proses melahirkan bayi
|

13 Tips Melahirkan Anak Tanpa Koyak Tanpa Jahit, Berpantang Dengan Happynya & Susu Ibu Melimpah Ruah.

Ini 13 tips, pengalaman &#kisahbenar saya (penulis buku 9bulan10hari) yang melahirkan anak anak dengan CERIA, TANPA KOYAK.. TANPA JAHIT… berpantang dengan best…. & susu ibu pun melimpah ruah .. Segala puji bagi ALLAH…

Ini apa yang saya lalui……..
Sepanjang kehamilan saya terlalu aktif… segala kerja rumah, saya akan cuba buat dan dibantu suami.

Masa 4 bulan kandungan saya dah start berenang… sekurang kurangnya sebulan sekali… sejujurnya… selepas berenang pinggang tak rasa sakit langsung…. tidur lena… & hilang rasa loya & muntah. syukur.

Ketika sujud… saya ambil masa dalam seminit & sujud sambil berdoa ALLAH mudahkan urusan saya bersalin nanti. Sujud juga antara exercise untuk mengelak bayi songsang.

Ketika pregnant banyak surah surah amalan yang saya baca.. (nanti mommy boleh rujuk dalam buku 9bulan10hari.. saya dah letakkan list surah surah amalan buat ibu hamil).

Selepas kandungan 4 bulan… saya kerap berurut… dalam 3 kali sebulan….. so suami akan bawa pegi massage center yang ada ilmu urut ibu hamil… sejujurnya lepas urut mood saya terlalu best & badan rasa ringan.

Saya & suami kerap juga singgah ke rumah anak anak yatim… saya bersedekah & minta anak anak disitu doakan saya mudah lahir sambil minta mereka peluk saya & sentuh perut saya.. saya percaya dengan kuasa doa dari anak anak yatim.

Saya elakkan orang orang yang bercakap perkara negatif. Saya banyak menonton filem filem yang bagi semangat selain banyak membaca… saya percaya.. amalan saya ketika hamil akan terkena tempias pada anak nanti =)

#kisah 2 jam sebelum melahikan anak…..

Ni part best… masa saya keluar jalan jalan dengan suami… tiba tiba ada sorang nenek ni pandang perut saya & dia kata saya dah nak dekat bersalin ni… pastu saya senyum & cakap saya tak rasa apa pun nek…

Bila balik rumah pun semua cakap saya dah nampak perut turun ke bawah padahal masa tu tengah makan nasik tomato & ayam sambal dengan lahapnya… hihi….

Disebabkan ramai yang cakap saya nak bersalin.. suami pun bawaklah saya pegi klinik….

“Kak… bukaan dah 2 cm ni kak…. akak dah nak bersalin ni”

Masa tu saya betul betul nak ajak suami pegi photoshoot perut ni.. hihi… sebab kami takda gambar cun cun masa saya 1st pregnancy tu… emm.. bila nurse cakap camtu saya terpaksa & dipaksa pegi hospital pulak…

Bila balik ja rumah… saya pun siap siaplah pakai bedak nak gi hospital ni.. pastu ayah saya datang tiba tiba sapukan bacaan air yasin di kepala saya katanya semoga mudah bersalin…

Yang saya confusednya masa tu.. semua orang paksa saya pi hospital…. tapi demi ALLAH saya tak rasa apa apa tanda nak bersalin & tak sakit pun…..

Maka mereka pun ‘mengangkut’lah saya dengan barang2 saya ni pi hospital Langkawi

Bila sampai di counter labour room saya cakaplah saya nak bersalin….

Doctor Wong cakap orang nak bersalin takkan datang bagitau sendiri… awak main main ek…

Ha sudah… kat rumah kena paksa.. mai hospital kena marah… pening pening…

Pastu saya mintak jugak jugak doctor checkkan..

hmm.. dia pun nmpak pening dgn perangai saya…

Bila dia masukkan jari… doctor check….

” ni dah 5 cm ni.. macam mana awak boleh jalan…. “

pastu doctor cepa cepat mintak nurse ambil wheel chair & minta saya bagitau suami saya nak bersalin dah sebab bukaan ni macam laju…

Disebabkan wheel chair lambat sampai.. saya pun keluaqlah berjalan sat dari labour room ni…

Saya peluk cium mama & suami saya.. saya minta halalkan segalanya…. saya mintak maaf diatas segalanya & saya mohon restu & doa dari mereka…

Mama saya siap tergelak jugak masa tu… mama cakap…

“mama tak pernah tengok orang nak pi bersalin dok senyum senyum & jalan laju macam nak pi shopping… “

Saya pun jawab…

Zira pun tak tau kenapa semua paksa Zira pi bersalin… hihi…

Saya pun masuk labour room lepas tukar tukar baju. siap sembang sembang dengan nurse pasal apam balik..

Lepas doctor cucuk Pethidine baru saya rasa sakit contraction…

Selang 5 minit camtu suami masuk.. lepas 20 minit.. dengan 2 kali push saya selamat melahirkan anak pertama…

Ank kedua pun sama… saya sangat sangat jaga untuk tak angkat pinggul… suami selalu ingatkan part tu…

Alhamdulillah…

Saya pun agak terkejut dengan semangat & kekuatan yang ALLAH bagi ….

Lepas dah bersihkan tu saya bangunlah dari katil labour room(mommy mommy tolong jangan buat.. sebenarnya tak boleh…) & pegi pakai bedak… betulkan tudung untuk nampak cantik..

Doctor tanya kenapa bangun… saya jawablah..

Suami.. mak ayah & family tengah tunggu tu.. so saya kena nampak cantik2 sebab nak bergambar dengan anak… hihi…

Doktor yang nak marah pun tak jadi marah…

& paling bersyukur tempoh berpantang saya mudah disebabkan miss v & kedudukan rahim sembuh cepat…

Koyak
Alhamdulillah

Saya sangat sangat doakan semua wanita melahirkan anak lebih mudah dari apa yang saya lalui… aamiin….

Saya share tips ya :

1st… apa yang mommy perlu buat adalah… fikir yang baik baik.. insyaALLAH perjalanan mommy bersalin & berpantang nanti dimudahkan ALLAH.

Baik, apa akan terjadi kalau mommy alami ‘kecederaan’ teruk pada miss v selepas bersalin ??? :
1. Sakit & ngilu
2. Miss v kurang ‘seri’
3. Nak ‘membuang’ susah
4. Tempoh berpantang bertambah stress
5. Suami terpaksa ‘berpantang’ lama… hihi
6. Kesan parut luka & jahitan kekal lama
Susah kan…. sebenarnya ada cara untuk tak koyak & tak digunting pun part tu…

INI adalah tips & pengalaman saya (penulis buku 9bulan10hari) yang melahirkan anak dengan happy… tanpa koyak.. tanpa jahit & berpantang dengan bestnya.. susu pun banyak… Alhamdulillah…

Ikhlas dari hati…….

Nanti mommy tolong ceritakan tips no 2, 4, 5 ,6, 10 & 11 pada suami ya…

Positif! :
1. Bercakap yang baik baik – Elakkan bercakap perkara negatif & mendekati mereka yang sentiasa bercakap perkara negatif. Cakap perkara yang baik baik saja dengan semua… jangan buat muka & sakitkan hati sesiapa.. ?

2. Bersenam – Senaman paling selamat untuk ibu hamil adalah berenang. Masa dalam air tu kalau tak pandai berenang, peluklah suami & tendang2 air tu macam tengah berenang. (rujuk page 49&50 buku 9bulan10hari)

3. Lakukan senaman kagel

4. Urutan perineum (18sx) – Urutan perineum sangatlah penting untuk mudahkan pss bersalin tanpa koyak. Kalau mommy tak sampai tangan nak buat… minta suami masukkan jarinya ya..make sure basuh sebersihnya… (rujuk pg 100&101)

Koyak
Basuh tangan sebersihnya. Image Source : WikiHow

5. Kerap ‘bersama’ di akhir akhir trimester – some adat sangat melarang suami ‘mendekati’ isteri tyme pregnant…. emm.. percaya atau tak ada byk cara untuk suami isteri ‘bergembira’ menggunakan position yang selamat… ketahuilah.. seorang isteri akan bertambah happy jika menerima ‘suntikan’ suami… so tak payahlah malu2.. huhu

6. Amalkan air selusuh – Walaupun tak ada kajian saintifik mengenai kehebatan air selusuh… namun percayalah sebarang perkara melibatkan ajaran Islam yang benar ia tidak salah untuk diamalkan. (Cara membuat air selusuh mengikut cara ustaz Don Daniyal di page 96-99)

7. Ketahui ubat tahan sakit yang akan digunakan untuk lahirkan anak nanti. (Entonox.. Pethidine… Epidural)… Ia sangat2 membantu kalau mommy dah tahu kesannya… Disebabkan saya tahu kesan ubat yang disuntik tu.. so sebelum dicucuk tu saya dah set mind… so bab2 meracau memang kuranglah… ? (rujuk page 109&110)

8. Dalam labour room – Make sure mommy ceria saja… mommy bukannya nak pi berperang… tapi nak melahirkan zuriat kan.. so happy happy saja ya..

9. Baca doa mudah bersalin :
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku). Sesungguhnya aku adalah dari orang orang yang menganiaya diri sendiri”.

10. Makan kurma & minum air zam zam – Ini adalah makanan yang perlu dijadikan amalan ibu hamil.. Masa nak meneran tu kalau mommy sakit sangat tu kunyah je kurma tu. Masa dekat2 nak bersalin.. masa contraction menguasai diri tu… saya kunyah laju2 kurma tu sambil teran… tup2 anak dah kluar… ? Kurma berfungsi untuk bagi tenaga buat mommy.

11. Peranan suami – Incik incik suami… wajib pesan pada diri untuk sama sama ‘push’ dengan isteri…. puji isteri lebih sikit… luahkan yang anda sangat cintakannya ? kalau boleh bagi dia hadiah masa tu…. mesti dia happy & kuat untuk meneran…. ? Masa saya meneran…
suami saya cakap ‘sayang ibu yang kuat”sayang isteri yang hebat’ sambil2 cium saya… disebabkan tu saya rasa saya bertambah kuat.
(rujuk page 123)

12. Meneran – Untuk meneran pun ada masa & caranya. Tak boleh meneran ikut suka. Pastikan mommy betul betul ikut nasihat doktor. Jangan sesekali angkat pinggul kerana ia boleh menyebabkan miss v koyak dengan teruknya.

13. Alhamdulillah.. once dah lahir dengan mudah tanpa koyak tanpa jahit ni…. saat saat berpantang sungguhlah best & Time berpantang tu mommy boleh focus untuk menyusu degan banyaknya untuk elakkan jaundis pada anak. Bila kurang sakit… maka mommy pun tak stress.. so bila tak stress…susu mommy pun melimpah… insyaAllah.

Best kan?

Paling penting mommy kena PERCAYA DENGAN KEHEBATAN DIRI & KUASA ALLAH.. positif & fikir yang baik baik.

Semoga Allah mudahkan niat baik mommy untuk lahirkan anak dengan mudah tanpa koyak tanpa jahit.

Have fun..
Saya, Nazira Nazir penulis buku & page 9bulan10hari ..

Kepada mommy yang sudah miliki buku 5 in 1 ini (ilmu mudah hamil, kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan) – 9bulan10hari ini…
minta suami baca sekali ya…  Alhamdulillah ilmu di dalam buku ini berjaya membantu ramai
pasangan suami isteri lebih bersedia & menjadi ibu ayah hebat..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *