan anak dan pelbagai tips & nasihat dari 12 pakar yang hebat.