AWAS! ‘dia’ Berpesta & Meratah Darah Nifas & Haid Tanpa Kita Sedar… Jaga Kebersihan!
Rupanya ‘dia’ berpesata dengan ‘kawan kawannya’ sambil dengan rakusnya meratah ratah ‘barang’ kita & memandang kita.. uwaaa….
Mungkin ada yang tak percaya dengan kisah ni… kononnya zaman moden mana ada perkara ghaib macam ni lah… merepek lah…. cerita lawak lah….
Pesanan dari saya……ambil kisah ini sebagai pengajaran…. kerana ia memang wujud & memang terjadi….
Ini kisahbenar dari Tuan Ariff Budiman Zainal Abidin tentang pengalaman seorang cleaner…
Aku telah menerima mesej dari seorang rakan fb. Katanya dia bertugas mengambil upah mengemas rumah orang atau cleaner.
Baginya macam mana keadaan rumah tersebut dia akan menerimanya. Itu merupakan rezeki dia. Rata rata rumah yang dikemasnya ialah rumah orang melayu tapi bila melihat keadaan rumah yang di kemasnya memang cukup menyedihkan.
Ada rumah yang didapati tulang bersepah sepah, pad yang masih berdarah. Setelah dia kemas dan pulang dia pasti akan diganggu makhluk. Walaupun dia tidak nampak tapi dia dapat merasai kehadiran mereka.
Tok cik,saya ni ambik upah kemas rumah orang. Tak kira umh mcmana sekali pun saya tetap terima,ye lah nak cari rezekikan…..
Rata rata rumah yang saya kemas semua rumah orang Melayu. Tapi sayang tok cik kenapa mereka tak reti jaga kebersihan
Ada rumah yang saya pergi Allah….
Saya kemas, saya balik kena ganggu
Mahkluk tu ikut saya balik
Biasa saya mesti dia ganggu waktu saya tido
Sedih tok cik,bila saya kemas rumah,tulang tulang bersepah
Tuala wanita… Segan nak cite dengan tok cik.
Dia orang tak rasa ke ada makhluk lain selain kita kat bumi ni?
Tu lah tok cik… Sedih kecewa dan macam macam perasaan saya ada tok cik.
Masa saya kemas rumah niat saya cuma satu je minta benda benda tu janganlah ganggu saya. Sampaikan saya nak buat post pasal tu pun saya tak tahu tok cik nak cakap macam mana.
Memang saya tak nampak mahkluk tu tapi saya dapat rasa kehadiran dia. Saya hanya nampak dalam tido je.
Rumah tak bersih macam mana dia solat? Macam macam dalam fikiran saya tok cik.
Ada satu rumah tu saya kemas,bilik rumah saya nak solat. Saya angkat takbir terasa angin pantas lalu sebelah saya. Baru baru ni saya kemas tuala wanita masih ada darah. Malam saya tido teruk juga saya kena.
Saya mohon tok cik cakaplah betapa penting jaga kebesihan.
Kalau boleh malam malam sampah sampah tu buanglah keluar rumah tak pun tutup lah.
Sedangkan saya rumah tak kemas sikit pun saya dah dapat rasa kehadiran dia nikan rumah org lain.
Tolonglah jaga kebersihan. Malas macamana,letih macamana segala sisa sisa makan tolong buang dalam tong
dan tuala wanita tolong cuci dengan bersih guna sabun dan bungkuslah elok elok supaya tak dijilat mahkluk tersebut.
Terima kasih tok cik sebab sudi dengar cerita saya. Sedih dah tak tahu nak cite dengan siapa.
Bukan tak nak beritahu tuan rumah takut nanti tuan rumah kata saya yang tak betul. Wahal dia tak tahu,apa yang kita tahu.
Satu lagi tok cik. Memang kita yang dewasa ni tak nampak benda benda tu. Tapi anak kecil kita nampak.
Tu sebab kadang kadang bila rumah kita kotor ada mahkluk tu anak kecil asyik meragam.
Nanti tok cik buat cite saya nak share ye tok cik, biar mereka sedar.
Tok cik. Ada lagi. Mana rumah yang ada mahkluk tu saya kemas mesti dia marahkan saya. Macam macam cara dia ganggu saya waktu bekemas, Kadang kadang serupa anak istimewa saya,kadang kadang macam yang lari sana sini walaupun rumah yang saya kemas tak ada kucing dan setiap kali saya gi kemas rumah orang tak penah bawak anak.
Kadang kadang lampu ruang yang saya kemas tiba tiba tutup dan buka dengan sendiri. Tapi tetap saya buat sebab niat nak bersihkn rumah dan mencari rezeki yang halal. Itulah risiko paling mencabar keja sebagai ambil upah rumah orang.
Maaf kali ini cerita aku tidak panjang. Entah kenapa hati aku tidak enak ketika menaip kisah ini. Ada beberapa pasang mata sedang melihat. Mungkin tidak suka cerita mereka di siarkan. Pesanku kepada semua jagalah kebersihan di dalam rumah terutama tulang dan tuala wanita yang berdarah. Jin dengan rakusnya berpesta menjilat tulang dan darah di pad.
Haishh… setiap kali menulis story tokcik ni mesti saya akan meremang & pandang kanan kiri…
Bila suruh cuci pad cakap tak perlu….
Tak susah pun cuci pad kita yang ada darah sebaiknya & baru buang.
Thank you tok cik sebab sudi kongsi cerita ni dengan follower 9bulan10hari.
Semoga ALLAH limpahkan rezeki & kebahagiaan buat tok cik sekeluarga. aamiin….
COPYRIGHT@nazira nazir buat 9bulan10hari.