bedak johnson & johnson risiko kanser
| |

Dan Lagi…. Bedak Johnson & Johnsons Undang Risiko Kanser Ovari – Wanita Ini Tuntut 1.78 Billion Ringgit

Syarikat Johnson & Johnson Dituntut Bayar 1.78 Billion Ringgit Kerana Undang Kanser Ovari!

Wanita berusia 63 tahun – Eva Echeverria menggunakan bedak talkum Johnson & johnson sejak tahun 1950 sehingga 2016…. Hampir 66 tahun dah Eva meletakkan bedak talkum ini di alat sulitnya atas tujuan kebersihan.

Disebabkan tu, Eva menyaman syarikat Johnson & johnson & mendakwa bedak dari syarikat berkenaan menjadi punca dia mendapat kanser ovari.

Sebenarnya kes Eva ni adalah salah satu kes daripada ribuan tuntutan saman terhadap syarikat berkenaan disebabkan mereka gagal memberi amaran tentang risiko kanser ovari dalam penggunaan produk talkum mereka.

Pun begitu, bagi pihak Johnson & Johnson, mereka menyatakan bahawa mereka akan membuat rayuan.

Alasannya, syarikat Johnson & Johnson percaya bahawa hasil kajian sains menunjukkan produk Johnson’s Baby Powder adalah selamat untuk digunakan.

ovari

Ingat tak lagi dengan posting dari 9bulan10hari mengenai bahaya bedak talkum kepada bayi dan kita(perempuan)???

Tahukah anda….sihat atau tidak rahim seseorang wanita banyak bergantung seawal kelahirannya lagi termasuklah kita kita ni….

Anak anak perempuan mudah dijangkiti kuman di faraj apabila meletakkan bedak direct ke bahagian sulitnya. Pernah tak buat?

Bahan utama nak buat bedak talkum ni ada magnesium silicate hydroxide yang kita kenal sebagai talc, mengandungi bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru paru. – (Pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang – 2009).

Walaupun benda ni dah didedah lama, but still ada parents yang masih gunakan talkum dengan niat ‘mewangikan’ anak, finally anak disahkan kanser sebab kita.

Banyak kajian menemui zarah zarah talc dalam tumor ovari wanita disebabkan mereka kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit.

Zarah talc ini boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Walaupun pemakaian talkum seminggu sekali di bahagian sulit, tapi ia sudah cukup menambah risiko kanser 36% dan 41% bagi mereka yang memakainya setiap hari. Nauzubillah….

Alat perempuan
Image Source : Facebook

Bukan tu saja, debu putih halus daripada talc yang berterbangan ni boleh disedut bayi dan terdedah kepada masalah laluan pernafasan membengkak dan boleh menyebabkan pneumonia. Part ni melibatkan bayi lelaki & perempuan.

Sebab tu parents kena alert…. talcum… asap rokok… pemakanan.. life style.. semua tu kena jaga untuk membantu anak anak mudah hamil. 
Baik, saya share tips MENYAYANGI RAHIM bagi setiap wanita seawal bayi lagi : (Bagi yang sudah memiliki buku 9bulan10hari.. rujuk m/s 79 untuk lebih kenali rahim wanita & cara menjaganya)
1. Jika ada lelehan @ discharge basuh faraj/wap dengan air garam.
2. Amalan meruang sgt penting untuk make sure dinding faraj kita bersih dari keputihan. Ada banyak yang melibatkan wanita tak alert mengenai kebersihan faraj & dinding rahim, finally bibir rahimnya dijangkiti kuman.
3. Makan banyak sayur & buah seawal usia 6 bulan lagi hingga dewasa.
4. Minyak ikan & vitamin C baik utk melawan penyakit rahim.
5. Check jika ada history penyakit rahim dalam family. Setiap penyakit ada kaitan dengan pengaruh baka & 10% boleh menyumbang kepada puncanya.
6. Kahwin & hamil ketika usia 20an mencegah ketumbuhan fibroids & adenomyosis.
7. Tangani stress pada diri.
8. Elakkan makan junk food & fast food – ia bukan saja boleh menyebabkan kegemukkan malah haid yang tidak teratur disebabkan pemakanan & hormone tidak seimbang ini menyebabkan gangguan pada rahim & merosakkannya.
9. Masa period elakkan keluar rumah pada waktu maghrib & malam.
10. Nenas baik bagi wanita yang tidak merancang hamil. Nenas berfungsi untuk bersihkan darah kotor di belakang rahim. Sebab tu masa pregnant orang orang tua tak bagi makan nenas. Dia bersifat mencuci.

ILMU Masalah pada rahim yang menjadi punca wanita sukar hamil ada di dalam buku 9bulan10hari, sila rujuk m/s 20-23. Make sure anda tahu keadaan & kesihatan rahim. Ia sangat penting untuk mengelak kanser.

Semoga setiap wanita selamat dari penyakit rahim.

Sumber : Metro.co.uk & 9ulan10hari.

Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *