Kemurungan Posnatum
|

Kerap Menangis, Diam & Termenung, itu Petanda Isteri Mengalami Kemurungan Posnatum!

Bahaya jika isteri mengalami kemurungan posnatum. Terutama kepada ibu yang baru bersalin.

Kemurungan ni boleh terjadi kepada sesiapa pun.Tak kiralah lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, mahupun orang yang tinggi ilmu agama sekali pun.

Kalau ianya berlaku dikalangan keluarga kita, bantulah mereka.

Kemurungan yang paling banyak berlaku adalah dikalangan wanita, yang dah berstatus ibu. Kepenatan menguruskan keluarga, anak-anak, kelengkapan rumah.. selain masalah rumah tangga dikesan menjadi antara punca utama berlakunya masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan.

Wanita yang mengalami kemurungan mula mendiamkan diri, lebih banyak termenung, mudah menangis hingga kadangkala bercakap seorang diri.

Ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh berpantang dan ia berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang tekanan hebat.

Foto Kredit: infectiousdiseaseadvisor.com

Selepas bersalin, ibu kehilangan banyak tenaga, berada pada keadaan mental dan fizikal yang lemah serta boleh dikatakan sebagai ‘kurang waras’ terutama pada minggu pertama dan kedua menerima cahaya mata.

Dalam situasi ini, peranan suami sangat penting untuk memastikan si isteri terhindar daripada risiko mengalami masalah depresi yang akhirnya mereka boleh mencederakan diri dan anak hingga hilang kawalan.

Kepenatan yang overload tadi bertukar menjadi stress dan hari-hari demi hari berubah menjadi dendam. Mereka rasa benci dengan bunyi bising, terutama bila anak menangis.

Mereka akan jadi lebih marah tengok muka suami. Suami orang yang paling tepat untuk menstabilkan mood isteri.

Anda lebih dekat dan faham apa yang isteti mahukan. JANGAN biarkan mereka rasa terseksa, diseksa dan menyeksakan. Sedikit perhatian dan kasih sayang mampu menyelamatkan mereka.Anda penentu segalanya.

BAGAIMANA MEROYAN ATAU KEMURUNGAN POSNATUM BOLEH BERLAKU?

Foto Kredit: midcitytms.com

Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:

  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Sering teringat kisah sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Foto Kredit: usatoday.com

BAGAIMANA KITA NAK TAHU YANG KITA SEDANG MENGALAMI KEMURUNGAN POSNATUM?

  • rasa macam putus asa
  • dibelenggu perasaan bersalah
  • amat letih
  • muram & sedih
  • sering menangis
  • sunyi dan gelisah
  • dunia rasa sempit dan terperangkap

Tak dinafikan ramai ibu-ibu bila dah ada anak, akan mengalami satu atau lebih perasaan sebegini. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

TIPS TERBAIK UNTUK MERAWAT KEMURUNGAN POSNATUM

  1. Terapi Berbual

Carilah teman untuk meluah rasa. Luahkan apa yang terbuku dihati anda. Jangan pendam seorang diri, sehingga menyeksa jiwa dan raga. Berbincang dengan suami untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

2. Antidepresi

Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.

3. Beristighfar & Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Sesiapa yang mengalami kemurungan, sila kawal emosi anda dengan baik. Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan persekitaran toksik. Elakkan bergaul dengan orang-orang yang negatif. Anda perlu positif dan kuatkan semangat. Sebelum rasa sedih dan marah, ingatlah kenangan yang menggembirakan. Keluarlah dari rumah dan ambil angin di luar. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan segala kemurungan anda pergi jauh-jauh. Banyakkan mengaji dan buat solat sunat. Hati anda akan rasa lebih tenang.

4. Buat Aktiviti Yang Anda Suka

Buat suami, bila isteri dah mula marah-marah dan sering menangis, itu tandanya mereka dah penat. Mereka perlukan rehat untuk menenangkan diri. Berilah me time kepada isteri. Ianya dapat reset semula segala mood yang tak best.

5. Dapatkan Tidur & Rehat Yang Cukup

Bila badan dah penat, otak kita pun jadi tak stabil. Kita takkan mampu berfikir dengan waras. Jangan paksa diri untuk bertahan, sedangkan kita sendiri tak kuat mengharunginya. Sayangi diri kita sendiri sebelum sayang orang lain.

Sumber rujukan: Babycenter

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *