TIPS DIDIK ANAK JADI HEBAT! ANAK-ANAK ADALAH TANGUNGJAWAB SUAMI ISTERI BERSAMA.
Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Membentuk dan mendewasakan anak tidak mudah. Tugas mendidik anak bukanlah tugas ibu seratus peratus. AYAH turut memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak.
Tiada istilah siapa ‘KING’ dan siapa ‘QUEEN’dala rumah. Ibu ayah bertanggungjawab sepenuhnya pada anak. Bagaimana didikan kita sekarang menentukan siapa anak kita akan datang.
Secara psikologinya, cara seorang ayah mendisiplinkan anak jauh berbeza dari ibu. Ibu memiliki jiwa yang halus, sensetif, mudah rasa simpati, lembut hati dan lebih penyayang.
Berbeza dengan ayah, ayah lebih simple, mudah dibawa berbincang, tegas, ‘firm’ dalam membuat keputusan dan mempunyai sifat pelindung yang tinggi.
Anak mungkin lebih takutkan ayah dari ibu, mungkin kerana ayah tak banyak masa berada di rumah dan kurang mendalami prihal anak. Sebab tu pentingnya peranan ayah membentuk anak, kerana untuk seimbangkan cara masing-masing.
8 TIPS DAN PANDUAN MENDIDIK ANAK! JADIKAN AMALAN.
ELAKKAN MEMUKUL ANAK DARI LUTUT KE ATAS.
Elakkan Memukul Anak Guna Alat
Marah macamana sekali pun, jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. Anak jadi ‘tantrum’ dan susah untuk dilentur.
Tips didik anak jadi hebat ialah bila kita memukul anak, pastikan niat kita untuk mengajar mereka jadi baik, sebaiknya rotan anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
2. PELUK, CIUM DAN BELAILAH ANAK SETIAP HARI.
Anak Gembira Kita Bahagia
Sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk peluk cium anak kita. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
Sentuhan kasih sayang yang kita beri pada anak akan meningkat ‘self confident’ dalam diri mereka. Ia akan mengeratkan ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Ia akan membuatkan anak kita lebih menyayangi dan bahagia bila disamping kita.
.
3. PANGGIL ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK.
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
Jangan bahasakan dengan anak ‘kau aku’ sebaiknya tukar kepada ‘saya awak’. Jaga pertuturan dengan anak. Jangan menjerit-jerit panggil anak. Jangan terlalu meninggikan suara. Anak ikut sebiji-sebiji apa yang kita buat pada dia.
.
4. BERI KATA-KATA PUJIAN BILA ANAK BUAT BAIK.
Buat Anak Gembira
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang mereka lakukan. Mereka akan rasa dihargai dan bersemangat untuk buat banyak lagi kebaikan.
Bila anak dah kerap buat baik, janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka masih anak kecil yang perlukan bimbingan. Jangan marah anak bila mereka melakukan kesilapan. Tugas kita pantau dan betulkan mana yang mereka silap.
.
5. ASINGKAN HAL KERJA DAN KELUARGA.
Wujudkan Banyak Kualiti Masa Bersama Anak
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jangan kita sia-siakan peluang yang hanya datang sekali dalam hidup.
Jangan sesekali mengeluh ketika membesarkan anak, ia akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Percayalah dengan rezeki Allah, semakin banyak kita membahagiakan mereka, semakin banyak rezeki yang datang pada kita.
Sudah tentu ketika mendewasakan mereka, kita tak cukup rehat dan tidur, adakalanya terhimpit masalah kewangan dan pelbagai lagi masalah lain. Tapi kita sebagai ibu bapa, harus bersabar, banyakkan berdoa dan tawakal kepadaNYA.
.
6. JADILAH PENDENGAR SETIA.
Layan Anak Bercakap Walaupun Dia Masih Kecil
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Walaupun anak hanya menceritakan perkara remeh pada anda, dengar dan respon apa yang anak cerita.
Janganlah tengok telefon atau melihat televisyen ketika anak berbual dengan kita, sebaiknya tumpukan perhatian. Tunggu giliran anda untuk bercakap, ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap dan tidak menyampuk perbualan.
Bila anak sedang menangis, jangan lupa untuk tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukan kita. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
.
7. JANGAN KEDEKUT DENGAN ANAK.
Sesekali tu bawalah anak keluar jalan-jalan. Belikan mainan walaupun harganya murah. Itu pun dah cukup membahagiakan. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
.
8. BERBAHAGIALAH BILA ADA ANAK, HARGAI KEHADIRAN DIA.
Hargailah Saat Bersama
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Masa tidak menunggu kita. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Takut kita akan menyesali banyak benda yang kita tak buat untuk mereka.
Pernah tak anda rasa kejang kaki sepanjang mengandung ni? Tengah syok-syok diulit mimpi tiba-tiba kejang kaki. Sakitnya Tuhan je yang tahu. Sakit ‘pelik’ ini mula dari betis sampai ke hujung kaki. Nak gerak-gerakkan kaki pun rasa tak mampu sebab sakit sangat. Orang-orang dulu gelar sakit ini simpul biawak atau tarik mengkarung. Ada di antara wanita…
8 CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI! Jangan Sampai Anak Selsema Penjagaan bayi baru lahir perlulah dibuat dengan betul. Kulit bayi sangatlah sensetif mudah mendapat alahan. Jangan tak tahu nak mandikan bayi pun ada cara dan adab yang kita kena ikut. Pentingnya untuk kita tahu 8 cara dan adab mandikan bayi! jangan buat anak asal boleh…
Awak ni asyik baring je, orang lain mengandung juga.. takdalah macam awak ni, lemah je abang tengok. Mengada je lebih ni, malas nak buat kerja rumah! Kalaulah suami dapat rasa apa yang isteri lalui, mesti mereka pun taubat nak mengandung lagi. Isteri memang akan rasa selalu letih ketika hamil. Bukan dia minta jadi begitu, perubahan…
#kisahbenar comel ibu hamil yang ramai tak tahu. hihi… Assalamualaikum #9bulan10hari. Saya Aizad. Orang orang mengandung memang macam ni ke? Memang nampak comel… tapi rasa geram pun ada. hehe Isteri saya ni memang jenis yang jiwa kental… dengar lagu pun lagu lagu rock. Ntah kenapa lately sejak disahkan pregnant ni, emo semacam…. pembawakan bayi ke ni?…
Umur Hany bulan ni dah nak masuk 3 tahun, tapi si anak masih lagi menyusu badan. Bila tak bagi tak sampai hati pula nak cerai susu dengan dia. Tak sanggup nak tengok anak menangis! ada tips tak? Ramai sebenarnya ibu yang ‘wean off’ tapi hati masih belum kental lagi untuk berhadapan situasi ini kerana kasihankan…
Tali pusat bayi memainkan peranan yang sangat penting sewaktu bayi di dalam kandungan. Tali pusat mula terbentuk pada usia janin lebih kurang 5 minggu. Tali pusat ini bersambung dengan ‘placenta’ atau uri dan menyalurkan darah yang kaya dengan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh janin untuk terus hidup dan berkembang di dalam rahim si ibu….