Bahaya Bayi Tersedak Susu! Ini 5 Tips Kawal pengeluaran Susu Dengan betul
Paniknya tiba-tiba bayi tersedak susu sebab pengeluaran susu memancut laju keluar. Terus merah muka anak dan menangis! ada tips tak?
Pernah tak ibu-ibu mengalami keadaan yang dinamakan overactive letdown reflex atau pancutan susu yang sangat laju disebabkan oleh tindakan hormon oksitosin atau oversupply?
Oversupply berlaku apabila ibu menghasilkan susu yang sangat banyak, sampaikan mengatasi keperluan bayi. Situasi ini selalu berlaku ketika bayi berusia 2 minggu hingga 3 bulan.
Biasanya ia sering berlaku kepada bayi yang menyusu secara direct pada payudara ibu. Bayi yang tersedak tadi akan batuk-batuk dan menangis. Ada juga yang memuntahkan kembali susu disebabkan oleh tindakan refluks yang menyebabkan bayi tidak selesa.
Ibu-ibu perlu ingat ya, lebih lama susu yang disimpan dalam payudara, ia akan menyebabkan aliran susu bertambah laju ketika menyusukan bayi. Pastikan anda kerap menyusukan anak atau mengepam lebihan susu dalam payudara.
CARA MENGAWAL PENGELUARAN SUSU AGAR BAYI TIDAK TERSEDAK
1. Posisi Ketika Menyusukan Bayi
Pastinya setiap ibu mempunyai posisi menyusu yang berbeza mengikut keselesaan masing-masing. Cuba untuk menyusukan anak dalam posisi bersandar.
Gunakan bantal untuk diletakkan pada belakang badan untuk anda bersandar dengan lebih selesa. Ibu juga boleh menggunakan kerusi boleh laras seperti ‘kerusi malas’ supaya posisi belakang kerusi disandarkan sedikit. Bagusnya posisi ini, lidah bayi akan lebih mencengkam payudara. Sekali gus dapat mengawal aliran susu yang laju tadi.
Posisi yang sesuai termasuk:
- Jangan mengayun-ayunkan bayi semasa penyusuan
- Kepala bayi seharusnya ditinggikan 45 darjah
- Jangan tidurkan bayi terlentang
- Bayi sentiasa perlu diawasi semasa penyusuan
Adakalanya penjaga meletakkan botol terlalu lama pada mulut bayi dan tiada pengawasan semasa penyusuan. Botol susu diselitkan dengan kain dan ditinggalkan. Susu akan sentiasa keluar dan terkumpul dalam mulut bayi. Bila bayi bernafas susu akan terus masuk ke dalam paru – paru menyebabkan bayi tersedak dan juga boleh menyebabkan kematian.
2. Sendawakan Bayi Dengan Lebih Kerap
Aliran susu yang laju boleh menyebabkan bayi menelan susu bersama angin ketika menyusu. Ia akan menyebabkan bayi tidak selesa dan sakit perut. Jangan tunggu bayi selesai menyusu untuk disendawakan. Anda boleh menghentikan penyusuan buat seketikan untuk sendawakan bayi sebelum meneruskan kembali proses penyusuan. Jangan biar bayi tertidur tanpa menyendawakan bayi.
3. Menyusukan Anak Dengan Lebih Kerap
Apabila susu dikeluarkan dengan lebih kerap, ia akan mengurangkan kuantiti susu yang terkumpul dalam payudara. Ini akan membuatkan aliran susu menjadi lebih perlahan. Ibu perlu pastikan susu badan tidak disimpan terlalu lama tanpa bayi menyusu secara terus. Anda juga boleh mengepam susu untuk mengumpul stok susu anak.
4. Menyusu Ketika Bayi Tenang
Jangan menyusukan anak ketika bayi terlalu haus dan lapar. Bayi akan menyedut dengan cepat dan laju. Susukan bayi anda dalam keadaan dia tidak terlalu lapar. Ini kerana hisapan bayi adalah lebih perlahan bila bayi dalam keadaan relaks.
5. Mengepam Sebelum Menyusu
Anda juga boleh memerah susu untuk mengeluarkan sedikit susu sehingga aliran susu menjadi normal dan perlahan. Bayi akan lebih selesa bila menyusu dan risiko tersedak berkurangan.
Jangan sesekali biarkan bayi tertidur ketika menyusu. Malang tak berbau, bayi boleh tersedak dalam tidur dan seterusnya membawa kematian.
TANDA-TANDA BAYI TERSEDAK SUSU
- Menjadi biru
- Tercungap – cungap
- Pernafasan laju dan berhenti nafas
LANGKAH KECEMASAN JIKA BAYI TERSEDAK SUSU
- Hentikan penyusuan
- Tiarapkan bayi pada kedudukan 90 darjah
- Urut atau tepuk secara perlahan belakang dada beberapa kali
- Jika bayi berhenti bernafas, lakukan bantuan pernafasan (CPR)
- Dapatkan pemeriksaan di klinik berhampiran
Letakkan bayi anda di atas tangan dengan muka ke bawah dan berikan 5 hentakan diantara tulang belikat. Jikalau bayi masih anda tanda tanda tesedak tetapi masih lagi sedar teruskan dengan “5 chest thrust” seperti gambarajah dibawah. Jika bayi tidak sedar – teruskan dengan “cardiopulmonary resuscitation”.
PERINGATAN!
Ibu yang memberikan susu badan kepada bayi juga tidak digalakkan tidur bersama bayi di atas katil sama bagi mengelakkan tertindih atau puting tidak masuk ke dalam mulut bayi dengan posisi yang betul.
Apabila susu tidak masuk ke saluran yang betul, sekalipun tidak berlaku kematian, ia boleh mengakibatkan kesan lain seperti jangkitan pada paru-paru dan jangkitan pada saluran pendengaran.
Perhatikan anak anda selalu dia sedang tidur lena pada waktu malam.