10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!
|

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI! Patutlah Asyik Nak Terjaga Malam & Meragam Je

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!
10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI! Bayi Akan Rasa Tak Selesa

Kenapalah anak aku ni asyik nak menangis je.. susukan tak nak, tidurkan dia tidur kejap-kejap je.. air liur asyik meleler je!

Kerap meragam, kerap menangis, air liur meleler, hilang selera makan dan sering terjaga waktu malam antara 10 tanda-tanda bayi tumbuh gigi.

Menurut babycenter.com.my proses pertumbuhan gigi adalah proses yang panjang bagi bayi, Hakikatnya, bayi mengambil masa tiga tahun untuk mencukupkan kesemua gigi susunya.

Bilakah gigi pertama bayi akan tumbuh?

Biasanya bayi tumbuh gigi pertamanya sekitar usia mereka enam bulan. Namun bayi anda mungkin sudah keluar puncak putih, biasanya gigi kacip bawah, sekitar di antara bulan ketiga dan setahun.

Gigi yang terakhir iaitu gigi geraham kedua, terdapat di bahagian atas dan bawah, di belakang rahang, biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua. Jadi, menjelang usia anak dua tahun, si manja anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 batang gigi susu.

KETAHUI 10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!

  1. AIR LIUR KELUAR DENGAN BANYAK.

 Apabila gusi telah dirangsang oleh gigi untuk keluar, air liur turut sama keluar. Ini selalunya berlaku sebulan sebelum tumbuh gigi. Sediakan bib dan tuala kecil untuk lap air liur anak. Jangan biar je air liur anak keluar tanpa mengelap, takut akan keluar ruam dimuka anak. Gantikan baju anak dengan kerap bila anda rasa basah dibahagian lehernya.

2. RUAM AKAN TIMBUL DIMUKA.

Kulit anak mula naik gatal-gatal kemerahan. Kesan dari air liur tadi, leher dan pipi anak yang lembab akan menyebabkan kegatalan. Rajinkan lap anak dengan tuala bersih.

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!
10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI! Suka Menggigit Adalah Hobi Anak Tumbuh Gigi

3. SUKA MENGGIGIT!

Rasa gusi yang tidak selesa atau gatal, mereka akan mula menggigit. Apa sahaja yang  dimasukkan ke dalam mulut, akan digigitnya termasuklah ketika menyusu dengan ibunya. Siap sedia ibu menerima dugaan ini. 

4. SUKA BERKEPIT!

Gusi anak jadi sakit, mereka akan kerap merengek untuk menunjukkan yang mereka tidak selesa. Anak lebih suka berkepit dengan ibunya untuk mengadu kesakitan yang mereka lalui. Jadi cuba untuk lebih bersabar dengan bayi anda ketika ini.

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!
10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI! Bayi Akan Meragam Bila Gusi Membengkak

5. GUSI BENGKAK.

Pendarahan di bawah kulit pada gusi atau hematoma juga mungkin berlaku. Keadaan ini akan kelihatan seperti gusi kebiru-biruan dan bengkak. Jangan risau, ia adalah normal.

6. KERAP TERJAGA MALAM.

Bayi yang tumbuh gigi akan mengalami gangguan tidur. Mereka akan kerap terjaga dek kerana gusi yang berdenyut-denyut. Harap ibu ayah lebih bersabar bila berjaga malam, peluk si manja anda dan tenangkan dia.

7. HILANG SELERA MAKAN.

Sesetengah bayi akan jadi lebih sensitif dan menolak makanan. Ini kerana mereka rasa sakit untuk mengunyah atau menelan makanan. Bayi jadi kurang berselera. Buat masa ini bagi bayi anda makanan yang dihancurkan sepenuhnya. 

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!
10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI! Pantau Suhu Anak Demam

8. DEMAM.

Bayi juga boleh demam. Ini adalah salah satu tanda yang paling biasa terjadi. Demam biasa yang tidak terlalu panas kerana bayi tumbuh gigi. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit.

9. SUKA TARIK TELINGA.

Menarik telinga dengan lebih kerap. Kadang-kadang, sakit gusi sampai ke pipi dan telinga. Ini salah cara mereka memberitahu ketidakselesaan yang mereka alami. Mama papa tolong faham ya.

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI!
10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI! Periksa Gigi Anak Selalu

10. RASA TAJAM PADA GUSI.

Anda juga boleh periksa sendiri sekitar mulut anak. Gunakan jari yang bersih, dan rasa gusinya. Jika ada gigi yang tajam sedang tumbuh, anda pasti boleh merasainya. Rajin-rajin bersihkan gigi anak ya.

Jadi ibu ayah, bila anak dah mula tumbuh gigi, rajin-rajinlah lap dan bersihkan mulut anak. Anda boleh bersihkannya sekurang-kurangnya 2 kali sehari, jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anak. Lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Semoga bermanfaat!

 

Copyrights 9bulan10hari.com silakan SHARE! Jangan lupa miliki ebook.9bulan10hari.com untuk tambah pengetahuan tentang penjagaan anak, kehamilan, berpantang, menyusukan anak,tips buat suami isteri dan tips hebat dari 12 pakar bertauliah!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *