tips dapat anak comel
|

Tips Mendapat Anak Comel – Suami Wajib Buat Muka Comel & Ajak Isteri Menari Sehingga Dia Happy

Ini #kisahbenar penangan cerita Korea buat IBU HAMIL.. 

Hye sis… isteri saya mengandung dah 5 bulan, pada mula saya kenal dia dulu memang isteri saya suka tengok cerita korea.. Sampaikan dia cakap kat saya tengok hero2 dan heroin dan drama korea orang kata boleh kenan kat anak bang..

Haishh saya tak kisah dia nak tengok citer korea, tapi takdelah hari hari tengok sampai terbawak ke tido emosinya.. Kadang kadang pernah sekali tu saya balik kerja saya tengok isteri saya menangis, dia sedih hero tu sakit nak mati.. Saya nak gelak pun ada..

Saya cakap kat dia, yang awak ni beriya-riya benar feeling ni, nanti anak awak dalam perut tu pun turut sedih.. Sudah sudahlah tu..

Dan lebih parah lagi, dia letak wallpaper phone dia gambar hero korea yang dia suka! Saya nak marah pun ada.. Kan lebih elok letak gambo saya ni.. Dan tentu tentu anak kuar nanti ikut muka saya.. ish ish sayang sayang…

Tapi alhamdulillah lepas isteri saya lahirkan anak pertama kami, saya tengok mata anak saya sepet sepet sikit…. Sah terkenan! Tapi lama kelamaan muka anak saya berubah ikut muka kami, yela kan muka budak kan cepat berubah..

Sekarang anak saya pun dah 2 tahun, dan dia pulak yang ikut jejak langkah mak dia suka tengok korea.. Saya tanya dia sapa ajar? Dia tunjuk mama dia..

Haha…. tak sangka saya cerita Korea pun boleh buat isteri saya pun emosi…. .

suami

Kata penulis : 

Bab bab layan cerita Korea sampai menangis… habis semua tisu tu memang ‘kerja’ perempuan tambah tambah masa pregnant memang emosi bercampur campur lahh….

Mau taknya tengok pulak hero dia Lee Min Ho, Lee Dong Wook, So Jongki dan yang paling latest ni citer suspicious partner yang tengah meletop letop sekarang ni.. Ha Ji Chang Wook!

Sebenarnya fanatik tengok drama korean ni lama dah, dari drama Winter Sonata lagi, lakonan Kang Joon Sang & Choi Ji Woo benar- benar memberi impak kepada rakyat Malaysia..

Percaya atau tidak, rata rata ibu hamil & isteri menonton cerita Korea sehingga kenan
disebabkan oleh mereka rasa terlalu sunyi… rasa suami tak ada disebelah & terlalu boring.
Disebabkan tu, peranan suami ketika isteri hamil atau tidak, ialah sentiasa ada disisi isteri & jangan tinggalkannya isteri seorang diri & uruskan hal hal rumahtangga. 

Baik, ini pesanan ringkas buat mommys yang tengah PREGNANT….

1. Daripada tengok hero hero lain… seeloknya tatapilah wajah suami, tanpa dia mungkin tidak anak dalam rahim kita.
2. Buat aktiviti berfaedah seperti riadah atau berkelah bersama suami, gunakanlah kesempatan bermakna ini dengan betul
3. Sentiasa masak makanan kegemaran suami, minum air lebihan cawan suami.. InsyaALLAH bertambah erat hubungan & cinta antara suami isteri.
4. Wallpaper hp @ laptop tu letaklah gambar anda & suami.
5. Sebelum tido dakaplah suami & bercakap benda benda baik mengenai anak yang bakal lahir nanti.

Semoga setiap pasangan suami isteri dilimpahkan rezeki dan kasih sayang berpanjangan, aamiin…

COPYRIGHT Nazira Nazir buat 9bulan10hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *